Rusa kesturi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Rusa kesturi
Moschus moschiferus
Pengelasan saintifik
Alam: Animalia
Filum: Chordata
Kelas: Mammalia
Order: Artiodactyla
Suborder: Ruminantia
Infraorder: Pecora
Famili: Moschidae
(Gray, 1821)
Genus: Moschus
(Linnaeus, 1758)
Spesies
Tengkorak

Rusa kesturi ialah sejenis haiwan artiodaktil dalam genus Moschus, satu-satunya genus dalam famili Moschidae. Rusa kesturi lebih primitif berbanding Cervidae (rusa sebenar) kerana tiada tanduk atau kelenjar muka, cuma sepasang puting, ada pundi hempedu, pundi kauda, sepasang gigi seakan-akan gading dan pundi kesturi yang membawa kepentingan ekonomi kepada manusia. Rusa ini tinggal dalam habitat belukar alpine berhutan dalam pergunungan Asia selatan, terutamanya banjaran Himalaya.

Sifat[sunting | sunting sumber]

Rusa kesturi menyerupai rusa kecil yang bersusuk badan pendek dan gempal, serta kaki belakang yang lebih panjang berbanding kaki hadapannya. Rusa kesturi berukuran 80-100 cm panjang, 50-70 cm tinggi hingga paras bahu, dan 7–17 kg berat. Kaki rusa kesturi sesuai untuk memanjat rupa bumi yang kasar. Rusa kesturi tidak bertanduk, namun yang jantan ada gigi taring atas yang bersar umpama taring lengkung. Formula pergigiannya seiras dengan rusa sebenar, iaitu:Upper: 0.1.3.3 / Lower: 3.1.3.3

Kelenjar kesturi hanya terdapat pada rusa kesutri jantan dewasa, iaitu dalam pundi yang terletak di antara alat kelamin dan pusatnya, barangkalinya dirembeskan untuk menarik pasangan betina.

Rusa kesturi ialah haiwan maun yang tinggal dalam persekitaran hutan berbukit-bukau yang agak berjauhan dari penempatan manusia. Seperti rusa sebenar, rusa kesturi biasanya memakan daun, bunga dan rumput, dan juga sedikit lumut dan liken. Rusa kesturi ialah haiwan bersendirian yang meninggalkan bau dengan kelenjar kaudanya untuk menandakan wilayahnya. Rusa kesturi yang segan-silu ini berjaga pada waktu malam atau senja.

Pada musim mengawan, rusa kesturi jantan meninggalkan wilayahnya untuk merebut pasangan dengan gadingnya sebagai senjata. Rusa kesturi betina melahirkan seekor anak selepas bunting 150-180 hari. Anak rusa kesturi yang baru lahir amat kecil dan tidak boleh bergerak-gerak untuk bulan pertama hidupnya, itupun senang untuk menyorokkan diri dari pemangsa.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Frädrich, Hans (1984). Macdonald, D., pengarang. The Encyclopedia of Mammals. New York: Facts on File. ms. 518–519. ISBN 0-87196-871-1. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

  • Guha S, Goyal SP, Kashyap VK. (2007). Molecular phylogeny of musk deer(KASTURI MIRG): A genomic view with mitochondrial 16S rRNA and cytochrome b gene.Mol Phylogenet Evol. 2007 Mar;42(3):585-97.PMID: 17158073. [1]
  • Hassanin A, Douzery EJ.(2003. Molecular and morphological phylogenies of ruminantia and the alternative position of the moschidae. Syst Biol. 2003 Apr;52(2):206-28. PMID: 12746147. [2]