Rumah sakit jiwa

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Sejarah rumah sakit jiwa berkait rapat dengan sikap sosial dan saintifik terhadap pesakit jiwa yang berubah secara mendadak selama beberapa kurun.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Kawasan bandar[sunting | sunting sumber]

Dengan pertambahan jumlah penduduk yang menetap di kawasan bandar, populasi bandar yang berpenyakit jiwa menjadi semakin besar. Pada amnya, di kawasan pedalaman pesakit jiwa dapat bergantung pada sokongan orang ramai di sekeliling, atau membuatkan orang lain tidak menyedarinya. Walau bagaimana pun, disebabkan permintaan-permintaan oleh bandar-bandar yang lebih besar mereka menghadapi kesukaran berdarjah yang lebih tinggi dan memberi ruang yang lebih besar kepada penyebab gangguan minda atau senang kata menjadi gila. Ini membawa kepada pembinaan rumah orang gila terawal.

Rumah sakit jiwa terawal[sunting | sunting sumber]

Rumah sakit jiwa dan rumah orang gila pertama dibina dalam dunia Islam Zaman Pertengahan seawal kurun ke-8. Doktor-doktor dan ahli psikologi Islam membina rumah sakit jiwa pertama di Baghdad sejak tahun 705, diikuti Fes pada awal kurun ke-8, dan Kaherah pada tahun 800. Rumah-rumah sakit jiwa lain yang terkenal dibina di Damsyik dan Halab pada tahun 1270.[1]

Hospital Diraja Bethlem[sunting | sunting sumber]

Pemandangan Hospital Diraja Bethlem dari plat terakhir William Hogarth, A Rake's Progress.

Hospital Diraja Bethlem adalah rumah sakit jiwa pertama yang diketahui di Eropah yang di asaskan di London pada tahun 1247 dan pada tahun 1403, ia mula menerima orang terbuang daripada masyarakat "orang gila", "orang tidak siuman" dan mereka yang tinggal bersembunyi dalam masyarakat sama sekali. Ia kemudiannya menjadi kurang terkenal disebabkan layanan kejam terhadap pesakit, dan pada kurun ke-18 ia meminta orang luar supaya membayar satu penny ketika mahu datang melihat pesakit-pesakit sebagai satu bentuk hiburan. Pada tahun 1700, dicatatkan bahawa "orang kurang siuman" dipanggil "pesakit" buat pertama kalinya, dan dalam masa 20 tahun wad-wad berasingan bagi pesakit yang "dapat disembuhkan" dan "tidak dapat disembuhkan" ditubuhkan. Penyakit mental kini bukan lagi satu penderitaan, tetapi satu penyakit yang dapat didiagnosis dan dirawat.

Rawatan perikemanusiaan[sunting | sunting sumber]

Plato adalah salah seorang yang mengikuti pencarian oleh Hippocrates dan percaya bahawa rawatan bagi orang yang menghidap penyakit mental perlu lebih berperikemanusiaan dan lembut berbanding yang kejam.

Timur Tengah[sunting | sunting sumber]

Tidak seperti ahli-ahli perubatan Kristian Zaman Pertengahan yang bergantung pada penjelasan-penjelasan demonologi bagi penyakit mental, ahli-ahli perubatan dan pakar psikologi Islam Zaman Pertengahan kebanyakannya bergantung pada pemerhatian klinikal. Mereka telah membuat kemajuan bermakna dalam psikiatri dan merupakan yang pertama menyediakan psikoterapi dan rawatan moral bagi pesakit-pesakit jiwa, di samping bentuk-bentuk rawatan yang lain seperti mandian, pengambilan ubat, terapi muzik dan terapi pekerjaan. Pada kurun ke-10, ahli perubatan Parsi Muhammad ibn Zakarīya Rāzi (Rhazes) telah menggabungkan kaedah-kaedah psikologi dengan penjelasan-penjelasan fisiologi dalam menyediakan rawatan kepada pesakit jiwa. Sezaman dengan beliau, ahli perubatan Arab Najab al-Din Muhammad pertama kali menerangkan sejumlah penyakit mental seperti kemurungan yang merunsingkan, neurosis, priapisme dan mati pucuk (Nafkhae Malikholia), psikosis (Kutrib), dan mania (Dual-Kulb).[1]

Pada kurun ke-11, seorang lagi ahli perubatan Parsi Ibn Sina (Avicenna) telah mengenalpasti 'psikologi fisiologi' dalam rawatan penyakit-penyakit yang melibatkan emosi, dan membangunkan satu sistem bagi menghubungkan perubahan-perubahan di dalam nadi dengan perasaan dalaman yang dilihat sebagai pendahulu kepada ujian perkaitan kata-kata yang dibangunkan oleh Carl Jung dalam kurun ke-19.[2] Ibn Sina juga merupakan perintis terawal neuropsikiatri, dan orang pertama yang menerangkan sejumlah gejala-gejala neuropsikiatrik seperti halusinasi (rayan), insomnia, mania, mimpi ngeri, melankoli, dementia, sawan babi, kelumpuhan, strok, gayat (gamang, vertigo), dan darah gemuruh (tremor).[3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Ibrahim B. Syed PhD, "Islamic Medicine: 1000 years ahead of its times", Journal of the Islamic Medical Association, 2002 (2), p. 2-9 [7-8].
  2. ^ Ibrahim B. Syed PhD, "Islamic Medicine: 1000 years ahead of its times", Journal of the Islamic Medical Association, 2002 (2), p. 2-9 [7].
  3. ^ S Safavi-Abbasi, LBC Brasiliense, RK Workman (2007), "The fate of medical knowledge and the neurosciences during the time of Genghis Khan and the Mongolian Empire", Neurosurg Focus 23 (1), E13, p. 3.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

  • opacity - Sejarah dan fotograf hospital-hospital terbiar
  • Antipsychiatry.org - 'Is Involuntary Commitment for "Mental Illness" a Violation of Substantive Due Process?' Lawrence Stevens, J.D.
  • BBC.co.uk - 'Mental hospital wards "dire"', BBC (July, 7, 2000)
  • ElPeecho.com - 'Pennhurst Information' (re: Spring City, Pennsylvania 'school' for the 'mentally retarded')
  • Historical Asylums website
  • Asylum Projects
  • Example of Patient Rights policy in U.S.
  • Blog building an effort to push the consumer movement through eco friendly relaxation centers focused on those displaced by mental health infrastructure
  • "AlterNet: Movie Mix: Must-See Indy Film Exposes Cruel Teen Correction Programs". Dicapai pada 2007-07-08.
  • National Resource Center on Psychiatric Advance Directives