S Banggarma

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Banggarma Subramaniam merupakan seorang lagi yang menimbulkan kontroversi masyarakat Islam di Malaysia dengan mencabar bidang kuasa Mahkamah Syariah. Nama dalam kad pengenalan beliau ialah Siti Hasnah Vengarama Abdullah. Dia dan suaminya Sockalingam tinggal di Tanjung Piandang,Perak.

Pendidikannya tidak seberapa. Dia hampir tidak boleh menulis dan mengeja namanya sendiri.[1]


Dakwaan Banggarma[sunting | sunting sumber]

Dia mendakwa bahawa agamanya ditukar oleh petugas rumah kebajikan di Rumah Bakti Kepala Batas, Kepala Batas, Pulau Pinang sekitar tahun 1989. Ketika itu dia berumur 7 tahun. Kini dia berumur 27 tahun, telah berkahwin dan mempunyai seorang anak.

Banggarma juga mempunyai bukti bergambar bahawa bapanya Subramaniam Bangaraiah masih mengamalkan agama Hindu sehingga akhir hayatnya. Bapanya tidak memberitahu sesiapa dalam keluarganya tentang pertukaran agama itu. Bapanya mempunyai tanda 'pottu' di dahinya sehinggalah dia meninggal dunia.

Jika benar dia seorang Islam sejak berumur setahun, mengapa perlu dia menandatangani sijil pertukaran agama pada umur 7 tahun iaitu pada 28 Disember 1989 . Dua beradik yang lain juga menukar agama kepada Islam ketika berada di rumah kebajian itu.

Peguam Gooi Hsiao Leung menyatakan ada unsur perteligkahan pernyataan jabatan agama Islam. Sebagai seorang kanak-kanak berumur 7 tahun, apalah dia mengerti tentang Sijil Akuan Masuk Islam’ 1989 dan implikasi perundangannya . Gooi Hsiao Leung adalah timbalan ketua pemuda PKR Kedah. Seksyen 80, Enakmen Hal ehwal Islam Pulau Pinang 1983 menyatakan tiada kanak-kanak bawah 18 tahun boleh menukar agamanya tanpa kebenaran ibu bapanya yang sah.

Banggarma melarikan diri dari rumah ketika berusia 18 tahun . Dia menemui bapanya yang hidup bagai pengemis. Banggarma berkahwin dengan seorang lelaki Hindu bernama S. Sockalingam tetapi perkahwinannya tidak boleh didaftarkan kerana nama dalam kad pengenalannya ialah Siti Hasnah. Anaknya 4 orang iaitu Kanagaraj (8 tahun) , Hisyanthini (2), Kanagaraj dan Hisyanthini. Jabatan Pendaftaran Negara tidak membenarkan proses itu jelas namanya seorang Muslim.

Jabatan Kebajikan Masyarakat[sunting | sunting sumber]

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mendakwa ibu bapa Banggarma yang menukar nama dan agama anaknya ketiga berumur setahun. Ketika itu, keluarga itu berada di Rompin,Pahang.

Meme Zainal Rashid selaku ketua pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat menyatakan Banggarma telah ditukar agama oleh bapanya pada 30 November 1983. Surat itu masih tersimpan dalam fail pihak berkuasa Islam di Rompin, Pahang.[2]

Pihak ketiga[sunting | sunting sumber]

Majlis Perundingan Bagi Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao Malaysia (MCCBCHST) menggesa Mahkamah Syariah membenarkan S Banggarma menganut agama Hindu, dan sekali gus meninggalkan Islam, tanpa perlu melalui proses biasa di mahkamah. Paderi Dr Thomas Philips selaku presiden MCCBCHST berpendapat murtad itu sah kerana menganut agama Islam pada masa kecil sahaja dan tidak pernah mengamalkan ajaran Islam. Paderi Dr Thomas Philips mendakwa agar memberikannya kebebasan memilih agama kerana ia berumur lebih 21 tahun. Mahkamah Syariah tidak layak kerana tidak mempunyai bidangkuasa ke atas 'mereka yang tidak mengamalkan agama Islam'.

Bagaimanapun, hak mutlak Mahkamah Syariah menentukan status mereka yang berugama Islam bukanlah peraturan baru tetapi sudah wujud sejak kewujudan Malaysia lagi. Selain itu mereka yang hendak murtad boleh melakukannya selepas melalui peraturan yang ditetapkan. Pengesahan murtad pernah dilakukan, sebagai contoh mahkamah syariah Negeri Sembilan pernah mengesahkan 16 kes murtad.[3] Oleh itu isu tidak ingin menggunakan Mahkamah Syariah lebih kepada keengganan mematuhi peraturan dan memperlekehkan bidang kuasa mahkamah syariah. Sekiranya S Banggarma benar-benar ingin murtad dan memenuhi syarat, tidak ada halangan bagi dia mengfailkan kesnya di mahkamah syariah sebagaimana kes-kes terdahulu.

Dr B. Ravichandran dari Majlis Hindu Sangam Malaysia - Pulau Pinang kecewa dengan tindakan Rumah Bakti Kepala Batas yang bertindak sedemikian rupa. Mereka bagaikan 'harapkan pagar, pagar makan padi'.[4]

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mashitah Ibrahim menyatakan Banggarma hendaklah berhujah di mahkamah bagi menentukan status agamanya. Kes ini bukan isu minta tukar agama.<refConverted orphan should seek help from Syariah Court>/ref<>

Pendirian pihak berkuasa agama Islam[sunting | sunting sumber]

Presiden Majlis Agama Islam Pulau Pinang, Shabudin Yahaya menyatakan Banggarma perlu menjalani proses biasa jika hendak menukar status agama mereka. Tidak ada pengecualian dalam soal ini. Seseorang yang terlanjur murtad kepada agama lain, mereka akan diberi kaunseling oleh jabatan agama Islam.

Zainal Rashid berpendapat Banggarma perlu merujuk Mahkamah Syariah untuk mendapat keputusan sama ada Banggarma masih Islam, kekal Hindu, ada unsur paksaan dan sebagainya. Pengerusi IKIM , Dr Syed Ali Tawfil Al-Attas pernah menyatakan pada 1 Mei 2007 bahawa seseorang kanak-kanak tidak mengerti dengan 'kalimah syahadah'. Mereka juga tidak boleh menjadi saksi dan tidak punya kefahaman tentang apa yang mereka ucapkan.

Perkara 11, Perlembagaan Persekutuan jelas menyatakan setiap orang bebas menentukan agama anutannya dan mengamalkan kepercayaannya. [5][6]

Setiausaha agung Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia, Tan Sri Dr Abdul Hamid Othman menyatakan semua rumah kebajiran milik kerajaan tidak pernah berniat menukar agama seseorang kanak-kanak.[7]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]