Sains forensik

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Sains forensik merupakan satu bidang sains yang menjalankan kajian ke atas penyiasatan jenayah dengan menggunakan ilmu sains seperti kimia, biologi, fizik, teknologi maklumat, dan sebagainya. Akan tetapi, bidang ini telah diperluaskan sehingga menggunakan ilmu sains sosial dalam penyiasatannya seperti perakaunan dan ekonomi. Matlamat utama sains forensik adalah untuk mencari kenyataan di sebalik sesuatu kes.

Teori sains forensik[sunting | sunting sumber]

  • Teori Sentuhan: ia diperkenalkan oleh Locard yang menyatakan bahawa "every contact leaves trace". Adalah dipercayai bahawa setiap sentuhan antara dua objek akan meninggalkan kesan iaitu barang kes. Kesan ini akan dicari dan dikumpulkan oleh pihak berkuasa iaitu polis untuk melakukan penyiasatan melalui analisis, biasanya analisis kimia.
  • Teori individualistik: setiap barang kes adalah tidak sama walaupun ia dihasilkan oleh kilang yang sama. Teori ini diterima pakai untuk membuat perbandingan antara dua objek yang disyaki sama atau daripada sumber yang sama. Contohnya, dua cebisan kaca dipadankan pinggirnya untuk mengetahui sama ada mereka adalah daripada sekeping kaca yang sama sebelum ia dipecahkan. Jika dua kaca adalah daripada sumber yang asal, maka ciri-ciri individualistik akan wujud dan tiada kaca lain dapat menghasilkan padanan pinggir yang sama.