Saadiah
| Satya Baharom | |
|---|---|
Saadiah |
|
| Lahir | Satya Baharom 10 Ogos 1937 |
| Pasangan | Ahmad Daud |
| Anak | Fauziah Ahmad Daud |
Satya Baharom atau lebih dikenali sebagai Saadiah merupakan salah seorang bintang dan pengarah filem yang terkenal 1950-an dan 1960-an. Saadiah dilahirkan di Tanjung Katong, Singapura pada 10 Ogos 1937.
Beliau merupakan seorang primadona filem Melayu yang sering bergandingan dengan P. Ramlee. Saadiah melibatkan diri dalam dunia perfileman setelah selalu berulang alik ke Studio Jalan Ampas untuk menemani kakaknya, Mariam Baharom (Mariam Tahi Lalat). Namun satu hari, beliau ditawarkan peluang berlakon oleh pengarah B S Rajhans untuk membintangi watak kecil dalam filem Rachun Dunia lakonan Osman Gumanti, Kasma Booty dan P Ramlee. Saadiah lebih gemar membawakan watak wanita yang menanggung derita dan menolak watak sebagai wanita curang. Antara filem yang pernah dilakonkan bersama-sama P. Ramlee ialah Juwita, Anjoran Nasib, Sedarah, Penarek Becha, Hang Tuah, Semerah Padi, Sarjan Hassan, Musang Berjanggut dan Antara Dua Darjat.
Filem terakhir lakonan beliau adalah Matinya Seorang Patriot arahan Datuk Rahim Razali pada 1984 bersama Eman Manan, Noor Kumalasari, Yusof Wahab dan Zulkifli Zain. Selepas itu, kesihatan beliau tidak begitu mengizinkan untuk terus berlakon, justeru beliau lebih banyak menguruskan keluarganya.
Beliau telah berkahwin dengan Datuk Ahmad Daud dan juga ibu kepada Fauziah Ahmad Daud. Beliau menghembuskan nafas terakhir pada 26 Februari 2005 kerana menghidap penyakit kencing manis.
Isi kandungan |
Filem [sunting]
- Rachun Dunia
- Juwita
- Anjoran Nasib
- Sedarah
- Penarek Becha
- Hang Tuah
- Semerah Padi
- Sarjan Hassan
- Musang Berjanggut
- Antara Dua Darjat
- Dandan Setia
- Nora Zain - Ejen Wanita 001
- Melanchong Ke Tokyo
- Indera Bangsawan
- Anak Buloh Betong
- Dupa Chendana
- Sial Wanita
- Ibulah Shorga
- Ceritaku Ceritamu
- Permintaan Terakhir
- Matinya Seorang Patriot
- Yatim Piatu
Filem arahan [sunting]
- filem Ceritaku Ceritamu (1979)
Anugerah dan Pencapaian [sunting]
- Pelakon Wanita Terbaik - Pilihan Majalah Filem 1956 - "Penarek Becha"
- Pelakon Wanita Terbaik - Pilihan Majalah Filem 1957 - "Hang Tuah"
- Pelakon Wanita Terbaik - Pilihan Majalah Filem 1961 - "Antara Dua Darjat"
- (pencalonan) Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (FFM) - "Matinya Seorang Patriot" Festival Filem Malaysia ke-5 1984
- Anugerah Seniwati Veteran di Festival Filem Malaysia ke-12 pada tahun 1995.
Fakta Menarik [sunting]
- Seniwati Melayu Pertama membawa watak ejen perisik dalam Nora Zain - Ejen Wanita 001 yang menjalani penggambaran di Hong Kong pada 1966. Sebelum itu beliau berpeluang menjalani penggambaran di Jepun dalam filem Melancong Ke Tokyo (1965).
- Muncul sebagai Pengarah Filem Wanita Melayu Pertama melalui filem Ceritaku Ceritamu (1979).