Sacha Baron Cohen
| Sacha Baron Cohen | |
|---|---|
| Lahir | 13 Oktober 1971 (41 tahun) Hammersmith, London |
Sacha Noam Baron Cohen (lahir 13 Oktober 1971 (41 tahun)) ialah seorang pelakon Inggeris.
Kehidupan awal [sunting]
Baron Cohen, kedua dari tiga beradik, dilahirkan di Hammersmith, London Barat. Ibunya, Daniella (née Weiser), dilahirkan di Israel, dan bapanya, Gerald, berasal dari Pontypridd, Wales.[1][2] Dia memiliki dua saudara lelaki: Erran Baron Cohen dan Amnon.[3] Keluarganya adalah Yahudi British.[4] Nenek ibu Baron Cohen, yang menetap di Haifa, Israel, dilatih sebagai penari balet di Jerman.[2][5][6][7] Erran merupakan penggubah dan menghasilkan beberapa gubahan dalam filemnya. Penyelidik antarabangsa yang terkenal, Simon Baron-Cohen adalah sepupunya.[8] Baron Cohen menghadiri Sekolah Lelaki Haberdashers' Aske's, sekolah persendirian di Elstree, Hertfordshire, utara London.[9] Dia kemudian memasuki Universiti Cambridge, memasuki Kolej Christ, Cambridge, di mana dia mengaji sejarah ("belajar").[10] Ketika penggajian di Kelab Dramatik Amatur Universiti Cambridge, Baron Cohen berlakon dalam pementasan Fiddler on the Roof dan Cyrano de Bergerac, dan berlakon dalam Habonim Dror pementasan Yahudi.[11]
Pautan luar [sunting]
Ralat petik: Tag <ref> ada tetapi tag <references/> tidak disertakan