Sistem Unit Antarabangsa

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari SI)

Sistem Unit Antarabangsa atau Unit SI (SI dipendekkan dari nama bahasa Perancis, Système international d'unités) merupakan sejenis sistem metrik. Ia adalah sistem unit yang digunakan oleh semua orang di dunia dalam sains dan perdagangan.

Pada 1960, SI diambil dari sistem MKS, iaitu panjang (meter), jisim (kilogram), dan masa (saat).

Dalam sistem SI terdapat 7 unit asas SI dan 2 unit tanpa dimensi, serta beberapa unit terbitan. Selain itu, terdapat juga awalan-awalan yang boleh digabungkan dengan unit-unit tersebut untuk penggandaan atau pembahagian unit-unit yang ada.

Sistem SI diselenggarakan oleh 3 badan, iaitu Biro Timbang dan Ukur Antarabangsa (BIPM), Persidangan Am Timbang dan Ukur Antarabangsa (CGPM) serta Jawatankuasa Timbangan dan Ukuran Antarabangsa (CIPM).

Unit-unit SI[sunting | sunting sumber]

7 unit asas SI adalah sebagai berikut (diikuti lambang dan rumus dimensi):

Unit asas SI[1][2]
Unit Simbol Kuantiti
meter m panjang, L
kilogram[n 1] kg jisim, M
saat s masa, T
ampere A arus elektrik, I
kelvin K Suhu termodinamik, T
mol mol amaun bahan, n
kandela cd Keamatan berluminositi, Iv
Nota
  1. ^ Walaupun unit itu mempunyai awalan "kilo-", kilogram merupakan unit asas jisim. Kilogram digunakan dalam definisi unit-unit yang dihasilkan daripada unit asas SI

2 unit SI tanpa dimensi adalah:

Unit-unit lain dalam SI dapat dihasilkan melalui gabungan dari unit-unit asas di atas.

Contoh:

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ :23 Quantities Units and Symbols in Physical Chemistry, IUPAC
  2. ^ Page, Chester H; Vigoureux, Paul, penyunting (20 May 1975). The International Bureau of Weights and Measures 1875–1975: NBS Special Publication 420. Washington, D.C.: National Bureau of Standards. m/s. 238–244.