Sairin Karno

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Sairin karno)

Datuk Dr. Haji Sairin B. Haji Karno (lahir 2 Jun 1954, di Kampung Bayangan, Keningau, Sabah), merupakan mantan Pembantu Menteri Pertanian & Industri Makanan Negeri Sabah dan juga mantan wakil rakyat bagi DUN N.34 Liawan. Beliau merupakan ahli rasmi Parti Gagasan Rakyat Sabah (GAGASAN) di bahagian Liawan.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Beliau pada asalnya merupakan seorang pendidik (1976-1982) yang mendapat pendidikan dari Maktab Perguruan Sandakan (Kepujian). Selain itu beliau juga pernah menyandang jawatan selaku Pengurus Agensi MNI Cawangan Sabah (1984-1996), Ahli Lembaga Pengarah FELCRA (1992-1994), Ketua Pengarah Unit Pemimpin Kemajuan Rakyat (1994-1996), Timbalan Pengerusi Eksekutif Unit Integrasi Nasional Sabah (1996), Ahli Lembaga Pengarah Tabung Haji Malaysia, Presiden Majlis Hal Ehwal Anak Negeri Sabah (1998-2004), Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar Negeri Sabah (2008-2013) dan Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Negeri Sabah (2013-2018).

Sekarang, selepas bersara dari arena politik, beliau menyandang tugas sebagai Yang Di-Pertua Pertubuhan Kebajikan Islam Sabah atau lebih di kenali sebagai USIA (2020-2022).

Politik[sunting | sunting sumber]

Beliau mula aktif sebagai ahli politik pada awal tahun 1980-an. Beliau pada awalnya berjuang bersama parti USNO (United Sabah National Organization) di bawah pimpinan Allahyarham Tun Datu Mustapha bin Datu Harun sebelum menyertai UMNO setelah USNO dibubarkan. Beliau dilantik menjadi wakil rakyat setelah menang dalam pilihan raya umum pada tahun 2004 bagi kerusi DUN N.34 Liawan dan sekali lagi memenangi kerusi DUN ini pada pilihan raya umum 2008.

Dalam pilihanraya umum ke-13 pada tahun 2013,beliau sekali lagi memenangi DUN Liawan dan berubah portfolionya ke Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri Sabah dan menjawat jawatan itu sehingga tahun 2018.

Sumbangan[sunting | sunting sumber]

Sumbangan beliau yang pasti akan sentiasa dikenang ialah apabila beliau atas arahan Kerajaan Malaysia telah masuk ke hutan dan berunding dengan ketua pemberontak di Filipina, Komando Robot bagi mendapatkan pembebasan rakyat Malaysia yang diculik dari pulau Sipadan pada tahun 2001. Antara sumbangan lainnya ialah beliau aktif mengembangkan agama Islam di daerah Keningau.