SMK Puteri Wilayah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Sekolah Menengah Kebangsaan Puteri Wilayah
Dirasmikan 1965
Jenis Sekolah Bantuan Penuh Kerajaan
Lokasi Kampung Baru, Kuala Lumpur


Sekolah Menengah Kebangsaan Puteri Wilayah adalah sebuah sekolah menengah bantuan penuh kerajaan yang terletak di Kampung Baru, Kuala Lumpur dan berhadapan dengan Kelab Sultan Sulaiman. Semasa ditubuhkan pada tahun 1965, ia dikenali dengan nama Sekolah Menengah Kampung Bharu, Jalan Stoney. Sebelum sekolah ini telah menumpang di bangunan Sekolah Kebangsaan (Inggeris) Kampung Bharu, Kuala Lumpur. Bermula pada 1 Januari 1983, Sekolah Menengah Kampung Bharu ditukar nama kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Puteri Wilayah.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Bermula dengan kelas peralihan hingga ke tingkatan 5, dan seterusnya pada tahun 1989, tingkatan 6 rendah aliran sastera dimulakan. Tiga tahun kemudian iaitu pada 1992, kelas Tingkatan 6 ditutup kerana kurangnya sambutan daripada pelajar-pelajar.

Sekolah Menengah Kebangsaan Puteri Wilayah merupakan sebuah sekolah asrama harian sehingga tahun 2003. Asrama SMK Puteri Wilayah dikenali sebagai Asrama Persekutuan dan menerima pelajar-pelajar perempuan dari sekolah di sekitar Kuala Lumpur. Mula tahun 2004, asrama dibuka khas bagi puteri aliran agama SMK Puteri Wilayah.

Visi SMK Puteri Wilayah[sunting | sunting sumber]

  • Menjadikan SMK Puteri Wilayah sekolah berkualiti di Wilayah Persekutuan menjelang tahun 2012.

Misi SMK Puteri Wilayah[sunting | sunting sumber]

  • Memberi pendidikan terbaik kepada semua murid melalui pengurusan pendidikan berkualiti bagi membangun modal insan yang seimbang berlandaskan Falsafah Pendidikan Negara.

Moto SMK Puteri Wilayah[sunting | sunting sumber]

  • Ilmu Itu Kekuatan


Wiki letter w.svg

 Rencana ini merupakan rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.