Roy O. Disney

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Roy Oliver Disney)
Roy O. Disney
bersama adiknya Walt
Kelahiran
Roy Oliver Disney

(1893-06-24)24 Jun 1893
Meninggal dunia20 Disember 1971(1971-12-20) (umur 78)
PekerjaanKetua pegawai eksekutif
PasanganEdna Francis (k. 1925–1971)
Anak-anakRoy E. Disney (1930-2009)
Ibu bapaElias Disney
Flora Call Disney
HubunganWalt Disney (adik)

Roy Oliver Disney (24 Jun 1893 – 20 Disember 1971), bersama adiknya Walt Disney, merupakan pengasas bersama perniagaan yang kini dikenali sebagai The Walt Disney Company. Setelah Walt meninggal dunia, Roy menjadi pengerusi syarikat ini. Roy bertugas sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) syarikat berkenaan (1929–1971; tetapi gelaran CEO hanya diraih pada 1968) presiden (1945–1971), dan pengerusi (1966–1971).

Biografi[sunting | sunting sumber]

Roy dilahirkan kepada pasangan Elias dan Flora Call Disney di Chicago, Illinois. Beliau beristerikan Edna Francis (1890-1984)[1] sejak April 1925; anak tunggal mereka[2] ialah Roy Edward Disney yang lahir pada 10 Januari 1930. Roy dan adiknya Walt memesan dan membina rumah bina sendiri dari Pacific Ready Cut Homes (sebuah syarikat Los Angeles). Pada tahun 1928, mereka membina rumah masing-masing bersebelahan di Lyric Avenue. Rumah-rumah mereka diubah suai dan diperbesarkan sedikit, sehingga tidak begitu memadani rumah asal yang dipaparkan dalam katalog Pacific Ready Cut Homes.

Walt menjadi tukang daya cipta, manakala Roy bertanggungjawab memastikan syarikat mereka teguh kewangannya; mereka berdua adik-beradik ini bersama-sama menubuhkan Disney Studios, tetapi pada tahun 1929, Walt membeli habis kebanyakan saham Roy, dan tidak menjadi penerbit seperti Max dan Dave Fleischer dari syarikat pesaingnya, Fleischer Studios.

Setelah Walt Disney meninggal dunia pada 1966, Roy menangguhkan persaraannya untuk menyelia pembinaan taman hiburan Disney World, lalu menamakannya sebagai Walt Disney World sebagai penghormatan kepada mendiang adiknya.

Setelah Walt Disney World berjaya dibuka pada Oktober 1971, akhirnya Roy Disney bersara. Beliau pernah mengadu ada tompok di sebelah matanya, dan sepatutnya berjumpa dengan optometris untuk preskripsi cermin mata baru. Beliau ditemui dalam keadaan rebah dan kebingunan, berhampiran katilnya oleh ahli keluarga; beliau mati akibat angin ahmar. Jenazah beliau dikebumikan di Tanah Perkuburan Forest Lawn, Hollywood Hills.

Penghormatan[sunting | sunting sumber]

Sebuah patung Roy O. Disney yang duduk bersebelahan Minnie Mouse atas bangku taman terletak di bahagian Town Square di Main Street, U.S.A. di Magic Kingdom, Walt Disney World, Florida. Patung ini ada pendua yang terletak di luar bangunan Team Disney di ibu pejabat korporat Disney di Burbank, California. Roy O. Disney ialah bapa kepada Roy E. Disney yang meninggal pada Disember 2009.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Disney's Magic Makers: Edna Francis Disney". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-04-01. Dicapai pada 2010-04-07.
  2. ^ The Windows on Main Street: Roy E. Disney

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Jawatan perniagaan
Didahului oleh
First CEO
Disney CEOs
1945–1971
Diikuti oleh:
Donn Tatum
Didahului oleh
Walt Disney
Disney Presidents
1966–1968
Diikuti oleh:
Donn Tatum
Didahului oleh
Walt Disney
Disney Chairmen
1964–1971
Diikuti oleh:
Donn Tatum