Rusuhan Sabah 1986

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Rusuhan Sabah 1986 berlaku di antara Mac dan Mei di beberapa lokasi seluruh negeri Sabah, Malaysia. Rusuhan itu tertumpu di Kota Kinabalu, dan juga bandar Tawau dan Sandakan. Pada 12 Mac, tujuh bahan letupan plastik telah diletupkan di Kota Kinabalu. Satu bom turut diletupkan di Tawau. Rusuhan itu telah mengakibatkan 5 kematian.[1]

Rusuhan itu terjadi berikutan keputusan Pilihan Raya Negeri Sabah, 1985, di mana Parti Bersatu Sabah (PBS) yang baru sahaja ditubuhkan telah menang, dan menjatuhkan parti BERJAYA dari tampuk pemerintahan. BERJAYA merupakan kerajaan sebelum itu dan merupakan parti komponen Barisan Nasional. Telah dilaporkan bahawa kumpulan perusuh telah berarak untuk cuba menggulingkan presiden PBS Datuk Joseph Pairin Kitingan dari jawatan Ketua Menteri.[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]