Sabah Electricity Sdn Bhd
Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) adalah sebuah syarikat yang menjana, menghantar, dan membekalkan elektrik kepada lebih kurang 361,400 pelanggan di Sabah. SESB mempunyai 2000 pekerja. SESB dimiliki oleh Kerajaan Negeri Sabah dan Tenaga Nasional Berhad.
Isi kandungan |
[sunting] Keupayaan penjanaan
SESB mempunyai 54 stesen janaelektrik dengan jumlah keupayaan penjanaan sebanyak 785 MW, di mana 317 MW adalah milik syarikat jana bebas (IPP).
Grid elektrik negeri Sabah menghubungkan bandar utama melalui jaringan talian penghantar 275 kV dan 132 kV dan terbahagi kepada dua jaringan:
- Jaringan Pantai Barat membekalkan elektrik ke Kota Kinabalu, Labuan, Keningau, Beaufort, Papar, Kota Belud, Kota Marudu dan Kudat. Keupayaan yang dipasang adalah 488 MW, sementara keperluan adalah 376 MW.
- Jaringan Pantai Timur adalah 132 KV dan menghubungkan bandar utama Sandakan dan Tawau. Keupayaan yang dipasang adalah 333 MW, sementara keperluan adalah 196 MW.
Kedua bahagian jaringan telah disambung dan mula beroperasi pada pertengahan tahun 2007.
Jenis loji boleh dibahagikan kepada dua jenis, loji hidro dan loji thermal.
[sunting] Loji hidro
Terdapat hanya satu loji hidro di Sabah dengan empangan berkeupayaan 66 MW dalam operasi:
Skim hidroelektrik Tenom, dengan keupayaan 66 MW:
- Empangan Tenom Pangi– 3 x 22 MW = 66 MW
[sunting] Loji thermal
Terdapat logj thermal dan gas milik SESB dengan keupayaan jana sebanyak 719 MW dalam operasi. Diantara adalah:
- Labuan
- Kota Kinabalu
- Melawa
- Kota Belud
- Kudat
- Kota Marudu, di Marudu
- Sandakan
- Lahad Datu
- Semporna
Terdapat juga 5 loji yang dikendalikan oleh syarikat pengeluar kuasa bebas (IPP) yang kemudiannya menjual tenaga elektrik yang dijana kepada SESB. Keupayaan adalah 317 MW dengan pecahan penjanaan seperti berikut:
- ARL – 50 MW
- Powertron – 190 MW
- Serudong Power – 37 MW
- SPC Sdn Bhd – 34 MW
- Stratavest – 60 MW
[sunting] Lihat juga
[sunting] Rujukan
- Dokumen ODA Bank pdf