SK Buluh Nipis

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

SK Buluh Nipis ialah sebuah sekolah rendah di Kampung Buluh Nipis, Muadzam Shah, Pahang. Sekolah ini telah dibuka pada tahun 1976 dibawah pentadbiran JHEOA yang mana didirikan di seberang Sg Jeram tetapi tidak kekal lama dan ditutup 2 tahun kemudian.Jalan Perhubungan waktu itu hanya menggunakan bot untuk ke Kg.Aur atau ke Kuala Rompin yang memakan masa selama 2 hari. Kemudian pada pertengahan bulan April 1982 sekolah ini dibuka semula tetapi masih lagi di bawah seliaan dan pentadbiran JHEOA.Bangunan baru didirikan di tapak yang ada sekarang dan menempatkan seorang kakitangan sebagai tenaga pengajar.Murid-muridnya terdiri dari anak-anak orang asli suku kaum Jakun yang berada di sekitar kampung terdekat iaitu Kg Malau,Kg.Dong,Kg Mikang, Kg Saloh dan Kg Ganoh. Jarak dengan bandar terdekat iaitu Bukit Ibam sejauh 16 km. Jarak ke Muadzam Shah 38 km.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Bangunan sekolah diperbuat dari papan dan bahan-bahan tempatan pada masa itu. Ia telah ditadbir di bawah Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) dan seorang Pembantu Luar JHEOA telah bertindak sebagai guru untuk memperkenalkan konsep 3M pada masa itu iaitu membaca, menulis dan mengira. Murid-murid terdiri dari pelbagai peringkat umur.

Seorang guru Tuan Mohd. Zani Bin Tuan Soh adalah guru pengasas sekolah ini dan telah berkhidmat mulai April 1982 sehingga 1994. Sebelum tahun 1982, kanak-kanak-orang asli dari suku kaum Jakun di sini menerima pendidikan awal mereka di sekolah-sekolah yang berhampiran seperti SK Kg Aur, SK Bukit Ibam atau di SK Bukir Ridan Muadzam Shah. Sekolah-sekolah tersebut jauh dari Kg Buluh Nipis dan hanya segelintir sahaja dari kanak-kanak dari kampung ini yang mampu untuk bersekolah. Maka atas kesedaran itulah mendiang Batin Bontok bin Lalim mula menggesa JHEOA untuk memenuhi keperluan pelajaran dengan mendirikan sebuah bangunan sekolah dan menempatkan seorang kakitangan sebagai guru untuk mengajar anak-anak orang asli Kg Buluh Nipis iaitu cikgu Tuan Mohd Zani.Pengajaran dan pembelajaran di sini berjalan seperti mana-mana sekolah kebangsaan biasa tetapi berkonsepkan Kelas Bercantum.Untuk memantapkan lagi proses P&P,JHEOA menghantar guru bagi mengikuti kursus perguruan (KDC) pada setiap cuti sekolah di Pusat Perkembangan Kurikulum.Menyedari bahawa P&P bukan hanya berlaku di dalam kelas sahaja guru dengan kerjasama penduduk kampung serta sebuah syarikat membalak telah dapat menyiapkan sebuah padang bola sepak selepas 4 bulan sekolah di buka.Penggunaan kemudahan padang ini juga dikongsi bersama antara pihak sekolah dengan penduduk kampung dalam sebarang aktiviti.Pada penghujung tahun 1984 seorang lagi guru memulakan tugas iaitu cikgu Podir Bin Kadir yang mana beliau merupakan guru yang berasal dari suku kaum yang sama dengan penduduk setempat.Bagi memenuhi kapasiti murid yang ada,hanya 2 orang tenaga pengajar sahaja di tempatkan di sini bagi satu-satu masa.Tahun 1986 Cikgu Zaini bin Ahmad dari SK Denai bertugas di sini menggantikan Cikgu Podir Kadir.Selepas 6 bulan kemudian Cikgu Zaini Ahmad bertukar ke Kuantan dan digantikan dengan cikgu Hasan Bin Mat dari SK Kedaik,Rompin manakala cikgu Tuan Mohd Zani masih lagi bertugas di sini sehinggalah bertukar ke SK Lenjang Kuala Lipis pada tahun 1994 manakala cikgu Hasan Bin Mat berpindah ke SK Sinderut,Kuala lipis.SK Buluh Nipis menerima kedatangan 2 orang guru baru iaitu.En.Mokhtar Ahmad dan En Roslan Bin Isa.

Tahun 1995: semua pengurusan dan pantadbiran mengenai hal ehwal pendidikan telah diambil alih oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dan kanak-kanak-orang asli di sini mendapat segala kemudahan pelajaran yang sama seperti pelajar-pelajar di luar.

Tahun 2000: Sekolah ini telah mendapat 4 unit rumah guru. Guru besar sewaktu itu ialah En Hamzah Abdullah. Sekolah ini mempunyai hanya 5 orang guru. Kehadiran guru Besar yang baru En Mohd Alias bin Musa.

Tahun 2004: Sekolah ini berpindah kebangunan baru 2 blok 3 tingkat. Kelas tahun 4 dimulakan.

Tahun 2006: Calon UPSR yang pertama.

Tahun 2009: SekoLah naik taraf layak untuk guru besar gred DGA34 dan GPK Gred DGA32.

  • GURU @ BEKAS GURU/ KAKITANGAN YANG PERNAH BERKHIDMAT DI SKBN DIGALAKKAN UNTUK MEMBUAT SUNTINGAN..