Run Run Shaw

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Ini merupakan nama orang dalam bahasa Cina; nama keluarganya ialah Shaw.
Sir Run Run Shaw
邵逸夫
Lahir 4 Oktober 1907 (105 tahun)
Ningbo, Zhejiang,
Dinasti Qing
Nama lain 邵仁楞
Pekerjaan Penerbit TV
Gelaran CBE, GBM
Run Run Shaw
Cina Tradisional: 邵逸夫
Cina Ringkas: 邵逸夫

Sir Run Run Shaw CBE, GBM (lahir 4 Oktober 1907[1]) ialah seorang usahawan media Hong Kong yang amat berpengaruh.

Isi kandungan

Am [sunting]

Sir Run Run Shaw lahir di Ningbo, Zhejiang, China dan membesar di tanah besar China sambil diajar di sekolah yang didirikan Amerika Syarikat. Beliau adalah yang bongsu dari enam anak lelaki kepada saudagar kain Shanghai bernama Shaw Yuh Hsuen (1867-1920).[2]

Pada usia 19 tahun, ketika cuti musim panas, beliau mengikut abang alangnya Run Me Shaw ke Singapura untuk mendirikan pasaran filem lalu menubuhkan Shaw Organisation. Selepas itu, beliau semakin minat pada industri perfileman. Beliau bersama abangnya mendirikan studio South Seas Film pada tahun 1930, yang kemudiannya digelar Shaw Studios. Pada tahun 1967, beliau mengasaskan Television Broadcasts Limited (TVB) di Hong Kong, dan emmajukannya sehingga menjadi empayar televisyen berbilion dolar yang paling digeruni di dunia.

Isteri pertamanya meninggal dunia ketika berusia 85 tahun pada tahun 1987. Pada tahun yang sama, Shaw Studios berhenti membikin filem. Shaw kahwin lagi bersama Mona Fong (kini timbalan pengerusi TVB sejak tahun 2000) di Las Vegas pada tahun 1997.[2]

Pada tahun 2000, beliau menjual pustaka berisi 760 judul klasik ke Celestial Pictures Limited melalui syarikatnya, Shaw Brothers (Hong Kong) Limited. Nama beliau turut terpapar dalam filem-filem barat yang disokongnya, seperti dalam filem Blade Runner di bawah logo The Ladd Company.

Dengan hati yang tabah, Shaw Studios memasuki era baru dengan pelaburan besar-besaran Run Run Shaw (menerusi syarikat-syarikat milik beliau) dalam projek Hong Kong Movie City yang bernilai AS$180 juta, sebuah kemudahan studio dan penerbitan seluas 1,100,000 kaki persegi (100,000 m²). Projek ini dilengkapi sebuah pentas bunyi paling besar, ternyaman dan tebat bunyi dan getaran di Asia, sebuah kemudahan makmal warna dan imejan digital berkhidmat penuh, lebih 20 suit bunyi dan suntingan, sebuah teater lakaban dan tayangan 400 kerusi, ruang pejabat eksekutif dan penerbitan, kemudahan jamuan, dan kelengkapan kesan visual dan animasi. Projek ini bertujuan menjadi pusat utama Shaw Studios dan sememangnya pemacu kemajuan seluruh industri perfileman Cina.[3]

Bintang Shaw di Avenue of Stars

Sir Run Run Shaw turut banyak memegang kemudahan perniagaan lain di seluruh dunia. Pembinaan Menara Shaw setinggi 23 aras di Cathedral Place di Vancouver, British Columbia, Kanada merupakan salah satu kepentingannya dalam bidang hartanah.

Selama ini, beliau telah menderma beribu juta dolar kepada badan amal, sekolah dan hospital. Namanya terpapar di kebanyakan bangunan di Hong Kong dan tanah besar China sebagai penghargaan atas sumbangan beliau. Kolej konstituen keempat di Universiti Cina Hong Kong juga dinamakan sempana naungan Sir Run Run yang membolehkan penubuhan kolej tersebut.[4]

Beliau menyumbang HK$100 juta kepada tabung bantuan gempa bumi Sichuan 2008.

Anugerah [sunting]

{ada tajin 1974, beliau dikurniakan darjat CBE. Beliau menerima pangkat kesatrianya pada tahun 1977 serta Grand Bauhinia Medal (GBM) dari kerajaan Pentadbiran Khas Hong Kong pada tahun 1998.

Hadiah Shaw [sunting]

Akhir-akhir ini, Sir Run Run Shaw menubuhkan anugerah antarabangsa bernama Hadiah Shaw, untuk dikurniakan kepada para saintis dalam tiga bidang penyelidikan, iaitu astronomi, matematik, dan sains kehiudpan dan perubatan. Anugerah ini bernilai sebanyak AS$1 juta. Pihak media pun menggelarnya "Hadiah Nobel Timur". Hadiah pertama dikurniakan pada tahun 2004.

Keluarga [sunting]

Anak lelaki sulung Shaw, Dr. Shaw Vee Meng, ialah ketua Yayasan Shaw di Singapura. Shaw merupakan lepasan barrister-at-law di Gray's Inn, London. Beliau turut mengambil bahagian dalam perniagaan filem keluarganya sambil mengetuai beberapa pertubuhan akademik dan amal.

Anak perempuan Shaw, Violet, menetap di Hawaii dan berkahwin dengan Paul Loo, bekas Pengarah Eksekutif Morgan Stanley.

Bacaan lanjut [sunting]

  • 詹幼鵬、藍潮 (1997) (dalam Bahasa Chinese). 《邵逸夫傳》. 藍潮傳記作品 (First ed. ed.). HK: 名流出版社. ISBN 962-928-017-5. 

Lihat juga [sunting]

Rujukan [sunting]

  1. http://www.genarians.com/1907.html
  2. 2.0 2.1 Who's Who 2007: an Annual Biographical Dictionary (159th Annual ed.). A&C Black. 2007. ISBN 978-0-7136-7527-6. 
  3. "Who We are - Shaw Studios". Shaw Studios. http://www.shawstudios.hk/who_we_are.htm. Capaian 2007-10-16. 
  4. "International Grant Making Foundations : Philanthropy and the Third Sector". International Grant Making Foundations. http://www.asianphilanthropy.org/grant/local/hongkong/shaw.html. Capaian 2007-10-16. 

Pautan luar [sunting]