Rowan Atkinson

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Rowan Atkinson
Atkinson Rowan.jpg
Kelahiran 6 Januari 1955 (59 tahun)

Rowan Atkinson dilahirkan di Newcastle-upon-Tyne, England pada 6 Januari 1955 dan merupakan anak kepada Ella May & Eric Atkinson yang bekerja sebagai petani di Durham. Beliau merupakan pelajar pintar yang menuntut di Universiti Newcastle dalam bidang Kejuruteraan Elektrik dan meneruskan sarjana tingginya di Universiti Oxford dalam bidang sains.

Sedari zaman persekolahannya lagi, beliau yang terkenal menerusi rancangan komedi, Mr. Bean sudah mula menunjukkan minat berlakon apabila acapkali berlakon dalam persembahan teater sekolah. Menerusi Festival Edinburgh Fringe pada tahun 1976 & Oxford University Dramatic Society (OUDS) , beliau berpeluang bekerjasama dengan penulis, Richard Curtis dan komposer, Howard Goodall. Malah, sehingga kini mereka masih lagi bekerjasama.

Perjalanan kerjaya[sunting | sunting sumber]

Kejayaan yang diperoleh menerusi kerjasama beliau dengan Angus Deayton dalam rancangan-rancangan berunsur komedi telah membuka jalan kepadanya untuk menceburi bidang penulisan & radio. Walaupun pernah ditawarkan siri televisyen sendiri, beliau menolak tawaran berkenaan. Beliau bekerjasama dengan John Lloyd menerusi “Not The Nine O’Clock News” dan kejayaan rancangan tersebut membawanya berlakon sebagai Edmund Blackadder menerusi “The Black Adder” pada 1983. Kreativiti beliau makin terserlah menerusi “Mr. Bean” dan kerana rancangan komedi inilah beliau dikenali sebagai Charlie Chaplin moden. Malah, nama Mr. Bean beliau lebih dikenali berbanding nama sebenar beliau. Siri komedi ini yang banyak menggunakan mimik muka dan pergerakan badan membuatkan ia diangkat sebagai filem iaitu “Mr. Bean” & “Mr. Bean’s Holiday”.

Radio[sunting | sunting sumber]

Beliau membintangi siri rancangan komedi untuk BBC Radio 3 pada tahun 1978 yang dikenali "Atkinson's People". Rancangan bercorak temubual secara satira dengan watak-watak fiksyen yang dimainkan oleh Atkinson sendiri. Siri ini ditulis oleh beliau dan Richard Curtis manakala Griff Rhys Jones bertindak selaku penerbit.[1]

Penampilan televisyen[sunting | sunting sumber]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Albums[sunting | sunting sumber]

Komplilasi[sunting | sunting sumber]

  • The Secret Policeman's Ball (1979)
  • Not The Nine O'Clock News – The Album (1980)
  • We Are Most Amused: The Best of British Comedy (1981)

Anugerah[sunting | sunting sumber]

  • Variety Club Award for BBC Personality of the Year - 1980[2]
  • BAFTA Best Light Entertainment Performance - 1989[2]

Trivia[sunting | sunting sumber]

  • Memiliki harta hampir 60 juta pound[perlu rujukan]
  • Meminati kereta Aston Martin dan tidak berminat untuk memiliki Porsche[perlu rujukan]
  • Beliau akan menjadi gagap apabila gemuruh[perlu rujukan]
  • Telah berkahwin dengan Sunetra Sastry pada 1990 dan dikurniakan dua orang anak, Lily & Benjamin

Rujukan[sunting | sunting sumber]