Rumah panjang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Dalam bidang arkeologi dan antropologi, rumah panjang difahamkan sebagai sejenis bangunan kediaman yang terdiri daripada satu bilik yang panjang. Kebanyakannya dibuat dari kayu dan merupakan bentuk binaan tetap yang awal dalam banyak budaya. Beberapa keluarga akan tinggal bersama di rumah panjang ini.

Kelaziman[sunting | sunting sumber]

Di Eropah[sunting | sunting sumber]

Replika rumah panjang di Trelleborg, Slagelse yang diteka reka bentuk rumah kerana hanya asas bangunannya ditemui.

Rumah panjang terdapat di pelbagai tempat di seluruh dunia, termasuknya Asia, Eropah, dan Amerika Syarikat. Dua jenis rumah panjang Eropah yang kini telah pupus ialah:

  • Jenis neolitik Danube (Bandkeramik) yang diperkenalkan oleh petani-petani yang pertama di Eropah tengah dan barat sekitar 5000 S.M..
  • Rumah panjang penternak lembu Germanik yang termuncul disepanjang pantai barat daya Laut Utara pada abad ke-3 S.M. ataupun abad ke-4 S.M. dan mungkin merupakan perintis untuk sesebahagian jenis rumah Zaman Pertengahan, seperti Langhus Scandinavia, dan kelainan rumah panjang Inggeris, Wales dan Scotland, serta "Fachhallenhaus" Jerman dan Belanda.

Jenis rumah panjang Zaman Pertengahan di Eropah yang masih wujud termasuknya:

  • langhus Skandinavia ataupun Viking
  • kelainan England barat daya di Dartmoor dan Wales
  • jenis England barat laut di Cumbria
  • "taighean dubha" ("blackhouse"), iaitu rumah panjang Scotland.

Di Nusantara[sunting | sunting sumber]

Rumah panjang sering didapati dalam Borneo terutamanya di kawasan Sarawak (Malaysia Timur) dan Kalimantan Barat dan Kalimantan Tengah dihuni masyarakat Dayak;[1][2] binaan rumah ini diutamakan sebagai pusat menepati gambaran sosial kehidupan masyarakat tersebut.[2]

Rumah panjang kaum Iban di bahagian Kapit

Rumah panjang itu didirikan dengan bertiang tinggi supaya ia tidak terjejas oleh air bah. Pada zaman dahulu, ini juga merupakan satu cara untuk melindungkan rumah daripada diserang oleh musuh. Untuk masuk ke rumah itu, seseorang terpaksa menaikinya melalui tangga-tangga yang dibuat dari batang kayu.

Sarawak[sunting | sunting sumber]

Jenis rumah panjang masyarakat peribumi di Sarawak biasanya mempunyai bilik-bilik tambahan. Di sebelah depannya ialah serambi dan di sebelah belakangnya pula ialah bahagian dapur.

Pada 9 Oktober 2009, kerajaan negeri Sarawak berhasrat memberi nilai dan gaya baru kepada rumah panjang Sarawak tanpa mengorbankan ciri-ciri unik rumah panjang. Menteri Perumahan negeri Datuk Amar Abang Johari Tun Openg menyatakan seminar rumah panjang diadakan bagi mendapatkan pelbagai input daripada pemimpin masyarakat Iban, Bidayuh dan Orang Ulu . Hak milik strata bagi setiap bilik dikeluarkan dan dengan itu dapat digunakan sebagai cagaran apabila memohon pinjaman. Insurans rumah juga dapat dikeluarkan demi keselamatan rumah. Biasanya rumah panjang mempunyai 10 dan 20 bilik . Setiap rumah panjang mempunyai "ruai" iaitu ruang bilik bersama yang terletak di bahagian hadapan rumah itu di mana kebanyakkan aktiviti diadakan di tempat itu.

Arkitek daripada kaum Iban akan memastikan tidak menghapuskan hak "tuai rumah" yang menjadi ketua bagi setiap rumah panjang. Hak pentadbiran mereka akan dikekalkan. Di kampung tradisional Melayu, ketua kampung menjadi penghulu bagi kampung berkenaan. Reka bentuk baru itu mungkin sama seperti konsep sebuah lot kedai dengan kaki limanya tetapi masih mengekalkan reka bentuk rumah panjang.[3]

Kalimantan[sunting | sunting sumber]

Rumah panjang di Indonesia sering juga dkenali dengan nama rumah betang.[1] Seni bina rumah jenis ini amat berkesinambungan serata dua-dya Kalimantan Tengah dan Barat.;[1] namun rumah panjang dari Kalimantan Barat lebih membeza dengan mempunyai tinggi 5 sampai 8 meter, panjang sekitar 180 meter dan lebar 6 meter.[4] Tinggi rumah tergantung dari tinggi tiang yang menopang rumah tersebut.[4] Rumah panjang memiliki sekitar 50 ruangan yang umumnya dihuni banyak keluarga termasuk keluarga inti.[4]

Saat ini, rumah panjang di Kalimantan Barat dapat dikatakan hampir punah kerana jumlahnya yang sedikit;[2] hal ini lagi diburukkan daripada sikap pemerintah Indonesia terhadap atas motif politik: pada tahun 1960, pemerintah menghancurkan beberapa rumah panjang kerana curiga atas isi-isi rumahnya yang dikatakan berfahaman komunis.

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c "Rumah Adat Indonesia dengan Ciri Khasnya". Invonesia. Dicapai pada 12 Mei 2014.
  2. ^ a b c Fauziah. "Rumah Panjang". Kebudayaan Indonesia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-05-12. Dicapai pada 11 Mei 2014.
  3. ^ Sarawak Cadang Adakan Wajah Baru Rumah Panjang Tradisional
  4. ^ a b c "Nama Lain Rumah Adat Kalimantan". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-05-12. Dicapai pada 12 Mei 2014.

Rujukan dan Pautan luar[sunting | sunting sumber]