Saat cahaya

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Saat cahaya ialah unit jarak. Ia durujuk sebagai jarak yang direntasi cahaya dalam vakum dalam satu saat atau 299,792,458 meter. Perhatikan bahawa ini merupakan nilai yang sebenar, kerana meter sebenarnya (sejak 1983) ditakrifkan dalam saat cahaya[1].

Minit cahaya bersamaan dengan 60 saat cahaya manakala jam cahaya ialah 60 minit cahaya, atau 3600 saat cahaya. Tahun cahaya pula ialah 31,557,600 saat cahaya.

Jarak dalam saat cahaya:

  • Diameter purata Bumi ialah 0.0425 saat cahaya.
  • Jarak purata, di atas darat, di antara bahagian bertentangan planet Bumi ialah kira-kira 0.0668 saat cahaya (yang juga bermakna bahawa komunikasi di antara bahagian bertentangan planet, tidak boleh bergerak lebih cepat daripada 67 milisaat).
  • Satelit komunikasi biasanya terletak antara 0.001334s (orbit rendah bumi) ke 0.1194s (orbit geosegerak)
  • Jarak purata Bumi ke Bulan ialah 1.282 saat cahaya.
  • Diameter Matahari ialah 4.643 saat cahaya.
  • Jarak dari Bumi ke Matahari (iaitu 1 unit astronomi) ialah 499.0 saat cahaya, atau 8.317 minit cahaya.

Awalan SI boleh juga ditambahkan kepada unit ini. Sebagai contoh, 1 nanosaat cahaya ~ 30 cm.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ [1] Diarkibkan 2008-12-20 di Wayback Machine National Research Council of Canada: Optical frequency - maintaining the SI metre

Lihat juga[sunting | sunting sumber]