Rusuhan Panama 2010

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Rusuhan Panama 2010 berlaku di Changuinola , barat laut Panama pada 10 Julai 2010 . Protes pekerja ladang pisang bertukar menjadi rusuhan apabila pasukan polis menembak mati seorang penunjuk perasaan.Mereka menjadikan 4 orang pegawai polis sebagai tebusan. Mereka turut mengadakan sekatan jalan di Changuinola. [1]

18 orang cedera di wilayah Bocas del Toro, berhampiran sempadan Costa rica. Antonio Smith yang mati ditembak itu adalah ketua Kesatuan Sekerja Ladang Pisang. Sebab sebenar kematian belum diketahui. Rafael Chavarria selaku pemimpin kesatuan sekerja menafikan laporan Telemetro TV, jumlah sebenar yang ditembak ialah 4 orang. Bocas del Toro terletak kira-kira 500 km dari Panama City merupakan pusat pelancongan dan terdapat banyak ladang pisang. Sekatan manusia dan sekatan di atas jambatan Sungai Changuinola turut diadakan. Pasar raya ditutup. Perusuh menggunakan kayu, batu dan bom petrol bagi menentang pasukan polis yang mahu membuka sekatan jalan.[2]

Pekerja pisang mengadakan mogok kerana memprotes undang-undang baru yang merampas kuasa kesatuan sekerja. Bsagi menyuraikan petunjuk perasaan , polis menggunakan gas pemedih mata dan peluru. Presiden Ricardo Martinelli menandatangani undang-undang baru yang menghadkan kuasa kesatuan sekerja dan memberi kuasa kepada majikan / syarikat untuk mengambil pekerja sementara ketika mogok. Hampir 45 tunjuk perasaan pekerja telah diadakan melibatkan $5.25 bilion untuk melebar dan mendalamkan Terusan Panama. Ramai telah dipecat dan 6 telah ditahan apabila mereka kembali bekerja. Pekerja Bocas Fruit Company tidak dibayar gaji lebih tiga minggu. Perusuh telah membakar sebuah bank di Panama City dan merosakkan aktiviti perniagaan.

Ricardo Martinelli selaku Presiden Panama mengesahkan empat anggota polis telah menjadi tawanan perusuh selama dua hari.Changuinola menjadi ibu negeri Changuinola. Pegawai hospital mengesahkan seramai 102 orang cedera.[3]

Jimmy Papadimitriu dari jabatan presiden telah mengadakan pertemuan dengan pekerja memprotes bagi mencari jalan penyelesaian.

Rujukan[sunting | sunting sumber]