Sekolah Menengah Kebangsaan Titingan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari SMK Titingan)
Sekolah Menengah Kebangsaan Titingan
Lokasi
 Malaysia Peti Surat 61814, 91028, Tawau,, Sabah Negeri Di Bawah Bayu
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoIman Teras Kejayaan
Nombor sekolah6089913691
Kod sekolahXEA3071
Faks6089913906
Laman sesawang


Sekolah Menengah Kebangsaan Titingan atau SMK Titingan adalah sebuah sekolah menengah rendah kerajaan yang terletak di Tawau. Ia berada betul-betul di atas tebing sebuah sungai. Ia hanya menerima pelajar dari tingkatan 1 sehingga tingkatan 4 kerana saiz sekolah yang kecil.

Pada tahun 2009, sekolah ini diancam hakisan tanah kerana kedudukannya betul-betul di teping sungai.[1] Jumlah pelajar lelaki dan perempuan pada tahun tersebut masing-masing ialah 197 dan 224, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 421 orang. Ia mempunyai seramai 40 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah ini pada asalnya merupakan sekolah untuk menempatkan pelajar-pelajar bermasalah dari sebuah sekolah lain di Tawau. Namun, sekolah ini kemudiannya diasingkan menjadi sekolah lain dengan pentadbiran sendiri. Nama sekolah ini diambil sempena nama kampung yang terletak berhampiran dengan sekolah ini iaitu Kampung Titingan. Pada tahun 2007, sekolah ini telah membuka kelas untuk pelajar tingkatan 4 iaitu dibuka aliran perdagangan. Tahun 2008, menyaksikan percaturan peperiksaan PMR dan buat julung kalinya peperiksaan SPM. Kecemerlangan SMK Titingan dapat dicipta sekali lagi daripada pencapaian SPM yang mana seorang pelajar 4 Perdagangan 1 telah memperoleh keputusan SPM 4A. Dari segi PMR pula, peratus pencapaian meningkat daripada 2007 yang menyaksikan 2 orang pelajar pada waktu ketika itu memperoleh 8A walaupun pada 2008 menyaksikan hanya seorang sahaja pelajar yang memperoleh 8A. Besarlah harapan SMK Titingan dengan adanya infrasruktur dan kemudahan yang baik serta bangunan sekolah yang baru yang bakal diduduki pada tahun 2010. Kegemilangan SMK Titingan akan terserlah pada tahun 2010 berdasarkan visi sekolah ini iaitu, SMK Titingan cemerlang menjelang 2010. untuk menjadikan sekolah yang terbaik, ia mestilah berdasarkan kecekalan dan ketabahan serta semangat yang kental daripada tenaga pengajar yang ada.

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Titingan
Peti Surat 61814
91028, Tawau
Sabah, Malaysia
Telefon = 6089913691
Fax = 6089913906

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Erosion threat to Tawau school worsens", 4 November 2009. Daily Express. Diambil pada 19 Januari 2011

Pautan luar[sunting | sunting sumber]