Sabree Fadzil
| Sabree Fadzil | |
|---|---|
Sabree Fadzil dalam filem Wira Angkasa |
|
| Lahir | Mohd Taib @ Sabri Bin Fadzim 19 Mei 1961 Kuala Lumpur, Malaysia |
| Pekerjaan | Pelakon, pengarah filem |
| Tahun aktif | 1985—1993, 2008-kini |
| Pasangan | Aznah Hamid, 1988-1991 |
Mohd Taib @ Sabri Bin Fadzim (lebih dikenali sebagai Sabree Fadzil) ialah seorang pengarah, penerbit, dan pelakon terkenal di Malaysia.
Beliau yang mula dikenali sebagai model sekitar awal 1980an kemudian diperkenalkan ke layar perak menerusi filem pertama berjudul Sayang pada 1987. Sejak itu kelibat aktor kacak ini sering menjadi perhatian di layar perak menerusi filem-filem box-office seperti Antara Dua Hati, Pelumba Malam, Bayangan Maut dan Sengketa Cinta.
Sabree pernah mendirikan rumahtangga bersama aktres Aznah Hamid namun kemudian bercerai.
Pada tahun 2008 Sabree muncul kembali dan mengarahkan sebuah filem berjudul Datin Ghairah. Filem ini dijangka tayangan pada tahun 2011. Sabree juga sempat muncul dalam filem arahan Hairie Othman berjudul 2 Alam memegang salah satu watak utama.
Isi kandungan |
Filem [sunting]
Lakonan [sunting]
- Sayang (1987)
- Wira Angkasa (1987)
- Antara Dua Hati (1989)
- Pelumba Malam (1989)
- Penikahan berdarah (1990 )
- Pendekar lembah kuning (1990 )
- Bayangan Maut (1990)
- Sumpah pocong (1991 )
- O.C.J (Operasi Cegah Jenayah) (1991)
- Balada (1993)
- Sengketa Cinta (1993)
- 2 Alam (2010)
Arahan [sunting]
- Sengketa Cinta (1993)
- Datin Ghairah (2010)
Pencapaian [sunting]
- Pelakon Filem Lelaki Popular (ABPBH) Anugerah Bintang Popular 1988
- Bintang Harapan Festival Filem Malaysia ke-7- filem Sayang
- Pelakon Lelaki Terbaik Festival Filem Malaysia ke-8 - filem Pelumba Malam (Pencalonan)
- Pengarah Harapan Festival Filem Malaysia ke-11 - filem Sengketa Cinta (Pencalonan)