Rusty Blade

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Rusty Blade
Kulit album kumpulan Rusty Blade - Berat
Latar belakang
Juga dikenali sebagai Iron Maiden Spore
Berasal dari Singapura Singapura
Genre Heavy Metal
Pekerjaan Vokal / Pemuzik
Label P & C 1988 Life records sdn bhd
Kegiatan berkait Berkumpulan
Ahli
Khalid Mobin
Noor Hendrix
Mann Karen
Azizan Abu Bakar
J.Yantzen

Kumpulan Rusty Blade merupakan sebuah kumpulan Heavy Metal yang berasal daripada Singapura dan mencipta nama di Malaysia.[1] Kumpulan Rusty Blade telah melahirkan album pertama yg bertajuk 786 Ikrar Perwira pada tahun 1985 yang merupakan album EP. Pada asalnya dianggotai oleh Yantzen (Vokal), Khalid Mubin (Gitar), Mamat (Gitar), Razak (bass) & Zan (Dram). Keunikan muzik rock yang mereka bawa telah membuatkan Rusty Blade dilabel sebagai Iron Maiden Singapura!

Album kedua Rusty Blade "Rintangan Hidup Dunia" di terbitkan oleh Razzi M (Bekas pemain guitar kumpulan Black Dog Bone) di keluarkan pada 1986. Pada Album ini Izad telah mengantikan Mamat sebagai pemain guitar kedua. Album ini telah menaikan nama Rusty Blade dan terjual sebanyak 100,000 unit. setelah album ini di keluarkan Rusty Blade mula membuat road show di serata Semenanjung Malaysia. Konsert pertama mereka adalah di Ipoh pada 1987 di Stadium Indra Mulia. Mereka kemudian membuat show di Johor Baru dan Kuala Lumpur. di Kuala Lumpur mereka penuhkan Stadium Negara dan Konsert itu di iktiraf oleh pihak media sebagai Show yang terbaik pernah diadakan di Kuala Lumpur. Md. Noor Hendrix telah mengantikan Izad selaku pemain guitar semasa road show ini.

Pada 1988 album ketiga Rusty Blade "Berat" di hasilkan. Rusty Blade sendiri bertindak sebagai Penerbit. Ia nya merupakan sebuah album yang benar-benar "heavy" yang mempunyai mutu yang mantap. "Berat" terus menjulang nama Rusty Blade di pesada musik tanah air. Setelah "Berat" berada di pasaran, pemain Bass Razak meninggalkan kumpulan ini. Rusty Blade mencari pemain bass baru ramai yang di cuba akhirnya Mann Karen dari kumpulan Rockers menggantikan tempat sebagai pemain Bass. Dengan adanya Mann Karen Rusty Blade bertambah baik segi persembahan muzik mereka

Tahun 1989 Rusty Blade menghasilkan album "Awas" ternyata ia sebagai album terakhir Rusty Blade sebelum mereka mengundurkan diri dari dunia seni Malaysia buat seketika.

Kumpulan Rusty Blade kemudiannya kembali aktif semula melalui beberapa siri konsert antaranya Konsert Gemilang Merdeka di Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 1 September 2007, Konsert Amal Malam Seni Jiran Muda di Auditorium DBKL, pada 29 Julai 2011 dan di Kallang Theater pada 2012. Kumpulan Rusty Blade kembali membuat persembahan pada 2012.[2]

Ahli[sunting | sunting sumber]

Album Ikrar Perwira[sunting | sunting sumber]

  1. Khalid Mobin (Lead Guitar)
  2. Mamat (Lead Guitar)
  3. Razak (Bass Guitar)
  4. Azizan Abu Bakar (Drums)
  5. J.Yantzen (Vocal)

Ahli[sunting | sunting sumber]

Album "Rintangan hidup dunia"

  1. Khalid Mobin (Lead Guitar)
  2. Izad (Lead Guitar)
  3. Razak(Bass Guitar)
  4. Azizan Abu Bakar (Drums)
  5. J.Yantzen (Vocal)

Album "Berat" 1988

  1. Khalid Mobin (Lead Guitar)
  2. Noor Hendrix (Lead Guitar)
  3. Razak (Bass Guitar)
  4. Azizan Abu Bakar (Drums)
  5. J. Yantzen (Vocals)

Album "AwAS" 1989

  1. Khalid Mobin (Guitar)
  2. Noor Hendrix (Guitar)
  3. Mann Karen (Bass Guitar)
  4. Azizan Abu Bakar (Drums)
  5. J.Yantzen (Vocals)

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Album[sunting | sunting sumber]

  1. Ikrar Perwira (1985)
  2. Rintangan Hidup Dunia (1986)
  3. Berat(1988)
  4. Awas (1989)

Lagu-lagu[sunting | sunting sumber]

  1. Kenangan Cinta
  2. Penantian
  3. Pertama Dan Terakhir
  4. Tercipta Kasihku
  5. Tiada Lagi Aku
  6. Rintangan Hidup Dunia
  7. Ali Baba
  8. Ikrar Perwira
  9. Langsuir Liar
  10. Siluman
  11. Taming Sari
  12. Kehilangan
  13. Jasa Tok Janggut
  14. Jarum Yang Halus
  15. Antara Nikmat dan Syurga
  16. Awas
  17. Gadis Lincah
  18. Luka
  19. Mimpi
  20. Lagu Kedamaian
  21. Mahkota Sukma
  22. Darah Muda
  23. Berat
  24. Hidup Rock
  25. Wira

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]