Rozmey Che Din

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Datuk Dr Che Rozmey Che Din ialah seorang usahawan di Malaysia. Beliau memulakan syarikat beliau sendiri Herba Prima Marketing di Bandar Darulaman Jaya, Jitra, Kedah Darul Aman.

Beliau mempunyai ijazah perubatan (MD) dari USM pada 1993, diikuti sarjana perubatan (M.MED O & G) pada 1999, juga dari USM. Seterusnya beliau mendapat diploma farmakologi pada 2001.[1]

Beliau adalah seorang pakar sakit puan dan perbidanan di Malaysia sebelum menjadi usahawan.Laman web Rasmi: http://www.drrozmey.com

Fail:Dr rozmey.jpg

Kisah Hidup[sunting | sunting sumber]

Beliau berkahwin dengan Noor Halawiah Abdullah Shukri dan mendapat tiga anak, Syamsul Anwar, Puteri Amylia Natasha dan Putera Amirul Hakim. Selepas kematian Halawiah pada 2008, beliau berkahwin pula dengan Nur Zulaifa Zulkifli.[2]


Perniagaan[sunting | sunting sumber]

Herba Prima Marketing merupakan syarikat yang telah dibina oleh beliau. Menggunakan jenama 'dR Rozmey' atau DDR, beliau telah menjual pelbagai produk dari mesin terapi elektrik hinggalah ke produk pengurusan badan. Beliau ialah pereka produk 'Jus Mate 5'.

Syarikat beliau menggajikan 300 staf dan 4 wartawan bertugas untuk promosi jenama. Beliau juga telah menlancarkan program realiti 'Akademi Langsing Jus Mate 5 Jutawan Dr Rozmey.[3]


Herba Prima Marketing (HPM)[sunting | sunting sumber]

Bertapak sebagai sebuah syarikat pengeluar produk makanan kesihatan, Herba Prima Marketing Sdn Bhd (HPM) yang diasaskan oleh Datuk Dr Che Rozmey Che Din bersama arwah isterinya, Noor Halawiyah Abdullah Shukri di Bandar Darul Aman Jaya, Jitra, Kedah telah mencipta satu fenomena baru kepada pengguna di negara ini.

Beroperasi pada awal 2006, Datuk Dr Che Rozmey yang juga seorang pakar perbidanan dan sakit puan menggunakan kemahiran sebagai seorang doktor pakar untuk menformulasi produk kesihatan sendiri iaitu Jus Mate 5.

Fail:Dr rozmey group.jpg
HQ dR Rozmey Group

Bermula dengan sebuah pejabat yang dikongsi bersama Jitra Medical Centre (JMC) yang ketika itu menjadi pemangkin kepada pendapatan utamanya, HPM mengorak langkah dengan begitu pantas apabila berjaya membina empayar perniagaan dalam tempoh dua tahun sahaja.

Kejayaan demi kejayaan tercipta apabila produk HPM terutama Jus Mate 5 mula memberi ganjaran kepada pengguna. Konsep guna baru jual yang dipratikkan oleh Dr Rozmey membuahkan hasil apabila ribuan testimoni pengguna tampil untuk memberi pengakuan.

Tsunami baru melanda perniagaan HPM apabila medium media cetak yang digunakan oleh Dr Rozmey untuk mencanangkan kejayaan testimoni mendapat maklum balas di luar jangkaan sehingga memaksanya untuk meningkatkan perkhidmatannya termasuk memperkenalkan system belian online.

Perjenamaan baru dR Rozmey selaras dengan perkembangan HPM membawa kepada perkembangan cabang perniagaan baru seperti dR Rozmey Skin Care, dR Rozmey Beauty Slimming Fitness Centre (RBSFC), dR Rozmey Body Shop, dR Rozmey Fashion, dR Rozmey Sport Wear dan dR Movie Production. [4]


Herba Prima Manufacturing[sunting | sunting sumber]

Bertapak di kawasan perindustrian Kulim dengan kekuatan tenaga pekerja yang profesional dan terlatih. Kilang berteknologi tinggi ini mampu menghasilkan kapasiti pengeluaran produk secara maksimum mengikut permintaan pasaran. Produk dRG dihasilkan dalam satu aliran lengkap bermula dari penyelidikan dan pembangunan produk ( R&D), penghasilan, pengeluaran, dan pembungkusan produk dengan mempraktikkan sistem amalan perkilangan terbaik dalam menjamin kualiti produk yang terbaik. Pelaburan terhadap mesin berteknologi tinggi dan staff yang profesional adalah satu aset bernilai dalam usaha meningkatkan kualiti kerja dan kapasiti pengeluaran bagi memenuhi permintaan global.[5]


dR ROZMEY GROUP[sunting | sunting sumber]

dR Rozmey Group (dRG) merupakan label bertaraf dunia yang terlibat dalam sektor pengeluaran produk pemakanan kesihatan dan kecantikan. Pelbagai kejayaan yang diperolehi oleh label dR Rozmey bermula dari perniagaan sehinggalah kepada pengiktirafan tertinggi yang diterima oleh pemilik label itu iaitu Datuk Dr Che Rozmey Che Din. Penerokaan pasaran luar negara yakni Indonesia pada hujung tahun 2012 ini dengan lebih 2 juta rangkaian usahawan siap sedia untuk menggempur pasaran bumi garuda itu adalah satu petanda positif yang bakal memberi impak besar kepada label dR Rozmey di peringkat global. Kehadiran delegasi Qatar yang menjalinkan kerjasama bagi membolehkan produk dRG bertapak di bumi Timur Tengah, Afrika Utara, Kesatuan Eropah dan India jelas satu durian runtuh yang berlaku kepada bisnes dRG selepas empat tahun beroperasi di negara ini sehingga menarik minat usahawan asing untuk bekerjasama selepas tertarik dengan kualiti produk dRG yang berjaya membantu jutaan pengguna di negara ini Laman web Rasmi: http://www.drrozmey.com

Filem[sunting | sunting sumber]

Filem sulungnya berjudul '2 Alam' dengan kos RM 1.5 juta. Idea asal, jalan cerita dan garapan '2 Alam' adalah dari Dr Rozmey sendiri. Beliau menyasarkan kutipan 40 juta untuk '2 Alam' selain melakukan promosi secara besar besaran di akhbar tempatan terutama Kosmo(setiap hari). Hari pertama tayangan beliau mengumumkan mendapat kutipan sebanyak RM2 juta.

Sebaliknya menurut statistik di laman sesawang Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), angka kutipan 2 Alam hanya mampu mencapai RM 440 ribu sahaja keseluruhannya selepas habis tayangan.[6]

Rujukan[sunting | sunting sumber]