SMK Datin Onn Jaafar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Logo SMK Datin Onn Jaafar

Sekolah Menengah Kebangsaan Datin Onn Jaafar (SMKDOJ) atau lebih dikenali sebagai DOJ atau Pesta oleh sebahagian besar penduduk setempat, ialah sebuah sekolah menengah di Batu Pahat, Johor. Pengetua SMKDOJ kini adalah Hj. Mohd. Daud bin Tukiman.

[sunting] Sejarah

Sekolah ini ditubuhkan pada awal tahun 1977 dan sesi pertama persekolahan bermula pada 1 Januari 1978.

Bangunan sekolah ini terletak di Tapak Pesta Pembangunan Negeri Johor 1977 di Batu Pahat, Johor, dalam kawasan seluas 10 ekar. Ketika awal penubuhannya, Sekolah Menengah Kebangsaan Datin Onn Jaafar pada awalnya dikenali dengan nama Sekolah Menengah Rendah Bandar Penggaram. Kemudian dicadangkan nama "Sekolah Menengah Rendah Datin Halimah", sempena nama balu Allahyarham Dato’ Onn Jaafar. Walau bagaimanapun, nama tersebut tidak dipersetujui oleh Datin Halimah. Beliau meminta agar diletakkan nama suaminya dan mencadangkan nama Sekolah Menengah Rendah Datin Onn Jaafar, Batu Pahat. Sekarang dikenali sebagai Sekolah Menengah Kebangsaan Datin Onn Jaafar.

Sekolah ini telah dirasmikan oleh Tun Dr. Mahathir bin Mohammad selaku Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Malaysia ketika itu pada 1hb September 1977. Turut sama dalam majlis perasmian itu ialah Menteri Besar Johor, Tan Sri Othman bin Saat, Pengarah Pelajaran Johor, Datuk Idris bin Tain dan pengetua sementara iaitu Encik Sulaiman bin Belawi.

[sunting] Pautan luar

Alatan peribadi
Ruang nama

Kelainan
Tindakan
Pandu arah
Perhubungan
Cetak/eksport
Alatan
Bahasa lain