Sekolah Kebangsaan Sultan Ahmad Tajuddin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari SK Sultan Ahmad Tajuddin)
Lompat ke: pandu arah, cari
Sekolah Kebangsaan Sultan Ahmad Tajuddin
Moto Usaha Tangga Kejayaan
Ditubuhkan 1956
Jenis Sekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Pengetua K. Thachanamurthy
Lokasi Jalan ChanglunJitra, Kedah, Malaysia
Nama singkatan SKSAT
Laman web N/A
Telefon N/A
Faks N/A

Sekolah Kebangsaan Sultan Ahmad Tajuddin (SKSAT) ialah sebuah sekolah renadh yang terletak di Jalan Changlun, kira-kira satu kilometer dari Bandar Jitra, Kedah.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah ini mula membuka pintunya pada hari Rabu 11 Januari 1956 dengan nama JITRA ENGLISH SCHOOL. Ia merupakan sekolah aliran Inggeris pertama di Kubang Pasu. Tanah asalnya ialah kawasan dusun dan kebun kelapa seluas 13.0436 ekar yang dikelilingi Kampung Teluk Nibung, Kampung Nyior dan Kampung Hijrah. En Lim Sin Chaw, bekas guru Maktab Sultan Abdul Hamid Alor Star ditugaskan sebagai guru besar pertama di samping 3 orang guru penolong.[1]

Pembukaan rasmi sekolah ini telah disempurnakan oleh Raja Muda Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah pada 9 November 1956 (Sultan Kedah masa kini). Pada tahun 1957 sekolah ini dinamakan Sekolah Sultan Ahmad Tajuddin (SSAT) iaitu mengikut nama Sultan Kedah yang ke-24 (Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah II) nenda kepada Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah.[1] Nama Sekolah Kebangsaan Sultan Ahmad Tajuddin (SKSAT) dinamakan setelah semua sekolah aliran kebangsaan sepenuhnya diadakan di peringkat kebangsaan.

Dengan berbekalkan visi "Sekolah Terbaik Peringkat Kebangsaan" dan misi "Memberi Pendidikan Terbaik Bagi Melahirkan Modal Insan Cemerlang Selaras Dengan Aspirasi Negara" serta moto "Usaha Tangga Kejayaan", sekolah ini telah mengharumkan nama negeri Kedah dengan pelbagai kejayaan yang dicapai di peringkat negeri, kebangsaan mahupun Asia. Kejayaan ini terdiri daripada pelbagai bidang daripada sukan, akademik hinggalah kepada robotik. Antaranya ialah Sekolah 3K Sekolah Harapan Negara, Sekolah Kualiti Menteri Pendidikan, Pusat Sumber Cemerlang Kebangsaan, Anugerah BOSS dan Sekolah Kluster Cemerlang.[2]

Guru besar[sunting | sunting sumber]

Antara guru besar yang pernah mentadbir di sekolah ini ialah:

  • En Lim Sin Chaw (1956 – 1965)
  • En Thong Yin Yaow (1966 – 1981)
  • En Mohd Inon b Din (1981 – 1991)
  • En Ramli bin Yaacob (1991 – 1991)
  • Tn Hj Zakaria bin Othman (1991 – 1994)
  • Pn Hjh Azizah bt Abd Razak (1994 – 2006)
  • En K. Thachanamurthy (2006 - kini)

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. 1.0 1.1 Sejarah SKSAT
  2. Kenali SKSAT