Rusuhan Osh 1990

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Rusuhan Osh 1990 berlaku pada Jun 1990 apabila kumpulan etnik Kyrgyz dan etnik Uzbek bertempur di bandar Osh di tepi sempadan Kyrgyzstan dan Uzbekistan. Ketika itu, bandar ini masih lagi dalam Republik Sosialis Rusia Kyrgyz.

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Etnik Kyrgyz mengekalkan cara hidup nomad iaitu pindah randah dan mengamalkan cara tradisional . Pada 1990 etnik Uzbek membentuk persatuan hak Uzbek Adalat di Osh. Mereka mencadangkan Kyrgyz bergabung dengan Uzbek dan mencadangkan Bahasa Uzbek diberikan status bahasa kebangsaan. Akibatnya kumpulan etnik Kyrgyz bangkit menentang.

Defisit perumahan dan situasi ekonomi memburukkan lagi keadaan. Harga makanan meningkat dan 22,8% kadar pengangguran. Lebih 500 permohonan untuk mendapatkan pemilikan tanah untuk keperluan perumahan etnik Kyrgyz. Osh-aimagy mengancam untuk memulakan Tindakan merebut tanah milik Uzbek tanpa kelulusan undang-undang.

Pada tarikh 4 Jun 1990,, Kyrgyzstan dan Uzbek berkumpul di sebidang tanah yang direbut dan bermulalah pertempuran etnik. Etnik Uzbek diserang di Uzgen. Demonstrasi diadakan di Bishkek menuntut agar para pemimpin Kyrgyz SSR mengundurkan diri. \ Bagi merdakan keadaan , pada 6 Jun 1990,, pasukan tentera Soviet ditempatkan di kawasan pertempuran berdarah.

Laporan rasmi menyatakan hampir 5000 tindakan jenayah dilakukan selama konflik, 300 orang terbunuh, lebih dari seribu luka, dan ratusan rumah hancur musnah.

Penglibatan Moscow[sunting | sunting sumber]

Moscow ditusuh menggunakan KGB dan polis tempatan untuk menghasut kekerasan.Orang luar sengaja mengarang cerita dan memperbesar-besarkan berita kononnya pembunuhan dan pemerkosaan berlaku. Pemimpin Parti Komunis Askar Akaev sendiri secara terbuka mengakui bahawa Jawatankuasa Pusat Parti Komunis dan KGB telah menghasut konflik etnik dan ketegangan.

Rujukan[sunting | sunting sumber]