S. Shamsuddin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari S. Shamsudin)
S. Shamsuddin
S. Shamsuddin ketika berusia 50an.
Kelahiran
Haji Shamsuddin bin Haji Dali

(1929-01-01)1 Januari 1929
Meninggal dunia4 Jun 2013(2013-06-04) (umur 84)
Jurong, Singapura
Sebab kematianPenyakit jantung, sesak nafas, parkinson dan sakit tua
DikebumikanTanah Perkuburan Islam Pusara Abadi, Lim Chu Kang, Singapura
Nama lainPak Sudin
PekerjaanPelakon, pelawak
Tahun aktif1948–2013
Terkenal kerana
PasanganPuteh binti Esmoon (k. 1954–2013)
Anak-anak7 (termasuk Ariff Shamsuddin)
IbuHajah Khatijah binti Haji Ahmad
BapaHaji Dali bin Kechik

Shamsuddin bin Dali (Jawi: شمس الدين بن دالي) atau lebih dikenali sebagai S. Shamsuddin (1 Januari 1929 – 4 Jun 2013) merupakan pelakon dan pelawak filem Melayu kelahiran Singapura yang terkenal pada era 1950-an pada 1960-an.[1][2][3] Beliau lebih terkenal kerana lakonan watak-watak lucu dalam filem, dan telah mendapat didikan daripada bapa mertua P. Ramlee iaitu Daeng Harris. Keistimewaannya terletak pada gerak badannya yang lincah dan lidahnya yang petah sewaktu berkata-kata. Sepanjang kerjayanya, beliau yang lebih mesra dengan panggilan Pak Sudin berlakon dalam beberapa filem antaranya Bujang Lapok, Antara Dua Darjat dan Panggilan Pulau.[4][5]

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Beliau dilahirkan pada 1 Januari 1929 di Pasir Panjang, Negeri-negeri Selat (kini Singapura). Bapanya, Haji Dali bin Kechik berasal dari Melaka, sementara ibunya, Hajah Khatijah binti Haji Ahmad berasal dari Geylang, Singapura. Beliau yang sebelumnya bekerja sebagai buruh bagi membantu keluarganya sebelum menyertai bidang lakonan.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

S. Shamsuddin memegang trofi Festival Filem Malaysia ke-22.

Suatu hari, pada 1948, beliau melawat Studio Malay Film Productions (MFP) milik Shaw Brothers di Jalan Ampas hanya untuk melihat bagaimana perfileman dijalankan.[6] Lawatannya ternyata bertuah kerana beliau diberikan peluang untuk menjadi pelakon tambahan dalam Chempaka yang di arah oleh B. S. Rajhans. Beberapa hari kemudian dia mencari kerja di MFP dan mendapat kerja sebagai tukang kayu bagi set studio dan filem. Sementara itu beliau turut bekerja sebagai pelakon tambahan atau penari dalam filem. Akhirnya, beliau diberi peranan dalam filem Aloha, yang diarah oleh B. S. Rajhans. Pak Sudin berlakon dalam beberapa babak yang memerlukan banyak dialog, yang dianggap besar bagi pelakon tambahan malah bagi pelakon baru. Peranan komedinya dalam filem dilakonkan bersama Osman Gumanti, Mariam Baharum, P. Ramlee, A. R. Tompel dan D. Harris, menonjolkan bakatnya dalam lakonan. Lebih banyak watak filem ditawarkan kepadanya, dan Sudin akhirnya menjadi pelakon tetap bagi filem Melayu era tersebut bersama Aziz Sattar, kedua-duanya muncul bersama pelakon terkenal P. Ramlee beberapa kali, terutamanya dalam siri filem Bujang Lapok.[7][8]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

S. Shamsuddin berkahwin dengan Puteh binti Esmoon pada 1954 dan mereka mendapat 7 orang anak. Salah seorang anaknya, Ariff Shamsuddin juga merupakan pelakon pelawak TV Singapura.[9]

Pada 26 Jun 2010, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim, Datuk Mustapha Maarof dan Ketua Pengarah Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) Mohd Mahyidin Mustakim melawat S Shamsuddin. Sumbangan RM10,000 dari dana Finas turut diberikan.[10]

Manakala dalam kunjungan Finas ke Singapura pada 7 November 2010, S Shamsuddin yang ditemani isterinya, Puteh Esmoon turut menerima sumbangan RM5,000 yang disampaikan Timbalan Ketua Pengarah Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas), Mohd Zulkifli Ab Wahab.[perlu rujukan]

Kematian[sunting | sunting sumber]

S. Shamsuddin meninggal dunia pada jam 10.56 pagi Selasa, 4 Jun 2013 pada usia 84 tahun akibat pelbagai masalah kesihatan termasuk penyakit jantung. Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di West Avenue 6, Bukit Batok, Jurong, Singapura,[11][12][13][14] semasa menikmati sarapan bersama isterinya.[15]

Jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pusara Abadi di Lim Chu Kang pada 5 Jun 2013 jam 11 pagi.[16][17]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Catatan
1948 Chempaka Filem pertama
1950 Aloha
1951 Sejoli Bakar
Juwita Rakan Dol
Penghidupan Rahim
1952 Aladdin
Sedarah
Jiwa Lara
1953 Istana Impian
1954 Pawang
Panggilan Pulau Ombak
1955 Empat Isteri Sulong
Abu Hassan Penchuri Tengku Mahkota Basyrah
Kipas Hikmat Agil
1956 Hang Tuah Hang Lekir
Pencuri
Keluarga Tolol Sudin
1957 Pancha Delima Pelakon undangan
Bujang Lapok Sudin
Hantu Jerangkung Sudin
Mogok
Putera Bertopeng Sultan Shamsuddin
1958 Hantu Kubor Sudin
Kaki Kuda Sudin
Sarjan Hassan Tukang Masak (Platun Singapura)
Sri Menanti
1959 Pendekar Bujang Lapok Sudin
Nujum Pak Belalang Nyawa
Saudagar Minyak Urat Bomoh Jampok
1960 Antara Dua Darjat Sudin
1961 Ali Baba Bujang Lapok Kassim Baba
Seniman Bujang Lapok Sudin
Si Tanggang Lembik
1962 Siti Muslihat Jumaat
Batu Durhaka Denak
Neracha Doktor
1963 Nasib Si Labu Labi Pengadil Boksing
1964 Mambang Moden Sulaiman
Tiga Abdul Pencerita
Siapa Besar Pak Khatib JP
Dupa Cendana
1965 Bidasari Selabah
Dayang Senandong Ngah
1966 Dahaga Bidin
Anak Buloh Betong Tunggal
Aksi Kuching Azmi
1967 A-Go-Go '67 Din
1968 Ibulah Syurga
1970 Aku Mahu Hidup Encik Bong
Puaka
1971 Mat Karong Guni Pengarah Filem
1975 Keluarga Si Comat Pak Sudin
1979 Tuan Badul Sudin
1981 Dia Ibuku Pak Sohor
Setinggan Pak Sudin
Penyamun Tarbus Wak Sudin
Jejak Bertapak Sudin
1985 Sepi Itu Indah Pak Birat
1986 Bujang Lapok Kembali Daa Sudin
1989 Kolej 56 Bapa Rosli
2005 Pontianak Harum Sundal Malam II Bapa Sitam & Bayang Penampilan khas
2007 Budak Lapok Sudin (suara)
2023 Syaitan Munafik Pak Sudin Filem terakhir, dikeluarkan secara anumerta

Telefilem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2008 Stok Lama Astro Ria
3 Menantu Astro Prima

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Penerima/Karya tercalon Keputusan
1981 Festival Filem Malaysia ke-2 Pelawak Terbaik Dirinya sendiri Menang
2009 Festival Filem Malaysia ke-22 Anugerah Istimewa untuk Pelakon Veteran Lelaki Menang
Tahun Anugerah Penghargaan Penerima/Karya tercalon Menang
2001 Anugerah Era Anugerah Panggung Era Dirinya sendiri

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ A. Kadir Pandi (30 Ogos 1981). "Sudin bidas pelakon veteran yg 'minta2'". Berita Minggu. m/s. 7. Dicapai pada 9 Disember 2018.
  2. ^ Suraya Al-Attas (10 Ogos 2001). "Moving show by veterans". New Straits Times. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-11-04. Dicapai pada 2010-11-25.
  3. ^ "S. Shamsuddin terpaksa serius". Berita Minggu. 19 April 1987. m/s. 8. Dicapai pada 8 November 2018.
  4. ^ Danial Aziz Ahmad (19 Julai 2021). "S. Shamsudin – Ikon Pelawak Filem Melayu Klasik". The Patriots. Dicapai pada 21 November 2021.
  5. ^ "Sudin dikenang". Metro Ahad. 9 Jun 2013. Dicapai pada 20 Disember 2021.
  6. ^ "Kisah S.Shamsuddin yang ramai tak tahu". Utama Daily. 17 Januari 2022. Dicapai pada 8 November 2022.
  7. ^ "Shamsuddin kecil hati". Berita Minggu. 4 November 1984. m/s. 6. Dicapai pada 9 Disember 2018.
  8. ^ "Mujur ada S. Shamsuddin yg 'hidupkan' cerita..." Berita Minggu. 4 Ogos 1985. m/s. 8. Dicapai pada 9 Disember 2018.
  9. ^ "Shamsuddin kagumi bakat anak sejak kecil". Berita Minggu. 8 Mei 1994. m/s. 9. Dicapai pada 8 November 2018.
  10. ^ "Rais Kunjung Seniman Bujang Lapok S.Shamsudin Di Singapura". Bernama. 27 Jun 2010. Dicapai pada 8 November 2010.
  11. ^ "S. Shamsuddin meninggal dunia". Sinar Harian. 4 Jun 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 September 2015. Dicapai pada 8 November 2013.
  12. ^ "Veteran actor Shamsuddin dies at 84". AsiaOne. 5 Jun 2013. Dicapai pada 8 November 2018.
  13. ^ "Veteran actor S. Shamsuddin dies at 84". Straitstimes.com. Dicapai pada 5 June 2013.
  14. ^ Lisa AG (4 Jun 2013). "(AL-FATIHAH) Pelakon Veteran, S. Shamsuddin Meninggal Dunia". Diva.my. Dicapai pada 21 November 2019.
  15. ^ "Shamsudin Meninggal Dunia Ketika Bersarapan Bersama Isteri". mStar Online. 5 Jun 2013. Dicapai pada 8 November 2018.
  16. ^ "Seniman S. Shamsuddin selamat disemadikan". Astro Awani. 5 Jun 2013. Dicapai pada 8 November 2018.
  17. ^ Salman Hamat (6 Jun 2013). "Sudin selamat disemadi". Harian Metro. Dicapai pada 17 November 2021.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]