SYJ (kugiran 1990)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
SYJ
Berasal dari Ipoh, Perak, Malaysia
Genre Rock
Tahun aktif 1990-an
Kegiatan berkait Sofea, Ariwatan
Bekas ahli
Allang (penyanyi)
Amir (gitar)
Rosli (gitar)
Addy (bes)
Junn (dram)
Eduat (dram)

SYJ ialah nama tiga kumpulan rock Malaysia yang diasaskan oleh Syed Yusuf Jamalulail di Ipoh, Perak. Rencana ini membincangkan kugiran ketiga.

Isi kandungan

Sejarah [sunting]

Setelah dua kumpulan SYJ menukar nama mereka (kepada Sofea pada 1987 dan Ariwatan pada 1989), Syed Yusuf Jamalulail sekali lagi mengasaskan kumpulan baru yang juga menggunakan nama SYJ pada 1990.

Dalam sejarah muzik rock tempatan, apabila disebut nama kumpulan SYJ, ia biasanya merujuk kepada kumpulan SYJ yang pertama, iaitu kumpulan yang lebih dikenali sebagai Sofea.[1]

Band SYJ yang pertama asalnya dari kumpulan `Ex-December' yang juga ditubohkan oleh Syed Yusof Jamalulail (pada ketika itu saorang anggota polis trafik di Ipoh). Ia ditukar ke nama `SYJ' pada tahun 1978. Anggota asal `SYJ' tahun 1978 terdiri daripada Halim (gitar dan keyboard), Man Gemok (bass), Pak Su Nor (drum - kemudian diganti dengan Din Urko) dan Hamidi (Flute). Penyanyi wanitanya Rohana Kassim.

Ahli [sunting]

  • Penyanyi: Allang
  • Gitar: Amir, Rosli (Rosli Jantan; pernah menyertai kumpulan Handy Black & Sherox)
  • Bes: Addy
  • Dram: Junn, Eduat (Syed Noor Eduat bin Syed Yusuf Jamalulail; pernah menyertai kumpulan Sofea @ SYJ '86)

Rosli (gitar) dan Eduat (dram) tidak sempat merakamkan album apabila kumpulan ini dibubarkan.[1]

Album [sunting]

  • Khudrat (1990)
  • 4 Kumpulan Rock Terbaik! (album kompilasi)

Rujukan [sunting]

  1. 1.0 1.1 Kamal, SYJ MuzikRock