Sailor Saturn

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Sailor Saturn
Watak Sailor Moon
SailorSaturn.jpg
Hotaru sebagai Sailor Saturn dalam Srikandi tahap kedua (Super Sailor Saturn), dengan Sabit Kesepian.
Dialih Suara oleh Yuuko Minaguchi
Profil
Gelaran Hotaru Tomoe
Princess Saturn
Mistress 9 (bila dirasuk)
Miss Dream (muzikal sahaja)[1]
Kon (muzikal sahaja) [2]
Hubungan Sailor Team
Death Busters (bila dirasuk)
Dead Moon Circus (muzikal)[1]
Shadow Galactica (manga)
Kebolehan Kuasa Pemusnah. Boleh menyembuhkan luka kecil.

Sailor Saturn (セーラーサターン Sērā Satān?) adalah antara teman seperjuangan Sailor Moon dalam kedua-dua anime dan manga Sailor Moon. Nama sebenarnya adalah Hotaru Tomoe (土萠 ほたる Tomoe Hotaru?), seorang gadis berpenyakit yang boleh menjelma menjadi seorang srikandi sailor. Beliau dikenali dengan kemunculan yang paling sedikit dalam anime. Wataknya dinamakan bersempena planet Zuhal.

Profil[sunting | sunting sumber]

Hotaru muncul dalam siri Sailor Moon S apabila dia mula menjadi sahabat Chibiusa. Dia sering dipinggirkan oleh rakan sekelasnya kerana sifatnya yang ganjil dan kuasa yang tidak dapat dikawal.

Ibunya bernama Keiko dan ayahnya bernama Soichi Tomoe. Kisah ibunya tidak pernah disebut di dalam anime, namun di dalam manga, beliau dikatakan terbunuh selepas satu kemalangan makmal berlaku. Ayahnya adalah seorang saintis yang giat mengkaji bidang genetik, dan di dalam anime, selepas kemalangan di makmal, tiba-tiba muncul suatu suara, iaitu Daimohn Germatoid yang berjanji akan menyelamatkan anaknya, namun perlu memberi dirinya dimasuki makhluk itu, untuk meneruskan rancangan Death Buster menakluk dunia.

Kuasa dan Kebolehan[sunting | sunting sumber]

Sebagai seorang Srikandi Sailor, dia memakai pakaian berwarna ungu. Senjata yang menjadi simbolnya ialah Sabit Kesepian. Senjata ini memiliki kuasa yang sangat luar biasa, yang mampu memusnahkan planet atau bintang. Kehebatan kuasa inilah yang menyebabkan kemunculannya digeruni Srikandi Sailor jalur luar Sistem Suria.

Di dalam anime, pada masa lampau, iaitu semasa wujudnya Nusa Bulan, semua srikandi sailor (termasuklah Neptune, Uranus dan Saturn) tinggal bersama. Hanya Sailor Pluto yang tinggal di perbatasan masa dan ruang, menjaga pintu laluannya. Selepas Kerajaan Gelap dimusnahkan oleh Permaisuri Serenity, semua srikandi Sailor dan Puteri Serenity dilahirkan semula ke Bumi.

Namun, di dalam manga, srikandi Sailor jalur luar Sistem Suria berada di pos jagaan mereka di hujung Sistem Suria dan hanya menyaksikan kemusnahan Nusa Bulan jauh dari sana. Selepas itu, Senjata mereka (Pedang Angkasa milik Sailor Uranus, Cermin Lautan milik Sailor Neptune dan Tongkat Masa milik Sailor Pluto) saling bergabung dan membangkitkan srikandi Pemusnah, iaitu Sailor Saturn yang akhirnya membunuh mereka semua dan saki-baki Nusa Bulan, supaya mereka dilahirkan semula bersama srikandi Sailor yang lain.

Serangan Sailor Saturn adalah seperti "Death Reborn Revolution" (Putaran Maut dan Kelahiran Semula) yang mana, di dalam manga, digunakan untuk memusnahkan ketua kejahatan Death Buster, iaitu Pharaoh 90. Di dalam anime pula, kuasanya hanya ditunjukkan di dalam siri Bintang, dan kuasanya adalah seperti "Silent Wall" (Tembok Sepi) dan "Silent Glaive, Surprise" (Kejutan Sabit Sepi). Serangan keduanya di dalam anime adalah serangan terkuatnya yang akan mengorbankan nyawanya. Dia hampir menggunakan kuasa ini semasa pertarungannya dengan Nehelenia, namun dihalang oleh Sailor Chibi Moon.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. 1.0 1.1 Sailor Moon SuperS Yume Senshi - Ai - Eien ni... dan Sailor Moon SuperS [Kaiteiban] Yume Senshi - Ai - Eien ni... Saturn Fukkatsu Hen!
  2. 1999 Spring Special Musical Kaguya Shima Densetsu, Shin Kaguya Shima Densetsu, dan semakannya.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]