Rush Hour 2

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Rush Hour 2
PengarahBrett Ratner
PenulisJeff Nathanson (Lakon layar)
Ross LaManna (Watak)
Dihasilkan oleh-
DibintangiChris Tucker
Jackie Chan
Diedarkan olehNew Line Cinema
BahasaBahasa Inggeris

Rush Hour 2 adalah filem kedua di dalam siri filem aksi/seni mempertahankan diri Rush Hour arahan Brett Ratner. Ia merupakan sambungan kepada filem Rush Hour yang diterbitkan pada tahun 1998. Filem ini memperoleh pendapatan kasar sejumlah AS$347,325,802 di seluruh dunia, [1] menjadikannya filem dengan kutipan pecah panggung keempat tertinggi pada tahun 2001, serta merupakan filem seni bela diri dengan jumlah kutipan kasar tertinggi sepanjang zaman. [2]

Slogan:
Get Ready For A Second Rush!
The Mouth Of The West And The Hands Of The East Are Back!

Jalan cerita[sunting | sunting sumber]

Templat:Spoiler Cerita bermula apabila Detektif James Carter (pelakon: Chris Tucker) melawat sahabatnya Cif Inspektor Lee (pelakon: Jackie Chan) di Hong Kong untuk berseronok di sana. Keseronokan mereka terganggu apabila pegawai atasan pihak polis Hong Kong memanggil Lee untuk memintanya menyiasat kes letupan bom di Kedutaan Amerika Syarikat, yang dikatakan ada kaitan dengan Ricky Tan, bekas rakan setugas mendiang bapanya yang berpaling tadah untuk menjadi ketua kongsi gelap Triad. Dia bertanggungjawab terhadap kematian mendiang bapa Lee tetapi gagal dibuktikan.

Perkhidmatan Rahsia Amerika Syarikat yang diketuai Ejen Sterling pula mahu menyiasat kes tersebut secara bersendirian serta mengenepikan Polis Hong Kong. Sementara itu, Lee yang percaya Tan sememangnya dalang di sebalik kes tersebut menyelinap masuk di dalam satu majlis jamuan di sebuah kapal layar mewah yang turut dihadiri Tan. Kekacauan timbul apabila orang bawahan Tan iaitu Hu Li tiba-tiba menembak Tan dan melarikan diri. Ejen Sterling yang sangat marah dengan kejadian tersebut menyalahkan Lee kerana dikatakan menyibuk dan mahu dia diketepikan daripada tugas siasatan. Sementara itu pula, Carter disuruh pulang ke Los Angeles, Amerika Syarikat. Walau bagaimanapun, atas nama keadilan serta semangat untuk meneruskan perjuangan bapa mereka yang mati dalam tugas masing-masing, Lee mengambil keputusan untuk menemani Carter ke Los Angeles.

Di dalam kapal terbang, Carter memberitahu Lee bahawa setiap kes pastinya terdapat dalang utama yang terdiri daripada orang putih yang kaya, dan orang yang dimaksudkan Carter itu ialah Steven Reign, seorang hartawan hotel Los Angeles. Mereka menginap di sebuah hotel di luar Menara Reign di mana mereka terlihat kelibat ejen Perkhidmatan Rahsia yang seksi iaitu Isabella Molina. Selepas Lee menghendap Molina, dan seterusnya selepas beberapa salah faham, Molina memberitahu mereka bahawa dia menyamar bagi menjalankan tugas, serta memberitahu mereka maklumat pemalsuan wang oleh Reign sejumlah AS$ 100 juta dalam bentuk "superbill" (sejenis wang kertas palsu Dolar Amerika Syarikat yang sangat menghampiri wang kertas tulen).

Seterusnya mereka mendapat maklumat pemalsuan wang daripada sahabat lama Carter, Kenny. Mereka mengesan wang tersebut datangnya daripada sebuah bank yang berkait dengan kumpulan kongsi gelap tetapi dipukul sehingga pengsan. Setelah mereka bangun, Lee dan Carter mendapati mereka berada di dalam sebuah lori kontena berisi wang palsu sedang dalam perjalanan ke Las Vegas. Mereka berjaya melarikan diri setelah lori tersebut berhenti. Mereka menyedari Reign memalsukan wang tersebut melalui aktiviti kasino di Las Vegas.

Di dalam kasino Red Dragon, Carter cuba mengalih pandangan pihak keselamatan dengan cuba membuat kacau bagi membolehkan Lee menyelinap masuk untuk menyiasat dan mencari plat yang digunakan untuk membuat wang palsu tetapi kemudiannya ditangkap oleh Hu Li dan ahli kongsi gelap yang lain. Hu Li menyumbat sebutir bom kecil di dalam mulut Lee. Molina yang ada di situ kemudiannya mendedahkan identiti sebenarnya kepada Hu Li sambil mengacukan sepucuk pistol, membawa kepada babak tembak-menembak. Lee sempat turut dan meminta Carter membuang bom tersebut sebelum ia meletup.

Seterusnya, Lee cuba mengejar Tan untuk mengelakkan dia lari bersama plat tersebut dan mendapati Reign mati ditikam Tan. Marah dengan apa yang berlaku, Lee mengacukan pistolnya kepada Tan dan Tan memberitahu bahawa dia memang membunuh bapa Lee. Apabila Carter tiba, dia tertendang Tan apabila semua orang cuma merampas sepucuk pistol di atas lantai, menyebabkan Tan tercampak keluar dan mati. Lee dan Carter sempat melepaskan diri sebelum Hu Li datang dengan bom jangka yang kemudiannya meletup, mengobankan dirinya.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Pelakon utama

Watak sampingan

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]