Saiful Apek

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Saiful Apek
Saiful Apek pada Oktober 2008
Kelahiran
Muhammad Saiful Azam bin Mohamed Yusoff

(1969-05-12) 12 Mei 1969 (umur 54)
Nama lainApek Senario / Saiful
PekerjaanPelawak, pelakon, pengarah, penyanyi, pengacara, penyampai radio, penghibur
Tahun aktif1994–kini
Terkenal keranaSenario, Melodi, Sinaran Pasport Kegemilangan, Cicakman
PasanganRoslina Abu Hassan (k. 1994)
Anak-anak2

Muhammad Saiful Azam Mohamed Yusoff (lahir 12 Mei 1969) atau lebih dikenali sebagai Saiful Apek merupakan seorang pelawak lagenda tanah air.

Selain bidang lawak, beliau juga dikenali sebagai seorang pelakon, pengarah, penyanyi, pengacara, penghibur Malaysia. Beliau juga merupakan seorang pelakon yang paling banyak membintangi filem-filem di Malaysia dari dahulu hingga kini sehinggakan pernah memecah tradisi sebagai pelawak yang paling banyak memegang watak utama dalam setiap filem lakonannya.[1] Terdahulu, beliau merupakan bekas ahli kumpulan Senario dan telah keluar dari kumpulan tersebut beberapa tahun kemudiannya. Namun begitu, kini beliau kembali bersama kumpulan tersebut dengan anggota-anggota asal dan menjenamakan semula diri mereka sebagai Senariounion.[2][3]

Beliau pernah dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian (ABPBH) 2003 lantas mengukirkan nama beliau dalam sejarah sebagai pelawak pertama yang memenangi anugerah tersebut. Terkini, beliau telah dinobatkan sebagai penerima Anugerah Ikon Komedi 2021 di Anugerah Personaliti Industri & Usahawan Malaysia 2021.[4] Pada penghujung 2021, beliau telah dijemput memasuki program nyanyian terbitan Astro, iaitu Gegar Vaganza Musim ke-8 sebagai pasangan duo bersama Yassin Yahya/Anye dan dikenali sebagai kumpulan Sa.Ya.

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Beliau dilahirkan sebagai Muhammad Saiful Azam bin Mohamed Yusoff di Gombak, Selangor. Pada surat beranak dan kad pengenalannya, tertera tarikh 15 Ogos 1969 tetapi hakikat sebenar, tarikh lahir Saiful ialah 12 Mei 1969.[5] Kekeliruan yang wujud itu disebabkan peristiwa 13 Mei 1969 apabila beliau terpaksa diserahkan kepada satu keluarga lain atas sebab yang tidak dapat dielakkan dan kemudian baru didaftarkan.[5]

Saiful pada mulanya telah dibesarkan oleh Allahyarhamah Jahindun binti Haji Sahin dan suami kedua ibunya iaitu Allahyarham Haji Mohammad Jaafar Ali sehingga pada kematian ibunya semasa Saiful berumur 21 tahun.[6]

Di hari pengebumian ibunya, Saiful baru mengetahui bahawa dia adalah anak angkat setelah tidak dibenarkan untuk mencium dahi jenazah arwah ibu angkatnya itu.[6]

Sekitar tahun 1991, selepas berhijrah ke Singapura, beliau telah tergerak hati untuk mencari orang tua kandung yang telah lama terpisah. Setelah mendapatkan maklumat daripada pelbagai sumber, akhirnya beliau telah ditemukan dengan 6 orang adik beradik kandung bersama dengan kedua orang tua kandung beliau, iaitu Rahmah binti Uyub dan Husin bin Hashim.[6]

Pada tahun 1994, semasa berada di pusat membeli belah Subang Parade, beliau secara tidak sengaja telah bertemu dengan sahabat karib beliau yang pada ketika itu sedang menguruskan pendaftaran sebuah ujibakat televisi, Sinaran Pasport Kegemilangan telah mendaftarkan beliau sebagai peserta. Disitulah titik tolak permulaan kerjaya Saiful Apek sebagai seorang pemain industri di Malaysia.[6]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Bakat Saiful (yang ketika itu berusia 25 tahun) dicungkil menerusi pertandingan Sinaran Pasport Kegemilangan musim pertama pada 1994 anjuran TV3, sekali gus popular menerusi sitkom Senario yang disiarkan sehingga 2013. Beliau juga pernah menjadi pengacara rancangan hiburan paling popular di TV3, Melodi bersama Ogy Ahmad Daud dengan menggunakan nama Apek.[5]

Saiful memiliki syarikat produksi sendiri iaitu Gitu-Gitu Productions Sdn Bhd dan pernah dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2003 (ABPBH03).[7] Apek membuat penampilan filem pertama menerusi watak undangan khas dalam filem Puteri Impian 2 arahan Aziz M. Osman lakonan Amy Mastura. Apek dan kumpulannya, Senario muncul bersama dalam filem sulung lakonan mereka, Senario The Movie yang ditayangkan pada 1999. Dalam filem ini, Apek memegang watak bos pesta ria, Apek kemudiannya muncul dalam empat lagi filem lakonan Senario.

Beliau juga pernah muncul dalam telefilem Neon (2003) arahan Mohd Feroz Abdul Kader lakonan Allahyarham Faizal Yusup dan Erik Fuzi bersama ramai pelakon termasuk Azhar Sulaiman, Aziz M. Osman, Rashidi Ishak, Sofi Jikan, Aziz Sattar, Kuswadinata, Abby Abadi, Serina Redzuawan, Zila Bakarin, Rita Rudaini, Kartina Aziz dan ramai lagi.[8] Apek muncul bersama Faizal Hussein dan Zul Yahya dalam filem aksi komedi penyiasatan MX3 arahan Yusof Kelana yang ditayangkan pada 25 November 2003.[9]

Selain itu, filem-filem lakonannya yang terkenal adalah seperti Jutawan Fakir, KL Menjerit, Gangster, Laila Isabella, Cinta Luar Biasa, Biar Betul, Gila-Gila Pengantin Popular, Kuliah Cinta, Man Laksa, Duyung, Anak Mami Kembali, Nana Tanjung, Otai, Bujang Senang, Ladyboss, Cicakman dan banyak lagi.

Pada 1 November 2004, Apek melancarkan kelab peminatnya Apek's F.C (A.F.C) bagi mengeratkan hubungan silaturahim antara beliau dan peminat.[10][11]

Filem lakonan Saiful yang paling berjaya bagi tahun 2006 ialah Cicak-Man arahan Yusry Abdul Halim. Ini merupakan filem adiwira pertama di Malaysia. Beliau melakonkan watak utama, bersama pelakon yang terlibat termasuk Fasha Sandha, Aznil Nawawi, Yasmin Hani, Yusry KRU, Jalaluddin Hassan, AC Mizal dan Adlin Aman Ramlie. Apek memegang watak sebagai Hairi, seorang pemuda yang sengaja menelan seekor cicak yang sedang dalam proses uji kaji di makmal. Dia dan rakan karibnya, Danny, bekerja di syarikat milik Profesor Klon, di Bandar Metrofulus.[12] Pada tahun yang sama, beliau muncul dalam rancangan komedi santai Gitu-Gitu Apek yang bersiaran di Astro Ria.[13]

Apek memegang watak sebagai Jimmy dalam filem komedi khayalan, Duyung arahan Prof Madya A. Razak Mohaideen yang menggandingkan beliau bersama Maya Karin yang memegang watak sebagai Puteri.[14] Filem ini ditayangkan pada 6 Mac 2008 hingga kejayaan komersial.[15] Beliau turut menyumbangkan suaranya untuk runut bunyi filem ini dengan menyanyikan lagu bertajuk "Aspalela".[16]

Apek kembali menjayakan peranannya sebagai Hairi/Cicakman dalam filem Cicakman 2 - Planet Hitam yang ditayangkan pada 11 Disember 2008.[17] Watak Cicakman lakonan beliau juga membuat kemunculan khas dalam filem The Wedding Game.[18]

Beliau ditawarkan menyertai Maharaja Lawak Mega 2015, namun menolak bagi menjaga kedudukannya sebagai pelawak senior.[19] Bagi beliau, tiada apa lagi yang perlu beliau buktikan dalam pentas lawak.

Namun begitu, beliau menerima tawaran menyertai program nyanyian Gegar Vaganza Musim ke-8 pada penghujung tahun 2021 atas alasan 'sambung belajar' kerana beliau sedar dalam bidang nyanyian, masih banyak lagi ilmu yang perlu beliau perlu pelajari dan terlepas pandang semasa zaman mudanya.

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Beliau berkahwin dengan Roslina Abu Hassan pada 11 Jun 1994. Mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Mohd Riyadh Aslam (lahir 1996) dan Mohd Radzin Aiman (lahir 1998).[7][20]

Beliau juga memiliki restoran Gitu-Gitu Char Koey Tiaw yang beroperasi di Pulau Pinang.[7] Pada tahun 2013, Apek mengambil keputusan untuk berhenti merokok kerana mengambil berat aspek kesihatan.[21]

Kontroversi[sunting | sunting sumber]

Saiful Apek didapati bersalah kerana memasukkan dadah jenis kanabis ke dalam badannya pada 12 Jun 2010.[22] Pada 22 Mei 2013, Mahkamah Tinggi Shah Alam memerintahkan beliau membela diri selepas membenarkan rayuan pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Majistret membebaskan mereka daripada pertuduhan pada 25 Jun tahun sama.[23][24]

Apek dan pekerjanya dibebaskan selepas mendapati pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie.[25] Pada 25 April 2014, Apek bersama tiga pekerjanya masing-masing dikenakan denda RM2,500 oleh Mahkamah Tinggi di sini pada Jumaat selepas didapati bersalah memasukkan dadah jenis kanabis ke dalam badan.[26][27]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Kunci
Filem yang tidak ditayangkan Menunjukkan filem yang tidak ditayangkan

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Catatan
1998 Puteri Impian 2 Dirinya sendiri Filem pertama, penampilan khas
1999 Senario The Movie Apek
2000 Mimpi Moon Penyanyi studio Penampilan khas
Senario Lagi Saiful
2001 Lagi-Lagi Senario
2002 KL Menjerit Kilat
Anak Mami The Movie Pengayuh Beca Pelakon undangan
2003 Gila Bola Luncai
Jutawan Fakir Fakir
Laila Isabella Harun
MX3 Masdor
Lang Buana Gunung
2004 Berlari Ke Langit Dirinya sendiri
Biar Betul Khai Juga sebagai penerbit bersama
Bintang Hati Pengurus kompleks Penampilan khas
Cinta Luar Biasa Husin
Gila-Gila Pengantin Remaja Wong Penampilan khas
Kuliah Cinta Terry
2005 Anak Mami Kembali Saiful
Gangster Black Penampilan khas
Gila-Gila Pengantin Popular Zul
GK3 The Movie Saiful Penampilan khas
KL Menjerit 1 Kilat
Lady Boss Saiful Penerbit bersama dan bersekutu
Senario XX Jeneral Zoragas
Tak Ori Tapi Ok Zali
2006 Main-Main Cinta Encik Aznil
Man Laksa Fadhil Mat Dom
Bujang Senang Bujang/Datuk Azlan
Nana Tanjung Akhbar Khan
Salah Bapak Selamat
Cicak-Man Hairi/Cicakman
Otai Aiman Tan Sri Mydin
2007 Nana Tanjung 2 Akhbar Khan
2008 Duyung Jimmy
Cicakman 2 - Planet Hitam Hairi/Cicakman
2009 The Wedding Game Cicak-man Penampilan khas
Sifu & Tongga Sifu
2010 Kecoh Betul Abang Don
4 Madu Azlan/Azrul
Magika Hang Tuah Penampilan khas bersama Senario
2011 Raya Tak Jadi! Shuib
2012 Bujang Telajak Saiful
Hantu Air Yassin
Sofazr The Movie - Jiwa Kacau Apong
Shh...Dia Datang Filem yang tidak ditayangkan Enol Juga sebagai pengarah, penulis skrip dan penerbit
2013 Rock Oo! Wan Megat
Kecoh Hantu Raya Tok Chai Ebby
2014 Mana Mau Lari Tak Tau Penampilan khas
Usop Wilcha Dalam Werewolf Dari Bangladesh Mirdu
2015 Gangsterock Kasi Sengat Bromo
2016 Lu Mafia Gua Gangster Pelanggan Restoran 1 Penampilan khas
Muluk Dan Konco: Hero Malaya Filem yang tidak ditayangkan
2017 Pak Pong Tok Belantara Pelakon undangan
2019 XX Ray III Azli Penampilan khas
Banglasia 2.0 Omar
KL Vampires Syakir
2020 Syif Malam Raya Encik Khairul
2021 Rumah Madu Ku Berhantu P. I. Dino
2022 Nasi Lemak 1.0 Ketua Lanun
Hantu Kuat Ketawa Amirul
Jaga-Jaga Senariounion Saiful
Hantu Tenggek Tuan Sidek
2023 Sumpahan Syaitan Adam
Satu Hari Sebelum Raya Uncle Penampilan khas
Sumpahan Malam Raya Wak Sarip
Bukan Hantu Biashe Biashe
TBA 6 Jilake Pos-produksi
Senario The Legend Dalam perancangan

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2003 Phua Chu Kang (Musim 6) Dirinya sendiri Mediacorp Saluran 5 Episod: "Senario Terburuk"
2006 Ejen 016 Ejen 016 TV3
2006–2007 Gitu-Gitu Apek Apek Astro Ria
2011–2012 S.Y.O.K Pelbagai TV1
2011–2013 Edisi Khas TV3
2021 Yo Lah Tu! TV9
2022 Senduk Swap TA-DAA!

Telefilem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2002 O.K Lim Tem Pek / Saiful VCD Juga sebagai pengarah
2003 Champion Sood
Qudut & Qatik Qudut Sebagai pengarah
Jadi Tak Jadi Along Penampilan khas
Apa Nak Dikata? Azmi
Siapa Tak Sayang Bini 1 & 2 Saiful
Neon Lelaki Pelik Penampilan khas
Pelakon Popular Dirinya sendiri
2004 Hero Yang Terlampau
2006 Gitu-Gitu Apek Aidilfitri Astro Ria
2011 Sudu & Garfu Rosli TV3
2016 Last Kopek Havoc Taiko San DVD
2017 Gitu-Gitu Raya Astro Raya HD
2021 Kampong Bharu Yusoff TV2
2022 Sejenis Raya Senariounion Saiful Astro Warna
2023 Monsun Barat, Angin Selatan Pak Din TV1

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV
1994 Sinaran Pasport Kegemilangan Peserta TV3
1997–1999 Melodi Pengacara bersama Ogy Ahmad Daud
1998–2004 Senario Pelbagai watak
1999 Senario In Person Dirinya sendiri
2004 Seekers (Musim 1) Pengacara ntv7
2009–2010 Jangan Tidur Lagi TV3
2011 Zizan Show Artis undangan Astro Warna
Maharaja Lawak Juri
2013 Raja Lawak Astro (Musim 7)
2016 Lawak Solo
2017 Lawak Ke Der Tak Coverline Artis undangan
2018 Di Balik Tawa (Musim 1)
Bintang Bersama Bintang (Musim 2) Juri TV3
2020–2021 Tok Kata Pengacara Awesome TV
2021 Riuh Family 2
Malaysia Hari Ini Artis jemputan bersama kumpulan Senario TV3
Gegar Vaganza (musim 8) Peserta Astro Ria
Mega Lawak Bersama kumpulan Senario Astro Warna
2022 Gempak TV Artis jemputan bersama kumpulan S.A.Y.A Astro Ria
Gegar Vaganza Semangat Nak Raya Bersama kumpulan S.A.Y.A
Awesome Raja Lawak Master jury Awesome TV
2023 Kampung Senariuh Apek

Radiografi[sunting | sunting sumber]

Radio[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Stesen
2007–2008 Pagi@Era Era

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Single
Tahun Tajuk Penyanyi undangan Album
2008
"Aspalela"
OST Duyung
2009
"Kalakian"
Diarra Saiful Apek & Famili
"Hua Hua Hua"
2013
"Pak Pung"
Isma AF7 & Altimet

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Keputusan
2003 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2003 Bintang Paling Popular Menang
Pelakon TV Lelaki Popular Menang
2006 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2006 Pelakon Filem Lelaki Popular Menang
2007 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2007 Tercalon
2008 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2008 Tercalon
2021 Anugerah Personaliti Industri & Usahawan Malaysia Ikon Komedi Malaysia Menang

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Marina Shabudin (23 Jun 2016). "Saiful Apek: Saya bukan hanya pak lawak". Sinar Harian. Dicapai pada 9 April 2018.
  2. ^ Amirul Haswendy Ashari (21 Ogos 2016). "Saiful Apek dah tak lakon komedi?". Harian Metro. Dicapai pada 22 Ogos 2016.
  3. ^ Rudy Syareme Sheriffudin (17 Mac 2015). "Apek perlahan 'kayuhan'". Harian Metro. Dicapai pada 22 Mac 2015.
  4. ^ Farihad Shalla Mahmud (29 April 2021). "Saiful Apek Ikon Komedi 2021". Berita Harian. Dicapai pada 2 Mei 2021.
  5. ^ a b c Suzan Ahmad (2004). "Boleh ke Saiful Apek jadi serius?". Berita Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 January 2007.
  6. ^ a b c d Di Balik Tawa eps. bersama Saiful Apek Hakcipta asal dan diterbitkan oleh Astro yang ditayangkan di Astro Warna pada tahun 2018.
  7. ^ a b c Syed Mussaddad Syed Mahdi (6 Ogos 2017). "Transisi hidup Saiful Apek". Utusan Malaysia. Dicapai pada 7 Ogos 2017.
  8. ^ "Neon - tampilkan 66 pelakon popular". Utusan Malaysia. 22 Disember 2003. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-07-02. Dicapai pada 31 Julai 2017.
  9. ^ "Sembilan hari tayangan - Mampukah MX3 balik modal?". Utusan Malaysia. 3 November 2003. Dicapai pada 3 Februari 2018.
  10. ^ Abd. Aziz Itar (1 November 2004). "Saiful Apek - Kelab peminat di lancar". Utusan Malaysia. Dicapai pada 31 Julai 2017.
  11. ^ Abd. Aziz Itar (13 Disember 2003). "Saiful (Apek) - Cuba nasib jadi pengarah". Utusan Malaysia. Dicapai pada 31 Julai 2017.
  12. ^ "Cicak Man has makings of a hit". The Star (Malaysia). 5 September 2006. Dicapai pada 11 November 2015.
  13. ^ Azhariah Kamin (21 October 2007). "Jeers, then cheers". The Star (Malaysia). Dicapai pada 11 November 2015. Saiful Apek may handle his job with aplomb but making people laugh hasn’t always been easy for the king of comedy.
  14. ^ Kamin, Azhariah (4 January 2008). "Home-grown movies". The Star. Dicapai pada 6 January 2008.
  15. ^ Abdullah, Akmal (6 Mac 2008). "Mampukan Duyung Capai Sasaran Kutip 10j". Berita Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-12-08. Dicapai pada 6 Mac 2008.
  16. ^ Marina Shabudin (23 Jun 2016). "Saiful Apek: Saya bukan hanya pak lawak". Sinar Harian. Dicapai pada 23 Jun 2016.
  17. ^ "Berita Harian: KRU jamin Cicakman 2 lebih menghiburkan". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-07-22. Dicapai pada 2018-05-22.
  18. ^ The Weding Game Channel NewsAsia. Dicapai 22 Mei 2011.
  19. ^ Kemalia Othman (11 Februari 2015). "Saiful Apek Enggan Sertai MLM Untuk Jaga Reputasi". mStar Online. Dicapai pada 31 Julai 2017.
  20. ^ Wawann Mohamad (3 September 2016). "Sisi lain Saiful Apek". Sinar Harian. Dicapai pada 31 Julai 2017.
  21. ^ "Sudah empat tahun berhenti merokok: Saiful Apek". Indahnya Islam. 8 Februari 2017. Dicapai pada 31 Mei 2018.
  22. ^ Au Yeong How (13 Jun 2010). "Dadah: Saiful Apek ditahan polis". mStar Online. Dicapai pada 22 Mac 2015.
  23. ^ "Dadah: Pelakon Saiful Apek, Pekerja Didenda RM2,500". mStar Online. 25 April 2014. Dicapai pada 22 Mac 2015.
  24. ^ "Comedian Saiful Apek fined for taking drugs". The Star Online. 25 April 2014. Dicapai pada 22 Mac 2015.
  25. ^ "Saiful Apek dan 3 lain bebas daripada pertuduhan dadah". Astro Awani. 30 September 2013. Dicapai pada 22 Mac 2015.
  26. ^ "Dadah: Saiful Apek didenda RM2,500". Utusan Malaysia. 26 April 2014. Dicapai pada 22 Mac 2015.
  27. ^ "Saiful Apek, 3 others acquitted for misusing drugs". The Sun, Malaysia. 30 September 2013. Dicapai pada 22 Mac 2015.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]