Ruhul Qudus (Islam)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Ruhul Qudus @ Roh Kudus/Suci (bahasa Inggeris; Holy Spirit; bahasa Ibrani: רוח הקודש; bahasa Arab: الروح القدس), kadangkala dirujuk juga sebagai Holy Ghost, adalah makhluk suci yang telah disebutkan di dalam seluruh Agama Ibrahim yakni Islam, Agama Yahudi dan Kristian.

Dalam Islam, Ruhul Qudus menandakan cara/nama lain untuk merujuk kepada Malaikat Jibril a.s., (yang sudah diketahui sebagai ketua kepada seluruh para Malaikat yang ditugaskan oleh Allah untuk menyampaikan wahyu-Nya kepada semua Rasul dan Nabi. Ruhul Qudus juga merupakan Malaikat yang menyampaikan Pemberitahuan kepada Maryam (ibu Nabi Isa) dan juga menyampaikan Al-Quran kepada Nabi Muhammad dalam Gua Hira, Makkah.

Al-Quran telah merujuk Malaikat Jibril kepada dua bentuk nama, dengan menggunakan “Roh” sebagai penunjuk ataupun penanda.

Perbezaan dengan fahaman Kristian[sunting | sunting sumber]

  • Dalam agama Kristian, Ruhul Qudus telah dirujuk terus sebagai Tuhan, walhal Islam menegaskan bahawa Ruhul Qudus tidaklah Tuhan tetapi makhluk Tuhan yakni Malaikat Jibril.
  • Ahli Teologi Kristian tidak menyetujui Malaikat Jibril disamakan dengan Ruhul Qudus kerana, Malaikat Jibril bukanlah dianggap Ilahi (Tuhan), tidak sama dengan Jesus yang dianggap Tuhan dan juga Ruhul Qudus adalah Tuhan yang menyerupai Roh.
  • Genesis 18, Mengikut sumber Kristian yang lain, para Ilmuan Kristian menyetujui bahawa Ruhul Qudus adalah Malaikat Jibril yang dimaksudkan,[perlu rujukan] tetapi mereka merasakan bahawa Ruhul Qudus mempunyai tahap kemuliaan yang lebih tinggi berbanding Malaikat Jibril dalam Hierarki Malaikat-Malaikat Kristian.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]