Ruffedge

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Ruffedge
Latar belakang
Juga dikenali sebagai Ruff Edge
Berasal dari Malaysia Malaysia
Genre Hip hop, R&B, Soul
Pekerjaan Penyanyi / Pemuzik
Instrumen Vokal
Tahun aktif 1998 - 2008
Label

2002 - 2004: The Promised Clan / Positive Tone

2004 - 2007: EMI

2008: Indipendent
Kegiatan berkait Innuendo, V.E, Too Phat, Al-Mawlid
Bekas ahli
Cat Farish
Mode
Azan Addin
Zain Hamid
Amer Munawer
Syed Hussein
Nine
Irwan Iskandar Abidin (Iwan)

Kumpulan Ruffedge merupakan sebuah kumpulan penyanyi padu suara yang pernah aktif di Malaysia. Kumpulan ini menyampaikan lagu-lagu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.

Ruffedge di awal kemunculan

Sejarah penubuhan dan anggota asal[sunting | sunting sumber]

Kumpulan Ruffedge ditubuhkan pada tahun 1997 oleh Cat, Zain dan seorang lagi rakan mereka yang bernama Azim. Pada waktu itu mereka dikenali sebagai Vibe. Kemudian mereka disertai oleh Azan pada tahun 1998 dan nama kumpulan bertukar kepada Ruffedge (juga dieja sebagai Ruff Edge).

Mereka menyertai pertandingan carian bakat Sony Battery Face On Talent Search yang pusingan awalnya bermula pada Oktober 1999 dan telah memenangi tempat kedua di pusingan akhir pada 4 Mac 2000.

Kemudiannya Azim telah mengundurkan diri dan tempatnya digantikan oleh Mode. Selepas itu mereka terus aktif dalam arena muzik underground dan diberi peluang menjadi artis jemputan serta penyanyi latar dalam album artis-artis berbahasa Inggeris tempatan dengan barisan anggota yang terdiri daripada:

  1. Farrish Zaquan bin Ramli (Cat), dilahirkan pada 12 Julai 1974, berasal dari Perak
  2. Mohd Kamaruzaman Zain bin Abdul Hamid (Zain), dilahirkan pada 19 April 1978, berasal dari Kuala Lumpur
  3. Azan Addin bin Abdul Wahab (Azan), dilahirkan pada 11 Julai 1974, berasal dari Perak
  4. Syed Mohammad bin Syed Abdullah (Mode), dilahirkan pada 1 Januari 1976, berasal dari Kuala Lumpur

Gandingan bersama V.E[sunting | sunting sumber]

Album pertama Ruffedge bersama V.E. berjudul Extreme Pleasure dilancarkan pada bulan September 2002 dan mula mendapat perhatian pendengar muzik menerusi lagu dwibahasa Tiada Lagi Cinta. Ruffedge telah diundang mengadakan persembahan di Anugerah ERA 2002 menyampaikan lagu tersebut.

Amer Munawer bin Yusoff atau Amer (dilahirkan pada 6 Oktober 1977, berasal dari Kedah) kemudian menyertai Ruffedge pada tahun 2003 menjadikan bilangan anggota mereka lima orang.

Pada bulan Jun 2003, album bungkusan semula yang diberi judul Extreme Pleasure Extra telah dilancarkan dengan tambahan beberapa lagu baru termasuk lagu kumpulan Black Dog Bone yang digubah semula, Khayalan. Lagu ini berjaya menempatkan Ruffedge dan V.E. sebagai antara bakat baru paling mendapat perhatian penggemar muzik tanahair pada ketika itu, sebaris dengan nama-nama seperti Sarah Raisuddin, Misha Omar, Ezlynn, Waheeda dan Hazami.

Populariti kedua-dua kumpulan ini turut menarik perhatian pengarah filem, Zek Zukry yang kemudiannya menawarkan mereka untuk muncul sebagai cameo dalam sebuah filem muzikal remaja berjudul SH3 The Movie. Filem ini mula menjalani penggambaran pada akhir tahun 2003 dan ditayangkan setahun kemudian.

Album solo pertama Ruffedge, Defined

Era Tipah Tertipu[sunting | sunting sumber]

Kejayaan Ruffedge diteruskan pada tahun 2004 dengan lahirnya album solo Ruffedge sendiri (tidak lagi bergabung dengan V.E.) yang berjudul Defined pada bulan Mac 2004. Lagu hit utama dari album ini ialah Tipah Tertipu, Bila Rindu dan Goyang.

Sewaktu baru diputarkan di radio, lagu Tipah Tertipu telah diharamkan penyiarannya oleh pihak RTM atas alasan menggunakan bahasa rojak (campuran bahasa Melayu dan bahasa Inggeris). Walau bagaimanapun lagu ini tetap mendapat sambutan dari pendengar-pendengar stesen radio swasta dan menjadi antara lagu paling banyak mendapat permintaan untuk ke udara sepanjang tahun 2004.

Pertukaran anggota dan bidang lakonan[sunting | sunting sumber]

Pada awal tahun 2005, Mode mengundurkan diri untuk menumpukan kepada perniagaan keluarganya. Album bungkusan semula, RE-Defined Platinum Edition yang dilancarkan pada bulan Januari 2005 merupakan album terakhir Mode bersama Ruffedge.

Bagi menggantikan tempatnya, Sein (Syed Hussein bin Syed Mustafa) iaitu bekas ahli kumpulan M.O.B diambil menyertai Ruffedge. Bersama "line-up" terbaru ini, Ruffedge meneruskan perjuangan dalam bidang muzik dengan menghasilkan album ketiga mereka yang diberi judul Ruffera. Album ini menampilkan seratus peratus lagu berbahasa Melayu. Lagu hit utama dari album ini ialah Da' Bomb, Lemas dan Lelaki.

Pada tahun yang sama juga Ruffedge memulakan penggambaran filem Tipah Tertipu The Movie arahan Ahmad Idham di mana kesemua mereka berlakon sebagai watak utama di samping aktres Intan Ladyana. Filem ini telah ditayangkan pada 1 Jun 2006.

Pada awal tahun 2006, Cat pula meninggalkan Ruffedge menjadikan bilangan anggotanya empat orang semula. Cat telah menubuhkan sebuah kumpulan R&B hip-hop baru yang diberi nama The Fabulous Cats.

Pada tahun 2007, Amer dan Sein pula mengundurkan diri.

Selepas itu, anggota Ruffedge terdiri daripada:[1]

  1. Azan Addin b. Abdul Wahab (Azan)
  2. Mohd Kamaruzaman Zain b. Abdul Hamid (Zain)
  3. Irwan Iskandar Abidin (Iwan)
  4. Meor Zulkarnain Mohd. Zamhuri (Nine) (bekas anggota kumpulan Phyne Ballerz)

Bagaimanapun, line-up terbaru ini tidak berpeluang menghasilkan sebarang album.

Perpecahan[sunting | sunting sumber]

Selepas tahun 2007 nama Ruffedge mula suram berikutan pudarnya pengaruh irama hip-hop. Faktor lain yang memungkinkan keadaan ini ialah perubahan arus muzik tempatan yang mula beralih kepada muzik indie rock. Tidak kurang juga berpunca dari kemasukan lagu-lagu dari Indonesia yang agak bertalu-talu ke stesen-stesen radio tempatan.

Akhirnya selepas tahun 2008 kesemua anggota Ruffedge telah membawa haluan masing-masing. Mode bekerja sebagai arkitek, Azan dan Amer telah menubuhkan kumpulan Al-Mawlid yang menyampaikan lagu-lagu kerohanian manakala Sein dan Zain semakin aktif dalam bidang lakonan dan kerja-kerja belakang tabir dalam dunia perfileman.

Cat pula terus menempa kejayaan bersama kumpulan barunya The Fabulous Cats di samping meneruskan kerjaya sebagai penggubah lagu dan penerbit album artis-artis lain serta mencungkil bakat-bakat baru dalam genre muzik hip-hop. Seperti Sein dan Zain, Cat juga aktif menceburi bidang lakonan iaitu dalam drama dan filem.

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Album studio[sunting | sunting sumber]

  1. Extreme Pleasure (bergabung dengan V.E.) - 2002
  2. Extreme Pleasure EXTRA (bergabung dengan V.E.) - 2003
  3. Defined - 2004
  4. Re-Defined Platinum Edition - 2005
  5. Ruffera - 2005

Extreme Pleasure (2002)[sunting | sunting sumber]

  1. Tiada Lagi Cinta (feat. Urban Xchange)
  2. Ruffluv
  3. Feelin'
  4. Berkenalan
  5. Babygirl (feat. Too Phat)

Extreme Pleasure Extra (2003)[sunting | sunting sumber]

Album ini telah dipakejkan semula dan dipasarkan pada tahun 2003 dengan penambahan beberapa lagu baru iaitu:

  1. Khayalan (bersama V.E.)
  2. Saat Bahagia (bersama V.E.)
  3. Tiada Lagi Cinta (Hip Hop Remix)
  4. Tiada Lagi Cinta (Chynahouse Video Remix)

Defined (2004)[sunting | sunting sumber]

  1. Intro R.E.D.
  2. Ditipu
  3. Tipah Tertipu
  4. Tertipu
  5. Grindin (Ft Little Ze)
  6. Aura (Ft Flop Poppy)
  7. Bila Rindu
  8. Rufflife (Ft JG)
  9. Goyang (Ft Phlowtron)
  10. Kaseh Dan Percaya
  11. Freak This Mutha (Ft Altimet of TTC)
  12. Matinya Sabahagian Jiwa
  13. Senyum
Album RE-Defined Platinum Edition

Re-Defined Platinum Edition (2005)[sunting | sunting sumber]

Lagu-lagu baru yang dimuatkan ialah:

  1. Grindin (Hip Hop Melayu Remix) feat. M.O.B.
  2. Tipah Tertipu Remix feat. Ella, Linda Onn & Moley
  3. Bawa Ku Ke Sana
  4. Senyum feat. Ruffamalia
  5. Seantero Dunia feat.Terry Lee J JG
Album Ruffera

Ruffera (2005)[sunting | sunting sumber]

  1. Bergelora Feat J-Spoopa
  2. Buat Kamu Feat Mohar (Mohram)
  3. Da'Bomb Feat Kugiran Di Tepi Pantai
  4. Kerna
  5. Lemas Feat Genervie
  6. Hari Ini Dalam Sejarah
  7. Onjak Sekaki Feat Noraniza Idris dan Sedozen
  8. Kerinduan Feat Jaclyn Victor
  9. Secebis Kepercayaan
  10. Membebel Feat Amuk
  11. Lelaki
  12. Da'Bomb [original]
Album himpunan lagu-lagu terbaik Ruffedge dan V.E

Album kompilasi[sunting | sunting sumber]

The Best of Ruffedge & V.E (2007)[sunting | sunting sumber]

Lagu-lagu lain[sunting | sunting sumber]

OST Tipah Tertipu The Movie (2006)[sunting | sunting sumber]

1.Tipah Tertipu Mix

2.Kamu Yang

3.Realiti

Urban Strike - Tribute to Ella (20 April 2006)[sunting | sunting sumber]

1.Standing in The Eyes (bersama KRU, Too Phat, V.E., Shazzy & Phlowtron)

2.Gemilang

3.Permata Biru

Unreleased Album (2008)[sunting | sunting sumber]

1.Jangan Berhenti

2.Ke Udara

3.Rintihan Pengemis

OST Jin Notti (2009)[sunting | sunting sumber]

1.Pemuja Dari Jauh

Penampilan bersama artis lain[sunting | sunting sumber]

Secara berkumpulan[sunting | sunting sumber]

2000 - Lagu "Too Phat Baby" dalam album Whuttadilly (Too Phat)

2001 - Lagu "Nanti" dalam album BrandNuEndo (Innuendo)

2003 - Lagu "Tell Shorty" dalam album 360 Degrees (Too Phat)

2004 - Lagu "Bagaimana" dalam album Gadis (Nurfatima)

2007 - Lagu "Istilah Bercinta" dalam album Masterpiece (Hattan)

Album mini berunsur kerohanian dari Amer

Secara solo[sunting | sunting sumber]

2003 - Lagu "Sum'a Y'all" Poetic Ammo feat. Azan dalam album Return of tha' Boombox

2004 - Lagu "Dayang Sayang Kamu" Dayang Nurfaizah feat. Cat dalam album Dayang Sayang Kamu. Azan dan Zain turut menyumbangkan suara sebagai penyanyi latar lagu ini.

2004 - Lagu "Albi" Waheeda feat. Cat dalam album Binafsha

2005 - Lagu "Milikku" Zahid AF2 feat. Cat dalam album Wo!

2006 - Lagu "Cepat-cepat" Jaclyn Victor feat. Mode dalam album Inilah Jac

2006 - Lagu "Cahaya di atas Tar" Cat sebagai OST filem Remp-IT

2006 - Lagu "Tiba-tiba" Dayang Nurfaizah feat. Amer (album single)

2009 - Lagu "Episod Bersama" Alyah feat. Azan dalam album Alyah

2009 - Lagu "Bukan Cinta" Amylea feat. Azan dalam album Selepas 3

2010 - Lagu "Kau Indah" Syazliana feat. Azan (album single)

2010 - Amer muncul dengan EP berjudul Seluruh Mahabbah

2011 - Lagu "Kamu Yang" Zain feat. Gzell sebagai OST drama Seribu Kali Cinta

2011 - Lagu "Anggun" Zizan feat. Zain dan Altimet (album single)

Anugerah/Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Kejayaan[sunting | sunting sumber]

  1. Menerusi album Extreme Pleasure yang pertama, Ruffedge telah memenangi trofi Artis Harapan di Anugerah Industri Muzik ke-10 pada tahun 2003.
  2. Album Defined terjual melebihi 40,000 unit dan menerima anugerah platinum.
  3. Menerusi album Ruffera, Ruffedge telah dinobatkan sebagai Artis Berkumpulan/Duo Popular pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2005.

Pencalonan[sunting | sunting sumber]

Anugerah Juara Lagu[sunting | sunting sumber]

  1. Lagu Tipah Tertipu dari album Defined telah berjaya memasuki peringkat akhir kategori Pop Rock Anugerah Juara Lagu 2004.
  2. Lagu Goyang (kategori Etnik Kreatif) dan Bila Rindu (kategori Balada), juga dari album Defined berjaya ke peringkat separuh akhir Anugerah Juara Lagu 2005.
  3. Lagu Lemas dan Da' Bomb dari album Ruffera pula mara ke peringkat separuh akhir kategori Pop Rock Anugerah Juara Lagu 2006.

Anugerah Industri Muzik[sunting | sunting sumber]

  1. Anugerah Industri Muzik 2005 (menerusi album Defined) - Album Pop Terbaik (dimenangi oleh Ning Baizura) dan Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik (dimenangi oleh Raihan)
  2. Anugerah Industri Muzik 2006 (menerusi album Ruffera) - Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik (dimenangi oleh V.E)
  3. Anugerah Industri Muzik 2010 (menerusi single Pemuja Dari Jauh) - Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik (dimenangi oleh Dato' Siti Nurhaliza & Krisdayanti)

Anugerah Planet Muzik[sunting | sunting sumber]

  1. Anugerah Planet Muzik 2005 (menerusi lagu Tipah Tertipu) - Lagu Paling Popular (dimenangi oleh lagu Lagu Rindu oleh Dato' Siti Nurhaliza)

Anugerah Bintang Popular Berita Harian[sunting | sunting sumber]

  1. Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2004 - Artis Berkumpulan/Duo Popular pada (dimenangi oleh Spider)

Anugerah Era[sunting | sunting sumber]

  1. Anugerah Era 2003 - Artis Inggeris Tempatan Pilihan (dimenangi oleh Too Phat)
  2. Anugerah Era 2004 - Artis Inggeris Tempatan Pilihan (dimenangi oleh Too Phat) dan Vokal Duo/Berkumpulan Pilihan (dimenangi oleh Mirwana)
  3. Anugerah Era 2006 - Vokal Duo/Berkumpulan Pilihan (dimenangi oleh Nikki feat Zahid)

Anugerah Pilihan Pembaca Media Hiburan[sunting | sunting sumber]

  1. Kategori Artis Baru Pilihan 2003/2004 (dimenangi oleh Misha Omar)

Trivia[sunting | sunting sumber]

  • Di awal kemunculan dalam arena muzik mainstream, Ruffedge bersama V.E kerap tampil sebagai penyanyi latar di persembahan artis-artis terkenal tanahair sama ada di pertunjukan pentas mahupun rancangan televisyen termasuk siaran langsung. Mereka kerap mengiringi persembahan kumpulan Innuendo, Hazami, Anuar Zain, Dayang Nurfaizah, Ferhad, Flop Poppy, Spider, Exists, OAG dan ramai lagi.
  • Sempena sambutan Hari Raya Aidiladha pada tahun 2004, Ruffedge tampil sebagai artis jemputan Dato' Siti Nurhaliza dalam program Muzikal Aidiladha terbitan Siti Nurhaliza Productions. Turut diundang ialah Misha Omar, Ezlynn, Waheeda, Ella dan Anuar Zain.
  • Zain terpilih membintangi filem terbitan Rosyam Nor berjudul Castello pada tahun 2005 sebagai watak yang dibawa oleh Rosyam sewaktu muda. Turut berlakon ialah Erra Fazira dan Que Haidar.
  • Cat diberi tanggungjawab mendidik protege berkumpulan tunggal, FO'3 dalam program realiti TV3, Mentor musim pertama pada tahun 2005. Kemudiannya Cat menjadi penasihat vokal program realiti kumpulan vokal, Gang Starz musim pertama pada tahun 2007.

Rujukan[sunting | sunting sumber]