Rumput kering

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Rumput kering bermutu tinggi berwarna hijau dan tidak terlalu kasar. Bukan sahaja rumput bahkan juga batang tumbuhan dijadikan rumput kering. Ini ialah rumput kering campuran rumput/alfalfa segar yang baru dibandelakan.

Rumput kering merupakan rumput, kekacang atau herbaceous plant seumpamanya yang dipotong, dijemurkan dan disimpan untuk digunakan sebagai pakan haiwan, terutamanya ternakan peragut seperti lembu, kuda, kambing dan biri-biri. Rumput kering juga disuapkan kepada binatang peliharaan seperti arnab dan tikus belanda. Khinzir juga boleh disuap rumput kering tetapi mungkin tidak dapat mencerna sebaik binatang yang maun sepenuhnya.

Rumput kering boleh dijadikan pakan ternakan apabila atau di mana tidak terdapat cukup pastura atau padang rumput untuk ternakan meragut, apabila ternakan tidak boleh meragut disebabkan cuaca (seperti musim sejuk) ataupun apabila apabila pastura yang subur itu sendiri terlalu subur untuk kesihatan ternakan. Rumput kering juga disuapkan ketika ternakan tidak dapat memasuki pastura, contohnya ketika disimpan di dalam kandang atau bangsal.