Royal Selangor

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Proses pembuatan pewter.

Royal Selangor adalah sebuah produk barangan piuter yang terkenal di Malaysia dan di seluruh dunia. Sebelum itu ia dikenali sebagai Selangor Pewter dan pada tahun 1992 atas perkenan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor ketika itu Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. Namanya diubah menjadi Royal Selangor.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Royal Selangor Pewter atau nama asalnya adalah Selangor Pewter diasaskan pada tahun 1885 oleh seorang pemuda China berketurunan Hakka bernama Yong Koon (Cina Ringkas: 杨坤; Cina Tradisional: 楊坤; pinyin: yáng kūn). Pada abad ke-18 kebanyakan barangan piuter terdiri daripada bekas colok dan pemegang lilin bagi pasaran timur. Dengan kedatangan British, bekas abu rokok, cawan teh dan cawan arak turut dihasilkan.

Royal Selangor Pewter mula memasuki pasaran eksport pada tahun 1970-an iaitu menembusi pasaran luar seperti Singapura, Hong Kong dan Australia. Pada tahun 1980-an, pasaran dikembangkan sehingga ke Eropah dan kemudiannya ke Jepun. Pada tahun 1992, namanya ditukarkan Royal Selangor Pewter untuk menunjukkan pengiktirafan Diraja dan kepelbagaian barangan keluarannya yang merangkumi selain piuter.

Produk dan perkhidmatan[sunting | sunting sumber]

Campuran logam yang digunakan bagi penghasilan pembuatan pewter.

Kini, syarikat ini menawarkan lebih seribu jenis barangan pinggan mangkuk dan cenderamata yang beraneka, termasuk kole tradisional, set teh, bingkai gambar, aksesori meja dan aksesori wain. Syarikat ini mengedar barangannya dari tapaknya di Kuala Lumpur ke lebih 40 cawangan di 20 negara seluruh dunia, termasuklah cawangan di London, Toronto, Melbourne, Tokyo, Hong Kong dan Singapura. Royal Selangor juga didapati dalam kedai serbaneka Harrods dan John Lewis di United Kingdom serta Wako dan Mitsukoshi di Jepun. Selain diwakili oleh lapan pejabat dalam lima benua, Royal Selangor juga diwakili is di tempat-tempat lain di dunia melalui laman webnya www.royalselangor.com yang memetik harga produknya dalam sembilan matawang berlainan.

Salah satu faktor kejayaan Royal Selangor dalam pasaran cenderamata dan pinggan mangkuk ialah komitmennya terhadap rekabentuk inovatif dan pertukangan yang cemerlang. Setiap tahun, syarikat ini menghasilkan barisan produk baru, ada antaranya yang menerima pengiktirafan antarabangsa. Misalnya, pada tahun 1989 dan 1991, Royal Selangor menerima anugerah Design Plus di Frankfurt International Gift Fair, dan pada tahun 1997, menerima anugerah Gift of the Year dalam kategori cenderamata berlesen, dari Giftware Association of the United Kingdom.

Serombong Royal Selangor Wine Celebration mencipta sejarah dengan memenangi tiga anugerah rekabentuk antarabangsa; Anugerah Red Dot Award dari Design Zentrum di Jerman, Pingat Gangsa IDEA2002 dari Industrial Designers Society of America serta Anugerah Good Design 2002 dari Japan Industrial Design Promotion Organization.

Trivia[sunting | sunting sumber]

  • Ketika Yong Koon masih hidup, piuter digilap dengan "daun batu" (tetracera scandens), sejenis daun tropika liar yang bersifat halus dan kasar.
  • Kole piuter terbesar di dunia sepertimana diiktiraf oleh Guinness Book of Records, dibuat oleh Royal Selangor pada tahun 1985 sempena ulang tahunnya yang ke-100. Kini dipamerkan di ibu pejabat Royal Selangor, kole ini tingginya 1.987 meter, beratnya 1,557 kg dan mutannya sebanyak 2,796 liter. Kole gergasi ini pernah dibawa mengelilingi dunia ke tempat-tempat seperti Kanada, Australia, Singapura dan China.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]