Rudyard Kipling

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Rudyard Kipling

Fotogravur (1926)
Pekerjaan Pengarang cerpen, Novelis, Pemuisi, Wartawan
Warganegara British
Genre Cerpen, novel, kesusasteraan kanak-kanak, puisi, kesusasteraan pelancongan, cereka sains
Subjek India
Pencapaian ketara The Jungle Books
Just So Stories
Kim
Anugerah Hadiah Nobel dalam kesusasteraan (1907)

Joseph Rudyard Kipling (30 Disember 1865 – 18 Januari 1936) ialah seorang pengarang dan pemuisi berbangsa British kelahiran Bombay, di India British,[1] yang terkenal sekali kerana karya-karya cereka The Jungle Book (1894) (koleksi cerita yang mengandungi Rikki-Tikki-Tavi), Kim (1901) (kisah pengembaraan); cerpen The Man Who Would Be King(1888); dan puisi Mandalay (1890), Gunga Din (1890), dan If— (1910). Beliau disanjungi sebagai seorang "pembaharu utama dalam seni cerpen";[2] di samping karya sastera kanak-kanak klasik yang tidak lapuk dek zaman, segala karya terbaik ciptaan beliau merupakan kurniaan yang serba guna dan jelas naratifnya kepada dunia sastera.[3][4]

Kipling ialah salah seorang tokoh penulisan bahas Inggeris yang tersohor dalam bidang prosa dan puisi pada akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20.[2] Henry James mengulas: "Pada pandangan peribadi saya, Kipling merupakan insan terlengkap dari segi genius (berbeza dengan kepintaran terbaik) yang pernah saya kenali."[2] Pada tahun 1907, beliau dikurniakan anugerah Hadiah Nobel dalam Kesusasteraan, menjadikan penulis bahasa Inggeris pertama yang menerima hadiah tersebut, dan hingga kini masih memegang rekod sebagai penerima termuda hadiah ini.[5]

Menjelang akhir hayatnya, Kipling diberi jolokan (oleh George Orwell, antara lainnya) sebagai "penanjur imperialisme British."[6] Ramai yang mentafsir anasir-anasir prejudis dan militarisme dalam karya-karyanya,[7][8] menyebabkan beliau diselubungi kontroversi sepanjang abad ke-20.[9][10] Menurut ulasan Douglas Kerr: "Beliau masih kekal sebagai pengarang yang boleh mengilhamkan pertentangan pendapat yang mendalam, dan tempatnya dalam sejarah sastera dan kebudayaan masih belum tetap lagi. Sungguhpun demikian, pada zaman kemerosotan empayar-empayar Eropah, beliau diiktiraf sebagai pentafsir pengalaman empayar yang tiada bandingannya, biarpun mengundang kontroversi. Itulah, selain limpah-limpahan pengiktirafan kepada anugerah naratifnya yang luar biasa, yang menjadikannya sebagai seorang tokoh yang disegani."[11]

Karya[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Pinney, Thomas (September 2004). H. C. G. Matthew and Brian Harrison. ed. ‘Kipling, (Joseph) Rudyard (1865–1936)’. Oxford Dictionary of National Biography. Oxford University Press. 
  2. 2.0 2.1 2.2 Rutherford, Andrew (1987). General Preface to the Editions of Rudyard Kipling, in "Puck of Pook's Hill and Rewards and Fairies", oleh Rudyard Kipling. Oxford University Press. ISBN 0-19-282575-5
  3. Rutherford, Andrew (1987). Introduction to the Oxford World's Classics edition of "Plain Tales from the Hills", by Rudyard Kipling. Oxford University Press. ISBN 0-19-281652-7
  4. James Joyce considered Tolstoy, Kipling dan D'Annunzio to be the "three writers of the nineteenth century who had the greatest natural talents", but that "he did not fulfill that promise". He also noted that the three writers all "had semi-fanatic ideas about religion, or about patriotism." Diary of David Fleischman, 21 Julai 1938, dipetik dalam James Joyce oleh Richard Ellmann, ms. 661, Oxford University Press (1983) ISBN 0-19-281465-6
  5. Alfred Nobel Foundation. "Who is the youngest ever to receive a Nobel Prize, and who is the oldest?". Nobelprize.com. pp. 409. http://nobelprize.org/contact/faq/index.html#3b. Capaian 2006-09-30. 
  6. Orwell, George (2006-09-30). "Essay on Kipling". http://www.george-orwell.org/Rudyard_Kipling/0.html. Capaian 2006-09-30. 
  7. Lewis, Lisa. 1995. Introduction to the Oxford World's Classics edition of "Just So Stories", by Rudyard Kipling. Oxford University Press. pp.xv-xlii. ISBN 0-19-282276-4
  8. Quigley, Isabel. 1987. Introduction to the Oxford World's Classics edition of "The Complete Stalky & Co.", by Rudyard Kipling. Oxford University Press. pp.xiii-xxviii. ISBN 0-19-281660-8
  9. Said, Edward. 1993. Culture and Imperialism. London: Chatto & Windus. Page 196. ISBN 0-679-75054-1.
  10. Sandison, Alan. 1987. Introduction to the Oxford World's Classics edition of Kim, by Rudyard Kipling. Oxford University Press. pp. xiii–xxx. ISBN 0-19-281674-8.
  11. Douglas Kerr, University of Hong Kong. "Rudyard Kipling." The Literary Encyclopedia. 30 May. 2002. The Literary Dictionary Company. 26 September 2006. [1]