Sa'ad ibn Abi Waqqas

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Saad ibn Abi Waqqas)
Sa'ad ibn Abi Waqqas
Kesetiaan Khulafa al-Rasyidin
Perkhidmatan Tentera Khulafah Al-Rasyidin
Tahun perkhidmatan636-644
PangkatKomander
Gabenor di Ctesiphon (637-638)
Gabenor di Bushra (638-644), (645-646)
ArahanPenaklukan al-Rashidin ke atas Empayar Parsi

Sa'ad ibn Abi Waqqas (Arab: سعد بن أبي وقاص) ialah salah seorang sahabat terawal memasuki Islam pada 610-11. Beliau berpangkat bapa saudara kepada Nabi Muhammad s.a.w. kerana beliau merupakan sepupu ibu bagainda Aminah binti Wahab yang merupakan suku kaum Bani Zuhrah dan berasal dari kota Makkah.[1] Beliau mempunyai tubuh yang agak rendah tetapi tegap. Rambutnya hitam dan lebat. Beliau memeluk agama Islam ketika berumur 17 tahun.

Sa`d terkenal kerana peranannya dalam penaklukan Empayar Parsi pada 636 dan pemergiannya ke China pada 616 dan 651.

Kehidupannya[sunting | sunting sumber]

Pekerjaan beliau semasa di kota Makkah adalah pembuat busur dan anak panah. Kerana itu, dia juga cekap dalam kemahiran memanah.

Sa'ad juga pernah dipukul dengan teruk oleh para pemuda Makkah lantaran pengisytiharannya memasuki Islam. Malahan ibunya juga mengugut untuk tidak mahu makan jikalau beliau tidak mahu menjadi kafir semula, namun Sa'ad tetap teguh dengan aqidahnya dengan menjawab "Walaupun ibu mempunyai seribu nyawa dan nyawa ibu itu ditarik satu persatu yakni , aku tetap dengan agamaku ini".

Jasa dan sumbangannya[sunting | sunting sumber]

Semasa umat Islam masih ditindas di Makkah pada awal penyebaran Islam, Sa'ad pernah membelasah dan mencederakan seorang musyrikin, menjadi orang pertama menumpahkan darah dalam sejarah Islam.[2]

Sa'ad merupakan sahabat yang berjasa besar dalam mengetuai tentera Islam untuk melumpuhkan seluruh kekuatan angkatan perang Parsi. Kerana kejayaannya menewaskan tentera Parsi dalam peperangan yang dikenali sebagai Perang al-Qadisiyyah, Sa'ad digelar Pahlawan Qadisiyyah.

Ketika pemerintahan Khulafa al-Rasyidin ketiga, Uthman bin Affan, Sa'ad dilantik untuk mengetuai rombongan umat Islam ke tanah besar China untuk menyebarkan agama Islam di sana sekaligus menyebabkan Sa'ad dikenali sebagai perintis kepada pemulaan tamadun Islam di China.

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Sa'ad Ibn Abi Waqqas (radhi allahu anhu)". Diarkibkan daripada yang asal pada 2005-09-10. Dicapai pada 2014-04-30.
  2. ^ Safi-ur-Rahman al-Mubarkpuri (1995). "Open Preaching". Ar-Raheeq Al-Makhtum (kulit keras) |format= requires |url= (bantuan) (dalam bahasa Inggeris). Riyadh: Maktaba Dar-us-Salam. m/s. 98.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Nafziger, George F. (2003), Islam at war, Greenwood Publishing Group, m/s. 278, ISBN 0275981010, dicapai pada 2010-07-25 Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]