Saari Sungib

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Tuan Haji Saari bin Sungib merupakan bekas ADUN Selangor, kawasan N18 Hulu Kelang (kawasan negeri).[1] Beliau merupakan ketua AMANAH bahagian Gombak (kawasan persekutuan) dan Timbalan Pengerusi AMANAH Selangor. Beliau adalah salah satu ahli Parti Islam Se-Malaysia (PAS) yang meninggalkan parti itu pada tahun 2015 dan menubuhkan Parti Amanah Negara. Beliau berjaya menyandang kerusi ini sejak PRU-12 yang lalu pada tahun 2008 sehingga kini.

Tuan Haji

Saari bin Sungib
Ahli Dewan Negeri Selangor
untuk Hulu Kelang
Dalam jawatan
2008–2023
Didahului oleh Ahmad Bujang
Digantikan oleh Azmin Ali
Majoriti2,134 (2008)
2,881 (2013)
15,349 (2018)
Ketua AMANAH Gombak
Dalam jawatan
2015–2022
PresidenMohamad Sabu
Timbalan Pengerusi AMANAH Selangor
Dalam jawatan
2015–2019
PresidenMohamad Sabu
PengerusiIzham Hashim
Digantikan olehAzli Yusof
Butiran peribadi
Lahir1957 (umur 66–67)
Dengkil, Sepang, Selangor
Parti politik Parti Islam Se-Malaysia (-2015)
(2015-kini)
PasanganAliza Jaafar
Anak-anak7 termasuk Anfaal Saari
HubunganBerkahwin
KediamanHulu Kelang
Alma materUniversity of Aston (BSc)
University of Hull (MBA)
Universiti Kebangsaan Malaysia (Diploma Lepasan Ijazah)
PekerjaanAhli Dewan Undangan Negeri
ProfesionAhli Perniagaan

Semasa beliau berada dalam PAS pada 2011,beliau dilantik semula sebagai Ketua Penerangan Pas Selangor oleh Pesuruhjaya Pas negeri yang baru, Dr. Abdul Rani Osman. Sebelum ini beliau dilucutkan daripada jawatan itu pada 2009 selepas dipercayai tidak sehaluan dengan Pesuruhjaya Pas negeri ketika itu, Datuk Dr. Hassan Ali.[2]

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Saari Sungib dilahirkan di Dengkil, Selangor pada tahun 1957. Keluarganya telah berhijrah ke Kampung Baru, Kuala Lumpur pada tahun 1958. Beliau memulakan pendidikan awal di Sek. Keb. Jalan Raja Muda, Kuala Lumpur (1964-1969).

Beliau adalah antara pelajar terbaik Selangor ketika itu dan telah dipilih melanjutkan pelajaran ke sekolah berasrama penuh, Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR), Ipoh (1970-1976). Seterusnya beliau dipilih untuk melanjutkan pelajaran ke United Kingdom. Beliau memperoleh Ijazah Sarjana Muda Mekanikal dan Bahan dengan kepujian dari University of Aston in Birmingham (1982) dan Sarjana Pengurusan Perniagaan (MBA with distinction) dari Unversity of Hull (1993). Beliau juga mempunyai Diploma (Lepasan Ijazah) Pengajian Islam dari Universiti Kebangsaan Malaysia (1984).

Saari Sungib berumah tangga dengan Puan Aliza Jaafar. Mereka dikurniakan 7 orang anak, mempunyai lima orang menantu dan sehingga kini mempunyai 14 orang cucu. Keluarga beliau telah menetap di AU 2C, Keramat sejak tahun 1979. Sekembalinya dari menuntut di United Kingdom, beliau telah memberikan khidmat dan kebajikan kepada masyarakat sekitar Hulu Klang.


  • Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR),Ipoh,Perak


  • Ijazah Sarjana Muda Mekanikal dan Bahan(Kepujian),University of Aston in Birmingham,United Kingdom


  • Ijazah Sarjana Pengurusan Perniagaan,University of Hull


Profesional[sunting | sunting sumber]

Beliau adalah seorang juruperunding pengurusan dalam pembangunan organisasi, perancangan strategik dan sistem pengurusan kualiti ISO 9000. Menubuhkan antara syarikat perunding pengurusan bumiputera yang terawal pada tahun 1988 dan telah memberi khidmat perundingan kepada pelbagai organisasi awam dan swasta di Negara Brunei Darussalam, Singapura dan Indonesia. Antara organisasi di negara ini yang telah mendapat khidmat perundingan beliau termasuklah Petronas Carigali, Kemaman Supply Base, Toshiba, NEC, JVC, PERNEC, Proton, Perodua, TNB, Telekom Malaysia, PNB, BIMB, DBP, LKIM, JKR, JBA, JPS, KWSP dan LUTH.

Tokoh masyarakat[sunting | sunting sumber]

Beliau merintis sistem dan institusi pendidikan Islam bersepadu dengan menubuhkan Sekolah Rendah Islam Al-Amin (1986)dan Sekolah Menengah Islam Al-Amin (1990).

Beliau menaja penubuhan pertubuhan Jamaah Islah Malaysia pada 1989 dan menjadi Presiden JIM (1990-1999). JIM adalah sebuah gerakan dakwah, sosial dan kebajikan. Beliau juga telah membangunkan rangkaian tadika-tadika Islam dan kelab-kelab remaja.

Dalam bidang kebajikan, beliau bergiat cergas dalam membangunkan program-program khidmat kaunseling, khidmat kesihatan, motivasi keluarga bahagia dan pembangunan warga kilang.

Tokoh agama[sunting | sunting sumber]

Walaupun berkelulusan sebagai seorang jurutera, beliau berusaha meningkatkan pengetahuannya dalam ilmu-ilmu agama. Berbekalkan Diploma (Lepasan Ijazah) Pengajian Islam dari Universiti Kebangsaan Malaysia, beliau terlibat aktif memberikan ceramah motivasi dan agama, kuliah-kuliah di beberapa surau dan masjid di sekitar Hulu Kelang.

Penulisan[sunting | sunting sumber]

Sejak 1986 hingga kini, beliau telah menulis lebih 30 buah buku yang berkisar persoalan dakwah, reformasi masyarakat dan hak asasi manusia. Beliau juga menulis di akhbar-akhbar alternatif dan di internet mengenai isu-isu semasa dan pandangan-pandangan bagi memperbaiki kepincangan masyarakat.

  1. Sengsara Kem Kemunting : kisah hidup dalam penjara ISA ; Petaling Jaya : Strategic Information and Research Development Centre, 2011
  2. Herba Selangor Warisan Rahsia Bonda

Pengiktirafan antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2001, Amnesty International telah memberi anugerah khas di atas sumbangan beliau dalam mempertahankan hak asasi manusia. Seterusnya pada tahun 2007, beliau telah diberikan penghormatan untuk melancarkan Amnesty Report bagi peringkat Malaysia.

Beliau telah diundang oleh beberapa pertubuhan di London, Dublin, Belfast, Jakarta, Tehran dan Cape Town, Afrika Selatan untuk menyampaikan ucapan di samping ditemubual oleh stesen-stesen radio dan TV dari Republik Korea, Australia, Singapura, Itali, Jepun dan Amerika Syarikat.

Diperintah bayar saman[sunting | sunting sumber]

Pada 30 Mei 2013, Saari Sungip diperintah membayar ganti rugi berjumlah RM300,000 kepada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Pemegang Amanah Lembaga Zakat Selangor (LZS) setelah kalah kes saman fitnah di Mahkamah Tinggi Shah Alam.Saman itu berdasarkan rencan tulisannya 'Siasat Pindah Wang LZS' dalam akhbar Sinar Harian pada 17 Mac 2009. MAIS diwakili oleh peguam dari Tetuan The Chambers of Kamarul Hisham & Hasnal Rezua berjaya membuktikan kewujudan elemen fitnah . Hakim Datuk Suraya Othman telah mengarahkan Saari membayar ganti rugi am RM200,000 dan ganti rugi keterlaluan RM100,000 kepada plaintif. Saari Sungip juga perlu membayar kos sebanyak RM30,000 dan faedah 8 % dari RM300,000 dari tarikh keputusan sehingga penyelesaian penuh.Rencana Saari itu mendakwa berlaku pemindahan wang zakat yang tidak diagihkan oleh LZS bernilai jutaan ringgit ke satu akaun lain pada 11 Disember 2008. [3][4]

Krisis MB Selangor 2014[sunting | sunting sumber]

Saari Sungip dan Hasnol Badaruddin (PAS Adun Morib) telah menandatangan surat akuan bersumpah (SD) menyokong perlantikan Datin Sri Wan Azizah Wan Ismail menjadi Menteri Besar Selangor menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Jumlah 30 Adun Selangor hasil SD daripada 15 PKR 15 DAP dan 2 PAS usdah memadai untuk mendapat majoriti DUN Selangor. Majlis Syura Ulama dan Dewan Ulama PAS, dua buah badan tertinggi dalam PAS telah membuat ketetapan untuk menolak Wan Azizah . Sultan Selangor yang balik cari percutian, mahu PR menghantar lebih dari satu nama kepada baginda.[5]Ramai pimpinan PAS mahu Saari dan Hasnul diambil tindakan tegas di bawah Fasal 82 Perlembagaan PAS.[6][7]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]