Rusuhan pelajar India di Australia 2009

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Rusuhan pelajar India di Australia 2009 tercetus di bandar Melbourne, selatan Australia. Dari 2007-2008, terdapat 1500 serangan dan rompakan berlaku terhadap pelajar keturunan India di wilayah Victoria. Polis Australia mengklasikfikasikan serangan ini bermotif perkauman. Kekerapan serangan menyebabkan ia mendapat liputan media seluruh dunia dan merenggangkan hubungan diplomatik antara kerajaan India dan Australia.

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Dari 2004-2009 bilangan pelajar India belajar di Australia bertambah dari 30,000 kepada 97,000.Mereka datang dari bahagian India yang sangat miskin, luar bandar dan bertujuan menjadi penduduk tetap.Kos sara hidup di bandar semakin meningkat .Mereka menjadi pekerja murah, tinggal jauh di kawasan subbandar dan terdedah kepada keganasan dan jenayah.

Pada 2007–2008 pendidikan antarabangsa menyumbang AUD 13.7 bilion kepada ekonomi Australia.Sumbangan ini termasuk dari segi pendapatan eksport, yuran tuisyen, kos sara hidup dan pelancongan, kedatangan saudara-mara pelajar ke Australia dan sebagainya.Pelajar dari India kedua ramai selepas pelajar China.

Keganasan ini pernah berlaku pada 2005 di pantai Sydney yang dikenali sebagai Rusuhan Cronulla 2005. Pada Ahad, 11 Disember 2005, kira-kira 5000 orang berkumpul di pantai Cronulla. Mereka menunjuk perasaan membantah serangan dan perlakuan tidak bermoral terhadap pelajar asing. Polis Australia ditempatkan di Cronulla dan Maroubra, Wollongong dan Newcastle.

Serangan[sunting | sunting sumber]

Serangan terhadap pelajar India berlaku di stesen-stesen kereta api di subbandar Melbourne. Serangan menggunakan kayu besbol dan batang golf serta bermotif perkauman.Ada laporan menyatakan bahawa penyerang mereka daripada orang Asia sendiri , Timur Tengah, Lebanon,Aboriginal, kepulauan Pasifik atau orang berkulit putih.

Bantahan[sunting | sunting sumber]

Persekutuan Pelajar India Australia mendakwa serangan ini bermotif perkauman dan tiada tindakan keras dan jelas daripada polis Australia. Pada 1 Jun 2009, 200 polis Australia menyuraikan penunjuk perasaan di Melbourne dengan mengheret mereka .Pesuruhjaya Polis Victoria, Simon Overland menyatakan tindakan polis menahan 18 pelajar India itu wajar kerana tidak mengendahkan amaran akhir.[1]

Pada 8 Jun, 300 pelajar India mengadakan rusuhan di Sydney.Pada 9 Jun, 200 orang India membawa kayu hoki dan besbol berdemonstrasi di Sydney. Mereka menyerang tiga lelaki Lebanon.

Tindak balas India[sunting | sunting sumber]

Pesuruhjaya Tinggi India, Sujatha Singh bertemu dengan penguasa Victoria John Brumby bagi mencari jalan penyelesaian kerana bimbang keganasan akan merebak.Perdana Menteri Australia Kevin Rudd berbincang dengan Perdana Menteri India Manmohan Singh. Vayalar Ravi telah ditugaskan untuk menyelia dan memantau keselamatan pelajar India di Australia dan mencari mekanisme penyelesaian. Vayalar Ravi telah meminta semua laporan kejadian daripada Suruhanjaya Tinggi India di Australia.

Ketua pembangkang di parlimen India, LK.Advani mengecam perkauman yang semakin meningkat di Australia.Pada masa lalu ia menjadi alat kolonialisme untuk melanjutkan pemerintahan . Beliau mendesak kerajaan Australia memastikan keselamatan pelajar India terjamin sepenuhnya. Vishwa Hindu Parishad menimbang tindakan memulaukan Australia jika perlu. Pertubuhan pelajar India mengadakan demonstrasi di New Delhi dan meminta kerajaan India mengisytiharkan Australia sebagai 'destinasi tidak selamat kepada pelajar India'.

Bintang filem Bollywood Amitabh Bachchan didesak memulangkan ijazah kedoktoran kehormat daripada Queensland University Of Technology. Pelakon India Aamir Khan turut mengutuk serangan itu.

Tindak balas kerajaan Australia[sunting | sunting sumber]

Perdana Menteri Australia Kevin Rudd menyatakan kekesalan terhadap apa yang berlaku.Satu meja bulat akan dibentuk bagi membincangkan permasalahan pelajar asing ini. Undang-undang anti perkauman mungkin perlu digubal.

Lain-lain[sunting | sunting sumber]

Negara China turut bimbang akan keselamatan pelajar dan pekerja China di Australia. Seramai 130,000 pelajar China belajar di sana.

Rujukan[sunting | sunting sumber]