Ryukin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Ryukin
Asal
China[1]
Jenis
Standard baka
BAS

Ryukin adalah sejenis baka ikan emas hias yang mempunyai ciri-ciri seperti bonggol di atas badan.[2][3] Ryukin merupakan baka yang tahan lasak dan mempunyai bentuk dan warna yang menarik seperti kepala berbentuk tirus dan bonggol di belakang kepala. Ia mungkin mempunyai ekor panjang atau pendek dengan ekor bercabang tiga atau empat. Sirip dorsalnya adalah tinggi sementara sirip caudalnya pula dua kali panjang badannya. Sirip caudal juga mungkin mempunyai tiga atau empat lobus.[2][3]

Ryukin boleh didapati dalam warna merah tua, putih-merah, putih, besi dan calico.[2][3]

Ryukin merupakan sejenis ikan akuarium yang baik dan boleh membesar sehingga 8 inci (21 sentimeter).[2][3]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Ryukin dikatakan mendapat namanya kerana tiba ke Jepun melalui Kepulauan Ryukyu yang mana terletak di antara Taiwan dan Jepun. Terdapat rujukan sejarah berkenaan ryukin yang bertarikh pada tahun 1833, tetapi ia dikatakan telah tiba di Jepun sejak tahun 1770-an. Kesusteraan awal Jepun merujuk ryukin sebagai onaga (ekor panjang) atau ikan emas nagasaki. Dalam teks Inggeris, ia dirujuk sebagai ekor reben Jepun, ekor jumbai, ekor kipas atau ekor jarang.[3]

Kelainan[sunting | sunting sumber]

Ikan emas Ryukin, Plat XIX dalam: Goldfish and Their Culture in Japan, oleh Shinnosuke Matsubara
  • Yamagata kingyo (ikan emas yamagata) atau sabao (ekor mackerel) atau tamasaba - satu kelainan ryukin ekor tunggal telah dibiakkan di Prefektur Yamagata di utara Jepun.[3]
  • Tetsu onaga (ekor panjang warna besi) - satu kelainan warna besi yang jarang didapati.[3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Matsui, Yoshiichi (1981). Goldfish guide (ed. 2nd). Neptune, NJ: T.F.H. Publications. m/s. 51. ISBN 9780876665459. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)
  2. ^ a b c d Andrews, Chris, Dr. An Interpet Guide to Fancy Goldfish, Interpet Publishing, 2002. - ISBN 1-902389-64-6
  3. ^ a b c d e f g Johnson, Erik L., Dr. D.V.M. and Richard E. Hess. Fancy Goldfish: A Complete Guide to Care and Collecting, Weatherhill, Shambala Publications, Inc., 2006. - ISBN 0-8348-0448-4

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Templat:Goldfish breeds