SK Telecom

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
SK Telecom
Jenis/bentuk sahSyarikat awam
KSE: 017670
NYSE: SKM
ISINUS78440P1084 Sunting ini di Wikidata
IndustriTelekomunikasi
DitubuhkanMac 1984
Ibu pejabatJung-gu, Seoul, Korea Selatan
Tokoh pentingShin Bae Kim (CEO)
Jung Nam Cho (Naib Pengerusi)
PemilikSK Group Sunting ini di Wikidata
Bilangan kakitangan20,955 Sunting ini di Wikidata
Syarikat indukKumpulan SK
Tapak webhttp://www.sktelecom.com
Facebook: sktworld Twitter: SKtelecom Sunting ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

SK Telecom ialah sebuah pengendali telekomunikasi bimbit yang dikuasai oleh Kumpulan SK, salah satu chaebol yang terbesar di Korea Selatan. Ia merupakan pembekal perkhidmatan bimbit yang utama di Korea Selatan, dengan sekitar 50% bahagian pasaran pada tahun 2005.

SK Telecom dijenamakan sebagai Speed 012 pada zaman pager kerana pager-pagernya mempunyai kod kawasan 012. Jenama ini kemudian ditukarkan menjadi Speed 011 apabila telefon bimbit menjadi lebih popular pada sekitar tahun 1998, dengan 011 sekali lagi merupakan kod kawasan untuk telefonnya.

Kini, semua telefon bimbit Korea Selatan yang baru didaftarkan bermula dengan kod kawasan 010, tanpa menghiraukan pembekal perkhidmatan yang sebenar. Ini sebahagian disebabkan SK Telecom telah menguasai pasaran telefon bimbit sehingga nombor 011 telah menjadi suatu jenama pada dirinya dan dianggap sebagai kes pengiklanan tersirat atau peletakan keluaran yang diharamkan di Korea. SK Telecom terpaksa dipisahkan daripada SK Teletech kerana telefon-telefon bimbit Sky yang dibekalkan oleh SK Teletech tertatarajah hanya untuk perkhidmatan SK Telecom.

SK Telecom juga membekalkan berbagai-bagai perkhidmatan internet melalui anak syarikatnya, SK Communications. Cyworld merupakan salah satu perkhidmatan blog yang terpopular di Korea Selatan, dengan NateOn merupakan salah satu perkhidmatan pesanan segera yang paling popular.


Sejarah syarikat[sunting | sunting sumber]

SK Telecom ditubuhkan pada bulan Mac 1984 dengan nama Korea Mobile Telecommunications Services Co., tetapi dinamai semula sebagai Korea Mobile Telecommunications Corp. (KMT) pada bulan Mei 1988. Pada bulan Jun 1994, Kumpulan SK menjadi pemegang saham KMT yang terbesar. KMT menyertai Kumpulan SK secara rasmi pada bulan Januari 1997 dan menukarkan namanya menjadi SK Telecom pada bulan Mac tahun tersebut.

Pada bulan Oktober 2000, SK Telecom menjadi pengendali yang kedua di dunia selepas DoCoMo, milikan NTT, untuk melancarkan sebuah perkhidmatan 3G komersil yang menggunakan teknologi WCDMA. Ini diikuti oleh pelancaran rangkaian 1xEV-DO CDMA2000 yang pertama di dunia pada bulan Januari 2002. Teknologi ini amat meningkatkan laju penghantaran data.

Pada bulan Mei 2005, SK Telecom memutuskan untuk menjual 60% daripada saham SK Teletechnya kepada Pantech Curitel. SK Teletech kemudian menggantikan jenamanya menjadi "SKY" pada tahun 2006, dengan jenama tersebut masih merupakan jenama premium barisan telefon bimbit untuk Pantech Curitel.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]