Rumah Bok

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Rumah Bok ialah sebuah rumah agam lama yang pernah bertapak dekat sekali dengan Menara Berkembar Petronas di Jalan Ampang di Kuala Lumpur, Malaysia, dan dimiliki oleh sebuah amanah persendirian yang diuruskan oleh keluarga Bok. Rumah ini direka bina oleh Swan and Maclaren pada tahun 1926 dan siap dibina tiga tahun kemudian untuk didiami oleh seorang jutawan tempatan, Chua Cheng Bok. Sejak 1960-an hingga penutupannya pada tahun 2001, rumah agam ini pernah menempatkan restoran mewah bernama Le Coq d'Or ("Ayam Jaguh Emas").

Kontroversi[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2001, bangunan ini ditinggalkan oleh pengendali Le Coq d'Or. Rancangan membangunkan semula tapaknya di tanah bernilai tinggi ini menerima tentangan keras dari pihak pergerakan pemeliharaan setempat. Pada mulanya, kerajaan setempat menafikan apa-apa rancangan untuk membangunkan semula tanahnya sehingga perlu merobohkan rumah ini. Disusulinya cubaan mewartakan rumah ini sebagai tempat bersejarah tetapi gagal.

Pada 15 Disember 2006, Rumah Bok pun dirobohkan, sehingga timbul reaksi kemarahan dari orang awam. Bangunan itu hanya mencapai usia 77 tahun. Setelah rumah ini roboh, pada 21 Disember 2006, Menteri Kesenian dan Warisan Datuk Seri Dr Rais Yatim membalas gesaan para pembangkang perobohan Rumah Bok dengan kenyataan berikut: "Kos pemulihan Rumah Bok pasti terlalu mahal; apalagi rumah itu tiada nilai bersejarah atau estetika. Kerajaan tidak dapat menyelamatkan Rumah Bok daripada perobohan kerana rumah ini milik persendirian dan tidak didaftarkan sebagai bangunan warisan.

Senarai bangunan warisan berdaftar di Malaysia sebenarnya ditentukan oleh pihak kerajaan sendiri.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]