Rubah merah Arab

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Rubah merah Arab
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Order:
Keluarga:
Genus:
Spesies:
Subspesies:
V. v. arabica
Nama trinomial
Vulpes vulpes arabica
Thomas, 1902

Rubah merah Arab (Vulpes vulpes arabica) ialah satu subspesies rubah merah yang asli di Tanah Arab, secara tertentu Dhofar dan Pergunungan Hajar di Oman dan ia dijumpau di Emiriah Arab Bersatu, di Syria, di Jordan hingga Arab Saudi dan Yaman.[1][2] Rubah merah Arab berwarna serupa dengan rubah merah am. Walau bagaimanapun, ia tersesuai terhadap kehidupan gurun lebih daripada spesies induknya. Telinga rubah ini adalah jauh lebih besar, dan badannya jauh lebih kecil daripada yang bagi rubah merah.

Rubah merah Arab juga mempunyai bulu di atara jari kakinya, untuk menghindari lecuran kaki. Ia berwarna merah pucat keperang-perangan dan berpurata berat 4.5 kg (9.9 lb).[3] Rubah ini merupakan haiwan menyendiri dengan wilayah rumah tertakrif dengan baik. Dietnya terdiri daripada rodensia, burung, dan ikan serta tumbuhan gurun atau juga bangkai. Ia paling giat pada malam. Anak rubah membuka mata selepas 10 hari dari kelahiran. Rubah Arab hidup dalam pelbagai persekitaran, termasuk pergunungan, pinggir laut, gurun, dan bandar raya.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Red Fox Subspecies http://www.pbase.com/corotauria/vos
  2. ^ species.wikimedia.org. species.wikimedia.org. Dicapai pada 31 Disember 2012.
  3. ^ Terrestrial Mammals. uaeinteract.com. (PDF). Dicapai pada 31 Disember 2012.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]