Rumah P. Ramlee

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Rumah P. Ramlee merupakan sebuah muzium yang terletak di Jalan P. Ramlee (dahulunya dikenali sebagai Caunterhall Road) di Pulau Pinang, Malaysia. Bangunan ini merupakan rumah kayu bagi memperingati seniman tanahair yang terkenal iaitu P. Ramlee, penyanyi, pelakon, penggubah dan juga pengarah.

Asalnya ia dibina pada tahun 1926 oleh bapanya dan bapa saudaranya Rejab Bin Husin, rumah ini telah beberapa kali dibaik pulih sebelum diambil alih sepenuhnya oleh Arkib Negara sebagai sambungan projek Memorial P. Ramlee di Kuala Lumpur. Barangan yang dipamerkan di sana termasuklah diari, kenangan peribadi yang bersangkut paut dengan kehidupannya di Pulau Pinang, dan juga barangan kepunyaan keluarga beliau.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]