Rozali Ismail

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Tan Sri Rozali Ismail adalah ahli seorang perniagaan dan berbangsa Melayu. Ketika ini beliau memegang jawatan pengerusi eksekutif syarikat konsesi air, Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) dan juga presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Selangor (DPMMS)[1] Beliau juga merupakan pengasas dan Pengerusi Eksekutif Puncak Niaga Holdings Bhd.[2] Beliau termasuk dalam senarai 40 orang terkaya di Malaysia mengikut majalah Forbes pada 2010.[3]

Di dalam bidang politik pula, beliau adalah bekas bendahari UMNO Selangor dan juga Hulu Selangor.[1]

Selain itu Rozali Ismail adalah Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) yang terletak berhampiran dengan Bagan Nakhoda Omar di Sabak Bernam.[4]

Anugerah & Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Beliau telah menerima Anugerah Socrates. Anugerah tersebut adalah mengiktiraf ahli-ahli perniagaan elit di peringkat global yang sentiasa berusaha melalui kaedah tersendiri untuk menggalakkan pertukaran idea dan pengalaman dalam kalangan masyarakat antarabangsa dalam bidang ekonomi, politik, pendidikan dan kebudayaan. [5][6]

Anugerah ini membuktikan keupayaan cemerlang PNHB dalam mengurus dan mengendali projek bekalan air berskala besar di Malaysia, khususnya di Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur

Krisis air Selangor 2012[sunting | sunting sumber]

Krisis air Selangor 2012 sampai kemuncaknya apabila Kerajaan Selangor berhasrat mengemukakan cadangan kepada lembaga pengarah Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) supaya memecat pengerusi eksekutif dan ketua pegawai eksekutifnya. Dengan pemecatan ini, penjimatan kos operasi dari gaji pengerusi eksekutif SYABAS sahaja adalah berjumlah sekurang-kurangnya RM 5.1 juta setahun.[7] Bagaimanapun, mahkamah kemudian mendapati bahawa beliau difitnah dan dakwaan gaji jutaan ringgit itu tidak benar.[8][9] Mengikut Laporan Tahunan 2012 Puncak Niaga, Rozali Ismail selaku Pengerusi Eksekutif telah menerima remunerasi antara RM33.3-33.4 juta dalam tahun kewangan 2012.[10]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. 1.0 1.1 "Rozali dicabar letak jawatan, tanding pilihan raya". Malaysiakini.com. 1 September 2010. Diperoleh pada 19 Disember 2012.  kini beliau tidak lagi memegang mana-mana jawatan di dalam politik.
  2. "Board Of Directors - YBhg Tan Sri Rozali Ismail". Puncak Niaga Holdings Berhad. Diperoleh pada 19 Disember 2012. 
  3. "Malaysia's Richest - #35 Rozali Ismail". Forbes.com. 26 May 2010. Diperoleh pada 19 Disember 2012. 
  4. "8.2 peratus graduan PSIS dapat pekerjaaan". Utusan Malaysia. 20 Mei 2012. Diperoleh pada 19 Disember 2012. 
  5. "Puncak Niaga terima anugerah antarabangsa". Sinar Harian. 28 Oktober 2012. Diperoleh pada 19 Disember 2012. 
  6. "Puncak Niaga terima Anugerah Socrates". Berita Harian. 29 Oktober 2012. Diperoleh pada 19 Disember 2012. 
  7. "S’gor usaha pecat CEO, pengerusi SYABAS". Malaysiakini. 20 Julai 2012. Diperoleh pada 19 Disember 2012. 
  8. "Umno's Rozali: My Syabas salary is not RM5.1mil". Malaysia Chronicle. 10 Ogos 2012. Diperoleh pada 18 Disember 2012. 
  9. "Fitnah Syabas: Tony Pua diperintah bayar RM200,000". Utusan Malaysia. 7 Jun 2012. Diperoleh pada 20 Disember 2012. 
  10. http://www.puncakniaga.com.my/pnhb2/data/annual-report/PN_AR_12_Bursa-2.pdf

Pautan luar[sunting | sunting sumber]