Saharul Ridzwan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Saharul Ridzwan
Kelahiran
Muhammad Saharul Ridzwan bin Hashim

(1989-01-26) 26 Januari 1989 (umur 35)
PendidikanDiploma Teknologi Penyelenggaraan Pesawat[1]
PekerjaanPelakon, penyanyi, model, ahli perniagaan
Tahun aktif2011–kini
Ketinggian5 ft 10 in (1.78 m)
PasanganQaabila Deena Emir Mohamed Akif Emir (k. 2016)
Anak-anak2

Muhammad Saharul Ridzwan Hashim (sebelum ini dikreditkan sebagai Syarul Ridzwan; lahir 26 Januari 1989)[2] merupakan seorang pelakon, penyanyi dan model Malaysia.[3] Beliau merupakan finalis Hero Remaja 2011/2012 dan telah membintangi beberapa siri televisyen termasuk Romi Cinta Julia (2014), Hati Perempuan (2015), Kau Aku Kita (2015), Seindah Takdir Cinta (2016), Arluna (2017), Jangan Benci Cintaku (2018), 30 Pesanan Suara (2019) dan Korban Kasih (2020).[4] Pada tahun 2017, Saharul memulakan kerjaya muziknya dengan merakamkan single pertamanya "Buku Putih".[5]

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Beliau dilahirkan pada 26 Januari 1989 di Kuantan, Pahang dan dibesarkan di Chabang Empat Tumpat, Kelantan. Merupakan anak ketiga dari empat beradik, beliau berkelulusan dalam bidang kejuruteraan penyelenggaraan pesawat di sebuah kolej penerbangan di Negeri Sembilan.[4]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Ketika masih dikenali sebagai Syarul Ridzuan, Saharul membuat penampilan pertama dalam pertandingan Hero Remaja 2011/2012. Beliau memperoleh tempat ketiga dalam pertandingan tersebut di belakang pelakon Fattah Amin (juara) dan Syafiq Kyle (naib juara).[6] Kemudian beliau menceburi bidang lakonan dengan memegang watak pembantu dalam beberapa buah telefilem dan drama. Lakonan beliau sebagai Faizal dalam drama Love You Mr Arrogant (2013) berjaya mendapat perhatian orang ramai. Susulan daripada kejayaan Saharul memegang watak psiko dalam drama tersebut, beliau diberi peluang memegang watak utama dalam drama Romi Cinta Julia (2014).

Saharul turut dicalonkan sebagai Artis Baharu Lelaki Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2014. Beliau juga memenangi Artis Aksi Selfie Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2015.

Populariti Saharul semakin meningkat apabila beliau memegang watak Tengku Zaril dalam drama Hati Perempuan yang ditayangkan di slot Akasia TV3. Hati Perempuan merupakan sebuah drama adaptasi daripada novel dengan judul sama karya Nur Ain Al-Abbas. Gandingan mantap antara Saharul dengan pelakon wanita baharu, Mia Ahmad berjaya menarik perhatian ramai pihak. Keserasian dan keberkesanan watak yang dilakonkan antara dua pelakon ini membuatkan drama Hati Perempuan "trending" di Twitter hampir setiap hari.[7][8]

Beliau juga digandingkan bersama pelakon remaja bersinar, Janna Nick dalam drama Kau Aku Kita.[9] Saharul muncul dengan drama adaptasi novel iaitu Seindah Takdir Cinta gandingan pelakon Amyra Rosli yang ditayangkan pada Ramadhan 2016 dan telemovie Kau Aku Kita Raya bersama Janna Nick, Hafidz Roshdi dan Issey Fazlisham pada Aidilfitri 2016. Beliau kali pertama muncul dalam filem arahan Michael Ang iaitu #AssalamualaikumCinta bergandingan Kamal Adli dan Hantu Rumah Sakit Jiwa yang mana beliau menjayakan watak sebagai hantu bersama dengan Abam Bocey dan Fizz Fairuz.[10]

Beliau muncul dengan single terbaru yang dikarang sendiri oleh penyanyi dan komposer terkenal, Ajai bertajuk "Buku Putih".[11][12] Beliau dilaporkan mahu mengikut jejak langkah Zizan Razak yang menyumbangkan rap dalam lagu.[13][14] Lagu tersebut memasuki pencalonan dalam Muzik Muzik 32 pada 2018. Pada tahun 2019 beliau muncul dalam drama 30 Pesanan Suara dan memegang watak sebagai Iman yang merupakan kawan baik kepada Izman.

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Beliau berkahwin dengan Qaabila Deena Emir Mohamed Akif Emir pada 2016 dan dikurniakan anak lelaki pertama bernama Muhammad Luth Ali yang dilahirkan pada 6 Jun 2017.[15][16]

Saharul dan isterinya, Deena dikurniakan cahayamata kedua, iaitu anak perempuan yang dilahirkan pada 13 Jun 2020.[17][18]

Saharul mendedahkan pada Jun 2020 bahawa beliau telah menerima penjelasan daripada Tenaga Nasional Berhad (TNB) berhubung kenaikan bil elektrik. Dalam temuramah bersama Harian Metro, beliau berkata: "Selepas berita mengenai bil elektrik yang melambung ini tular, saya dapat maklum balas daripada pihak TNB dan mereka nak berjumpa dengan saya untuk menjelaskan mengenainya. Operator dari TNB juga ada menghubungi saya dan menjelaskan mengenai kiraan bil itu. Saya tak marah kepada operator itu sebab saya tahu, dia pun cuma melakukan kerjanya,".[19] Beliau sebelum ini meluahkan rasa terkejut apabila bil elektrik di kediaman ibu bapanya di Bandar Baru Bangi mencecah sehingga RM1,144.75.[20]

Beliau mendedahkan dalam satu temuramah dengan Astro Gempak pada 3 Julai 2020 bahawa beliau telah mengalami masalah kewangan yang berpunca daripada kesilapan dirinya yang tidak menyimpan sumber pendapatan yang diperolehi sambil menyifatkan 2017 sebagai tahun kejatuhan beliau. Dalam temuramah itu, beliau berkata: "Pada tahun 2017, selepas Deena melahirkan Ali saya ada masalah kewangan... saya bawa RM30 sehari, benda itu betul. Pada tahun itu, saya anggap itu tahun kejatuhan saya. Silap saya juga. Waktu banyak sumber pendapatan datang, kita tak beringat".[21]

Pengunduran kerjaya[sunting | sunting sumber]

Pada awal 2021 Saharul mengambil keputusan untuk tidak berlakon selepas mengubah haluan dirinya dengan menyertai aktiviti keagamaan dan membuka perniagaan bersama isterinya. Bagaimanapun beliau sempat habiskan beberapa drama seperti Korban Kasih, Mr. Bibik dan filem sulung Coast Guard Malaysia: Ops Helang , beberapa tahun kemudian (2023-2024) beliau menjual kereta Mercedes Benz dan sebuah rumah di Cyberjaya bagi meneruskan kehidupan dan modal perniagaan.

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Catatan
2022 Renjana Johan Filem pertama beliau
2023 Coast Guard Malaysia: Ops Helang Leftenan (Maritim) Hafiz Othman

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2011 Tanah Kubur (Musim 2) Adip Astro Oasis Episod: ''Derma Duit Surau''
2012 3 Janji Arif TV3 Drama pertama beliau
2013 Tanah Kubur (Musim 6) Adib Astro Oasis Episod: "Sumbang Mahram"
Hujan Azaril TV3
Kisah Cinta Azmi (muda)
Maskara Hamdan [22] TV1
Love You Mr. Arrogant Faizal TV3
2014 Tanah Kubur (Musim 9) Farid Astro Oasis Episod: "Qasaf"
Romi Cinta Julia Romi Suffian TV3
Kifarah: Duit Ustaz Ikbal
Kifarah 2: Kenan Fuad
Mat Cepat Sam TV2
Fajar Aiman Aiman TV3
Berlima Ramadan Ilham TV1
2015 Tanah Kubur (Musim 13) Jamal Astro Oasis Episod: "Keji dan Zalimnya Zina"
Puteri Bukan Nama Sebenar Mirza TV3
Hati Perempuan Tengku Zaril
Street Vendetta Fakruzi/Kojie TV2
Kau Aku Kita Iman Firdaus TV3
Sayap Jibril Sham Astro Oasis Episod: "Keluarga Sakinah, Dijentik Jahiliah"
2016 Kifarah Mistik: Nifaq Jie TV3
Seindah Takdir Cinta Shariman
#AssalamualaikumCinta Rykal Safuan Astro Ria
Rumi & Jawi Afiq Astro Prima
2017 Arluna Johan Arif
Megat Extend Megat Astro Warna
Setia Menunggumu Akhdiat/Adi HyppTV
Kerana Satu Janji Ilham Hazri TV3
Tauke Jamu Dazril
2018 Tok Adi Hakim Astro Oasis
Zahir Tak Terucap Hisyam TV3
Jangan Benci Cintaku Shahrizal Hayrat
Mawar Murni Harris
Selafaz Cinta Reza Ammar Astro Prima
2019 30 Pesanan Suara Iman TV3
Dia Pengantinku Syed Ashraf TV1
2020 Camelia Malik TV3
Korban Kasih Jalil TV1
Cinta Sekali Lagi Fahad TV3
2020–2021 Tercipta Satu Ikatan Zainudin Astro Ria
2021 Sabarlah Duhai Hati Affan TV3
Mr. Bibik Firash Iman

Telefilem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2012 Kabin Di Tepi Tasik Radzi Astro Ria
2013 Cinta Laila Majnun Kamal Astro Oasis
Syair Untuk Bonda Along
Love You Mr Arrogant Raya Faizal TV3
Cinta Mat Semperit Mahad
Opss Terlebih Pulak Adri TV9
2014 Klon Ustaz Amar
Titisan Keinsafan Shukri TV3
Kata Samseng Suffian TV2
Kimchi Raya Kang Gary TV9
2015 Airis Azad TVi
Papa Yibbie Ilham TV9
Sirna Johan TV2
Harus Berpisah Hakim Astro Prima
Jodoh Ke Uolls? Tengku Zaril TV3
2016 Mak Cun Pi New York Aryan
Kau Aku Kita Raya Iman Firdaus/Im Aus
Kapcai Ayah Aliff TV9
Liga Masjid Remy Astro Ria
2017 Jalan Balik Surau Salim TV3
Trauma Budin
Hanya Tuhan Yang Tahu Iskandar
Terhentinya Doa Wafie
Teman Pengganti Haiman
Di Balik Lindungan Kasih Amir/Wan TV1
2018 Hantu Rumah Sakit Jiwa Syafiq Astro First Eksklusif
Bahulu Untuk Opah Dr Hasif TV3
2019 Sahur Terakhir Zamani TV Okey
Remuk Zakuan TV3
2021 Mufariq TV1

Teater[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak
2015 Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck Muluk
Bawang Merah Bawang Putih Putera Raja

Web drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Rangkaian
2013 Sweetheart Fantasia Jimmy Daeng Tonton
2017 Cha & Chor Chor SME Corp Web

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2014 Aksi Pengacara TVi
Jangan Gelak Raya Tetamu undangan TV9 bersama Aepul Drama Band, Black, Aidil Aziz, Keroz Nazri dan Anas Ridzuan
2015 Melodi Tetamu undangan TV3
2015/16 Ketuk -Ketuk Ramadhan Artis jemputan TV1
2016 Yeke? Dirinya sendiri TV3 bersama Neelofa, Kamal Adli, Izreen Azminda, Nabila Huda & Nazim Othman
MeleTOP Tetamu undangan Astro Ria bersama Kamal Adli dan Ayda Jebat mempromosikan drama #Assalamuaikum Cinta
bersama Hairul Azreen, Ayda Jebat dan Ajak Shiro dalam mempromosikan rancangan Running Man Challenge 100 Plus
2017 Running Man Challenge Hydrated by 100PLUS Dirinya sendiri Team Lemon Lime
CCTV Tetamu undangan promosi drama Megat Extend bersama Ezzaty Abdullah, Luqman Hafidz, Haris Zainuddin, Nonny Nadirah dan Natasha Elyzza
2018 Drop The Beat Tetamu undangan NTV7 Episod 1: Bersama Hafidz Roshdi, Elly Mazlein dan Balqis mentor. episod second chance(ep 7), ganti Naim Daniel & episod separuh akhir 1, ganti Nadia Aqilah yang tarik diri kerana masalah kesihatan.
MeleTOP Tetamu undangan Astro Ria Bersama Nasir Bilal Khan, Izzue Islam dan Fouziah Gous dalam mempromosikan drama terbaru Astro Oasis iaitu Tok Adi.
Solo Yolo Ep 9 Pengacara jemputan
Pop TV NTV7 bersama Luqman Hafiz dan Niena Baharun untuk promosi drama Jangan Benci Cintaku minggu akhir
Pop Express bersama Ajai untuk promosi lagu terbaru
Wanita Hari Ini Tetamu jemputan TV3 bersama Zahirah Macwilson dan Niena Baharun untuk promosi drama Jangan Benci Cintaku minggu akhir
Malaysia Hari Ini Tetamu jemputan bersama Zahirah Macwilson dan Niena Baharun untuk promosi drama Jangan Benci Cintaku minggu akhir
Melodi Tetamu jemputan bersama Zahirah Macwilson dan Niena Baharun untuk promosi drama Jangan Benci Cintaku minggu akhir
I Can See Your Voice Malaysia Penyiasat jemputan NTV7 episod 4 bersama Zarul Husin dan Hafiz Hatim dimana artis jemputan adalah Wany Hasrita.

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Single
Tahun Tajuk
2017
"Buku Putih"

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Pencalonan Keputusan
2014
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-27
Artis Baru Lelaki Popular Tercalon
2016
Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2016[23]
Aktor Pilihan Kau Aku Kita Menang
Pasangan Pilihan (bersama Janna Nick) Menang
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-29
Artis Aksi Selfie Popular Menang
Anugerah Pilihan Online 2016
Aktor Terbaik Pilihan Online Menang
Anugerah Pilihan Online 2016
Lelaki Tampan Pilihan DNARS Menang
Anugerah Melodi
Personaliti Drama Melodi Tercalon
Anugerah Stail EH!
Selebriti Harapan Pilihan Tercalon
Anugerah Telenovela 2015
Pelakon Lelaki Popular Hati Perempuan Menang
2017
Anugerah Stail EH!
Selebriti Lelaki Bentuk Badan Segak Tercalon
2018 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-31 Pelakon TV Lelaki Popular Tercalon
2023 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35 Aktor Filem Popular Tercalon

Penajaan[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Saharul mahu selenggara pesawat Berita Harian (22 Mac 2017). Dicapai pada 22 Mac 2017. — melalui Pressreader.
  2. ^ Feride Hikmet Atak (28 April 2015). "Syarul Ridzwan Minta Tidak Dikaitkan Dengan Mia Ahmad". mSTAR Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-08-16. Dicapai pada 28 April 2015.
  3. ^ "Syarul buka haluan untuk berjaya". Utusan Malaysia. 19 Disember 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-12-22. Dicapai pada 13 Januari 2018.
  4. ^ a b Rosli Manah (4 Disember 2011). "Jangan hina orang obes - Syarul". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-08-16. Dicapai pada 4 Disember 2011.
  5. ^ Z. Nadzri (26 Disember 2017). Saharul Ridzwan Rakam Single Buku Putih Rojak Daily. Dicapai pada 2 Julai 2018.
  6. ^ Rozaimi Zubaidi (6 April 2015). Syarul Ridzuan tidak tergugat dengan teman Hero Remaja mStar Online. Dicapai pada 15 Mei 2015.
  7. ^ Syanty Octavia Amry (3 April 2015). Hati Perempuan sangat mencabar Diarkibkan 2018-06-21 di Wayback Machine Harian Metro. Dicapai pada 19 April 2015.
  8. ^ Marina Shabudin (5 April 2015). Pelakon kayu? Hati Perempuan terima kritikan Sinar Harian. Dicapai pada 19 April 2015.
  9. ^ Georgie Joseph (19 Mac 2016). Kau Aku Kita...terbaik Diarkibkan 2020-02-26 di Wayback Machine Harian Metro. Dicapai pada 3 Februari 2017.
  10. ^ Izwan Mohd Isa (7 Disember 2017). "Saharul Ridzwan cari keseimbangan". Kosmo!. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-06-08. Dicapai pada 7 Disember 2017.
  11. ^ Emma Hassan (7 Ogos 2018). Kisah Hidup Saharul Ridzwan Dalam lagu Buku Putih Mangga Media. Dicapai pada 7 Ogos 2018.
  12. ^ Muhamad Fairoz Azizan (7 Mac 2019). Biasalah orang baharu kena kritik - Saharul Ridzwan Berita Harian. Dicapai pada 8 Jun 2019.
  13. ^ Jemang Rahman (11 Ogos 2017). Saharul Ridzwan Jadi Penyanyi Rap mStar Online. Dicapai pada 11 Ogos 2017.
  14. ^ Zaidi Mohamad (14 Ogos 2017). Saharul Ridzwan jadi rapper Berita Harian. Dicapai pada 14 Ogos 2017.
  15. ^ Kamaruddin Razal (29 Mac 2017). Saharul Ridzwan Lega Dapat Penuhi Permintaan Isteri Astro Gempak. Dicapai pada 29 Mac 2017.
  16. ^ Hanisah Selamat (7 Jun 2017). Saharul Ridzwan timang bayi lelaki Berita Harian. Dicapai pada 2 Julai 2017.
  17. ^ Zaidi Mohamad (13 Jun 2020). Saharul Ridzwan, isteri sambut puteri Berita Harian. Dicapai pada 2 Julai 2020.
  18. ^ Georgie Joseph (13 Jun 2020). Saharul Ridzwan dapat 'baby girl' Harian Metro. Dicapai pada 2 Julai 2020.
  19. ^ Syafil Syazwan Jefri (29 Jun 2020). "Saharul Ridzwan akui terima penjelasan TNB". Harian Metro. Dicapai pada 9 Julai 2020.
  20. ^ Syafil Syazwan Jefri (18 Jun 2020). "Bil elektrik melambung RM1,1444.75". Harian Metro. Dicapai pada 9 Julai 2020.
  21. ^ Zulaikha Yusof (3 Julai 2020). ""2017 tahun kejatuhan saya" - Saharul Ridzwan". Astro Gempak. Dicapai pada 7 Ogos 2020.
  22. ^ Nasha selektif, Lisa teruja Harian Metro. Dicapai pada 1 Jun 2014.
  23. ^ Saharul Ridzwan kongsi pengetahuan Kosmo! (17 Mac 2017). Dicapai pada 1 Jun 2017.
  24. ^ Menjadi tonton VIP bersama Saharul Ridzwan dan Mia Ahmad Selebriti Online | 30th August 2016.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]