Rumah Kanada

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Rumah Kanada
Rumah Kanada di Trafalgar Square.
Map
Nama lamaUnion Club, Royal College of Physicians
Maklumat umum
JenisBangunan pejabat
Gaya seni bina
Pembaharuan Greek
LokasiDataran Trafalgar, London
Koordinat51°30′28″N 0°07′45″W / 51.5077°N 0.1291°W / 51.5077; -0.1291Koordinat: 51°30′28″N 0°07′45″W / 51.5077°N 0.1291°W / 51.5077; -0.1291
Penyewa terkini
Kedutaan Besar Kanada di London
Pembinaan bermula1824
Disiapkan pada
1827
PemilikKerajaan Kanada
Reka bentuk dan seni bina
ArkitekRobert Smirke
Pereka bentuk lain
Septimus Warwick
Rumah Kanada pada waktu malam

Rumah Kanada adalah sebuah bangunan Pembaharuan Greek di Dataran Trafalgar di London yang sekarang adalah sebahagian dari Keduataan Besar Kanada di London. Rumah Kanada menuanrumahkan bahagian kebudayaan dan konsular pada Kedutaan Besar, sementara fungsi perdagangan dan pentadbiran dijalankan dari Rumah Macdonald di Mayfair.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Rumah Kanada dibina di antara tahun 1824 dan 1827 - direkabentuk oleh Sir Robert Smirke, arkiteknya British Museum. Ia terdahulunya digunakan oleh Union Club dan Royal College of Physicians. Kerajaan Kanada memperolehi bangunan itu pada 1923. Renovasi telah diseliakan oleh Septimus Warwick. Bangunan dibuka secara rasmi pada 29 Jun, 1925 oleh Raja George V dan Ratu Mary bersamaan dengan beberapa perdana menteri British, masa dahulu dan kini, dan rombongan lain.

Sewaktu London Blitz suatu letupan bom menghimpap berhampiran bangunan itu, hanya jauhnya 20 ela (18 m) dari perdana menteri Kanada selanjutnya Lester B. Pearson yang pada masa itu setiausaha ke Suruhanjaya Tinggi pada masa itu. Juga sewaktu perang RUmah Kanada menjadi suatu tempat lepak masyhur untuk tentera Kanada di London, oleh kerana ia adalah rumah ke "Beaver Club", masyhur dengan donutnya.

Pada 1960an Kanada mengembangkan kehadirannya, memperolehi Rumah MacDonald pada 1961 dan membesarkan Rumah Kanada pada 1963.

Pada 1993 Rumah Kanada ditutup oleh kerajaan Kanada sebagai suatu ukuran potongan-kos dengan niat menjualnya. Suatu perubahan kerajaan di Kanada membalikkan keputusan ini dan oleh itu renovasi dirancangkan, bermula pada 1997. Bangunan ini dibuka secara rasmi oleh Ratu Elizabeth II sebagai Ratu Canada pada Mei 1998. Untuk memperingati pembukaan itu, suatu detachment dari 3rd Battalion, Princess Patricia's Canadian Light Infantry tiba di London dan menunggang Queen's Guard di Istana Buckingham.

Fungsi kini[sunting | sunting sumber]

Rumah Kanada adalah sangatnya bangunan awam. Ia mengandungi pejabat Kedutaan Besar, dan menuanrumahkan persidangan, penerimaan, syarahan, makan tengah hari dan "vernissage" di mana rakyat Kanada dan British dapat bertemu, dan mempunyai kemudahan untuk filem, video dan skrin televisyen.

Galeri Rumah Kanada mementaskan pameran sementara untuk seni dan artefak bersejarah dan kontemporari. Ia juga sebuah pusat maklumat, di mana para pengunjung dapat mengujikan Kanada dan tokoh Kanada melalui komputer, sebuah perpustakaan rujukan dan bilik baca, dan tiang kedengaran muzik mencirikan karya penyanyi, pengarya lagu dan ahli muzik Kanada.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • "Canada House at 80" (PDF). Department of Foreign Affairs and International Trade. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2009-03-05. Dicapai pada 2 November. Unknown parameter |accessyear= ignored (|access-date= suggested) (bantuan); Check date values in: |accessdate= (bantuan)


Templat:Trafalgar Square