Roxette

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Roxette
Roxette semasa membuat persembahan di Weert 2011
Latar belakang
Berasal dariHalmstad, Sweden
GenrePop, Rock, Europop
Tahun aktif1986–kini
Syarikat rakaman
Capitol records,
EMI,
Edel Music
Pengkarya berkait
Gyllene Tider
Laman sesawang
http://www.roxette.se
AhliPer Gessle
Marie Fredriksson

Roxette adalah sebuah kumpulan duet muzik pop berasal dari Sweden. Kumpulan ini dianggotai oleh Marie Fredriksson dan Per Gessle. Kumpulan menikmati kejayaan di seluruh dunia, bermula pada akhir tahun 1980-an sehingga pertengahan tahun 1990-an, menduduki 19 kali carta UK Top 40[1] dan empat kali single di US #1 dengan, "The Look", "Listen to Your Heart", "It Must Have Been Love" dan "Joyride".[2] Dua buah single seterusnya "Dangerous" dan "Fading Like a Flower" mendapat #2.[2]

Selepas berhenti pada pertengahan 1990-an, populariti kumpulan ini berlangsung di wilayah lain seperti di Eropah dan Amerika Selatan, di mana mereka mendapat pelbagai anugerah Emas dan Platinum sehingga permulaan milenia baru. Duet ini kemudian berhenti lagi dari membuat album baru dan jelajah, apabila pada tahun 2002, Fredriksson didiagnosis mendapat barah otak.[3] Roxette membuat persembahan bersama kembali bagi kali pertama dalam masa 8 tahun, pada 2009, semasa jelajah Party Crasher Eropah untuk Gessle.[4]

Lagu-lagu mereka terus dimainkan di radio. Baru-baru ini, "It Must Have Been Love" dan "Listen to Your Heart" menerima anugerah dari BMI, dengan kedua-dua lagu mencapai empat juta kali siaran radio.[5][6] Roxette menjual kira-kira 45 juta album dan 25 juta single di seluruh dunia[7][8][9], dengan lebih 3.5 juta jualan rekod di Amerika Syarikat[10][11][12], mendapat platinum untuk Joyride dan Look Sharp! di sana.[10]

Diskografi[sunting | sunting sumber]

  • Pearls of Passion (1986)
  • Look Sharp! (1988)
  • Joyride (1991)
  • Tourism (1992)
  • Crash! Boom! Bang! (1994)
  • Have a Nice Day (1999)
  • Room Service (2001)
  • Charm School (2011)
  • Travelling (2012)
  • Good Karma (2016)

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Roxette's UK Chart stats". www.chartstats.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-05-25.
  2. ^ a b "Roxette's Billboard chart history". www.billboard.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-12-04.
  3. ^ "BBC News: Roxette Star has brain tumor". news.bbc.co.uk. 2002-09-16. Dicapai pada 2010-01-04.
  4. ^ "The Daily Roxette: Marie joins Per and band on stage in Amsterdam". Dicapai pada 2009-05-07.
  5. ^ "2008 BMI awards ("Listen to Your Heart")". www.bmi.com.
  6. ^ "2005 BMI awards ("It Must Have Been Love")". www.bmi.com.
  7. ^ "MTV Germany's bio. of Roxette" (dalam bahasa German). www.mtv.de.CS1 maint: unrecognized language (link)
  8. ^ "Swisscharts.com's bio. of Roxette". www.swisscharts.com.
  9. ^ "EMI Germany's bio. of Roxette" (dalam bahasa German). www.emimusic.de. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-05-11. Dicapai pada 2010-04-27.CS1 maint: unrecognized language (link)
  10. ^ a b "Certifications for Roxette from RIAA". www.riaa.com. Dicapai pada 2009-09-23.
  11. ^ "Ask Billboard section on billboard.com (2005)". www.billboard.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-05-30.
  12. ^ "Ask Billboard section on billboard.com (2009)". www.billboard.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-05-30.

Sumber-sumber

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Templat:Roxette Templat:Roxette singles