Saleem

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

[[Category: from Disember 2013]]

Saleem
Saleem - Tinggal Kenangan.jpg
Album Tinggal Kenangan dari Saleem
Kelahiran A. M. Salim Abdul Majeed
31 Ogos 1961 (52 tahun) Terengganu Malaysia
Nama lain Saleem

A. M. Salim Abdul Majeed atau Saleem-IKLIM pada asalnya adalah merupakan seorang penyanyi sensasi kumpulan Iklim yang terkenal dalam dekad 90-an. Beliau merupakan bekas anak didik penggubah terkenal, Wan Zul. Lagu nyanyian beliau ciptaan Wan Zul dan M. Nasir telah meletakkan dirinya sebagai salah seorang artis tanahair yang terkenal dan diminati ramai sebaris dengan artis-artis popular yang lain pada masa itu seperti Jamal Abdillah, Ekamatra dan Wings. Pada awal dan pertengahan dekad 90an, Saleem dan IKLIM telah berjaya menempa nama di luar negeri seperti Republik Indonesia, Singapura, Brunei, selatan Thailand, dan Gugusan Kepulauan Melayu Cocos, Australia.

Saleem telah dilahirkan pada 31 Ogos 1961 di Permaisuri, Setiu, Terengganu. Berdarah kacukan India Muslim dan Melayu sebelah ibu. Sebelum menceburkan diri ke dalam bidang nyanyian, beliau bercita-cita untuk menjadi seorang nelayan yang berjaya. Walaubagaimanapun cita-cita tersebut tidak tercapai. Sebaliknya, beliau meneruskan hidup dengan menjadi penolong tukang masak di institusi pengajian tinggi di Terengganu (ITM Dungun) iaitu salah satu cabang dalam bidang "kantin dan penyelenggaraan makanan" atau catering sebelum beliau mencipta nama sebagai seorang penyanyi.


Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Dengan berbekalkan bakat dan kebolehan yang ada pada dirinya, pada tahun 1988, Saleem telah melantik beberapa orang rakan dan anak muda kampungnya bagi menubuhkan sebuah kumpulan nyanyian yang berkonsepkan rock di mana beliau sendiri sebagai penyanyi utama. Terdapat beberapa orang kenalan Saleem menyatakan bahawa (boleh diragui akan kesahihannya) penubuhan kumpulan tersebut adalah disebabkan cuaca bagi menangkap ikan di laut tidak mengizinkan pada waktu itu. Pemuzik-pemuzik asal kumpulan Iklim adalah daripada gabungan pemuzik-pemuzik mantap dari kumpulan yang pada asalnya dikenali sebagai "The Kids" di arena muzik di Terengganu pada waktu itu. Untuk pengetahuan semua, nama Kumpulan Iklim adalah sempena keadaan iklim dan cuaca yang tidak menentu di pantai timur yang kerap dilanda ribut dan hujan lebat. Pada awal tahun 1989 iaitu sebelum mencipta nama, kumpulan IKLIM ini kerap mengadakan pertunjukan di kelab sosial/kelab malam dan juga beberapa undangan eksklusif serta majlis kenduri kahwin di sekitar negeri Terengganu.

Pada tahun 1990, SCS Record (Suara Cipta Sempurna) yang kini dikenali sebagai Rock Record of Malaysia telah memberi kepercayaan kepada kumpulan Iklim untuk membuat rakaman album mereka yang pertama. Album tersebut berjudul: Satu Kesan Abadi. Lagu-lagu top hits yang menjadi siulan anak muda daripada album tersebut adalah: Suci dalam Debu, Hakikat sebuah Cinta dan Satu Kesan Abadi. Lagu Suci Dalam Debu dendangan IKLIM telah berjaya mengalahkan sebuah lagu dendangan Sheqal (Zapin Rindu-rinduan) yang agak lama mendominasi carta muzik tanahair dengan irama balada nusantaranya pada waktu itu.

Setelah album Satu Kesan Abadi mendapat sambutan hangat di Malaysia, Indonesia dan Singapura, Saleem dan anggota kumpulan Iklim telah ditawarkan untuk menjayakan sebuah filem yang berjudul "Suci dalam Debu" yang dibintangi oleh Julia Rais dan Sidi Oraza. Walau bagaimanapun watak Saleem dan anggota kumpulan IKLIM dalam filem itu kurang menonjol dan boleh dipertikaikan walaupun suara beliau sering berkumandang di awal dan akhir filem tersebut.

Setelah itu, Populariti Saleem dan IKLIM terus melonjak naik dan banyak antara lagu-lagunya telah menjadi top hits dan diminati ramai. Tidak dapat dinafikan bahawa ada antara lagu-lagunya yang menjadi tema/montaj drama swasta terbitan RTM dan TV3. Tidak kurang juga ada yang menjadi lagu tema filem. Bahkan juga lagu-lagunya sering diputarkan di pasar-pasar raya bagi memeriahkan dan menceriakan suasana membeli-belah. Antara lagu-lagu Saleem/IKLIM yang menjadi pujaan ramai kerana kehebatannya di sekitar 1990-an hingga sekarang adalah seperti berikut:

  1. Suci Dalam Debu
  2. Satu Kesan Abadi
  3. Hakikat Sebuah Cinta
  4. Sandiwara Cinta Semusim
  5. Ammarah
  6. Bulan Jatuh ke Riba
  7. Gerhana Cinta Luka
  8. Abadi
  9. Selamat Tinggal Penderitaan
  10. Elusan Cinta
  11. Sayembara
  12. Menjejak Bayang Bayang ( duet Saleem & Wann )
  13. Budi
  14. Mimpi Yang Pulang
  15. Blues Terengganu Kita
  16. Mahligai Seribu Mimpi
  17. Mantera Anak Seni
  18. Aduhai! Seribu Kali Sayang
  19. Rumah Kecil Buluh Semambu
  20. Aku Pasti Kembali
  21. Orang Rentak Berdua ( duet Saleem & Ayati Tasrip ) ( LAGU TRADISIONAL )
  22. Bukan Aku Tak Cinta
  23. Dunia
  24. Patah Ranting Di Cermin Usia
  25. Lambaian Aidilfitri ( duet Saleem & Jamal )
  26. Namun Ku Punya Hati ( Lagu Saduran )
  27. Datang Dan Pergi ( Tribute To RAMLI SARIP )
  28. Taman Rohani ( duet Saleem & Arab feat Hillary Ang )
  29. Pesona ( Saleem feat Hillary Ang )
  30. Sheilla
  31. What Can I Say
  32. Di Pintu Mahligai
  33. Sebenarnya Kata Pujangga
  34. Dialah Segalanya
  35. Si Karut Marut
  36. Bukan Niatku
  37. Kasih Syurgawi
  38. Retak Seribu
  39. Hey Maria
  40. Bukan Ku Tak Sudi
  41. Cinta Yang Aku Punya
  42. Karam Di Lautan Duka
  43. Mungkin Tak Pasti
  44. Puteri 96
  45. Sambutlah Tanganku
  46. Maaf
  47. Juwita
  48. Lara
  49. Isabella 98 ( duet Saleem, Jamal, Amy & Zamani )
  50. Dari Kekasih Kepada Kekasih
  51. Rajuk
  52. Fantasia Bulan Madu ( duet Saleem & Poppy Mercury )
  53. Mahligai Syahdu
  54. Ratib Orang Pinggiran
  55. Airmata Kasih
  56. Ratu Sanubari
  57. Merisik Khabar
  58. Antara Rintih Dan Tangisan
  59. Bunga Emas
  60. Senandung Semalam
  61. Insan Seni
  62. Semut
  63. Debu Debu Rindu
  64. Hutang
  65. Antara Hujan Dan Airmata
  66. Dendangan Kalbu
  67. Kau Anugerahku
  68. Sesat Di Kuala Lumpur ( duet Saleem & Amy Search )
  69. Alam Cinta
  70. Sepi Sekali
  71. Gerimis Senja
  72. Suara Kekasih ( duet Saleem, David, Zamani & Ezad )
  73. Ke Hujung Hayat
  74. sampai hati
  75. Cinta Buana
  76. Trilogik Cinta (Cinta 3 Segi)
  77. Wanitaku
  78. Kamelia
  79. Harum Kasih Bersemi ( duet Saleem & Kristal )
  80. Kasihnya Laila ( duet Saleem & Khalifah )
  81. Tamu Jiwa
  82. Benarkah Kerana Cinta
  83. Benci Tapi Rindu
  84. Tinggal Kenangan

Pada tahun 1994, Saleem telah digam daripada muncul di kaca TV untuk membuat persembahan dalam rancangan berprestij iaitu pertandingan akhir Muzik Muzik TV3. Larangan tersebut adalah arahan daripada pihak kerajaan kerana keterlibatan Saleem dengan masalah dadah. Lagu IKLIM yang masuk ke dalam carta akhir pertandingan Muzik-Muzik 94 itu adalah Bukan Aku Tak Cinta. Sebagai gantinya, seorang penyanyi wanita, Adilla diberi kepercayaan untuk menyampaikan lagu itu ke pertandingan. Malang sekali ia tidak membawa sebarang kejayaan. Kontroversi timbul apabila secara terbuka, Saleem mengkritik penampilan Adilla yang sewenang-wenangnya menukar rentak lagu tersebut daripada sentimental Balada kepada irama keroncong. Dalam sesi temuramah dengan siaran televisyen, Saleem telah beberapa kali mengeluarkan perkataan "Macam mana boleh jadi macam ni?" dengan nada sinis berbaur tidak puas hati sambil diapit oleh ahli-ahli kumpulan IKLIM yang lain persis lagak sebagai seorang gangster berjaket kulit dengan berkaca mata hitam. Pada tahun berikutnya lagu-lagu IKLIM terus mendapat sambutan hangat daripada peminatnya. Di Pintu Mahligai adalah merupakan lagu yang paling top pada tahun 1995 sehingga ia sering berkumandang di corong-corong radio mahupun televisyen.

Kejatuhan[sunting | sunting sumber]

Zaman kejatuhan IKLIM dan Saleem dipercayai terjadi pada pertengahan dekad 1990-an (1996) selepas isu kemalangan jalan raya yang melibatkan nyawa seorang anggota tentera darat Malaysia. Sejak kemalangan tersebut, kehidupan Saleem bertukar menjadi tidak menentu ditambah lagi dengan masalah penagihan dadah yang menambahkan lagi kesulitan untuk mempertahankan populariti kumpulan tersebut dan imej baik di mata masyarakat. Lama-kelamaan Saleem dan kumpulan IKLIM terpaksa berpecah. Perpecahan tersebut dipercayai akibat masalah disiplin yang menimpa diri Saleem. Penyanyi tersebut kerap membatalkan segala temu janji di saat akhir dan lewat hadir ke pertunjukan gemilang yang diundang. Akibatnya, kumpulan tersebut telah disenaraihitamkan oleh pihak penganjur kerana tidak mahu reputasi mereka terjejas yang kelak pasti menanggung kos kerugian. Bagi membolehkan IKLIM terus bernafas di persada seni tanahair, Saleem telah disingkirkan daripada IKLIM. Tujuan penyingkiran Saleem adalah untuk mengelakkan kumpulan IKLIM daripada terus mengalami reputasi buruk, sekaligus ditegah dan diharamkan daripada membuat sebarang pertunjukan. Tetapi malangnya, penyingkiran tersebut tidak dapat mengembalikan kegemilangan IKLIM seperti pada awal 90an dulu.

Menurut seorang penganalisis dan pemikir seni budaya tanahair secara sambilan, Fahrul Hakim Ayob(33), jika dilihat dari sudut akademik, Saleem tidak pernah menyalahkan sesiapa terhadap penyingkiran tersebut dan mengakui bahawa segala masalah adalah berpunca daripada diri beliau sendiri. Oleh yang demikian, dalam hal ini, beliau (Saleem) pasrah. Menurutnya lagi, Saleem menganggap bahawa perpecahan tersebut merupakan suatu takdir. Sudah pasti ia memberi "satu kesan abadi" ke atas diri Saleem baik dari sudut positif mahupun negatif. Memang tidak dapat dinafikan bahawa Saleem berasa sungguh terkilan dengan penyingkiran tersebut. Walau bagaimanapun Saleem tetap tabah dan berfikiran positif. Beliau beranggapan bahawa "Rezeki adalah di tangan tuhan".

Pada akhir tahun 1996, Penyanyi bersuara emas dan serak-serak basah ini telah ditangkap di Jalan Chow Kit/Tuanku Abdul Rahman Kuala Lumpur akibat pengambilan dadah yang berlebihan. Berita tergempar yang memalukan itu telah disiarkan dalam televisyen serta terpampang di dada akhbar-akhbar tempatan. Penangkapan tersebut menyebabkan Saleem dipenjara. Justeru itu, Segala lagu Saleem dan rakaman persembahannya telah digam oleh pihak kerajaan daripada disiarkan sehingga beliau dibebaskan kelak.

Kebangkitan semula[sunting | sunting sumber]

Setelah dibebaskan, Saleem ingin kembali aktif menyanyi walaupun imejnya telah tercemar dan popularitinya agak menurun. Namun begitu, beliau bernasib baik kerana masih diberi kepercayaan oleh Warner Music of Malaysia untuk merakamkan sebuah album nyanyian solo yang diberi judul "Maaf/Juwita" pada tahun 1998. Terdapat beberapa lagu dalam Album Juwita dirakamkan di Indonesia. Menurut sesetengah pendapat, album Juwita telah memberi nafas baru kepada Saleem. Album itu membuktikan bahawa beliau memang berpotensi menjadi seorang penyanyi solo yang berjaya. Tidak dapat dinafikan bahawa album Maaf/Juwita telah membuka satu dimensi baru ke atas diri beliau. Album tersebut telah berjaya mempertahankan namanya dalam industri muzik tanahair setelah sekian lama beliau lesu dan kurang bergiat dalam bidang seni. Album Maaf/Juwita bertemakan keinsafan dan mengharapkan jutaaan kemaafan daripada peminat kerana keterlanjurannya dengan najis dadah.

Konsep cover album tersebut memaparkan imej Saleem yang bermisai/berjambang sebagai seorang yang telah Insaf dan bertaqwa. Lagu Juwita adalah sebuah lagu syahdu sempena nama isteri pertamanya. Lagu tersebut dihadiahkan khas untuk isterinya, Juwita bagi mengenangkan jasa, berkat kesabaran dan jerih payah beliau dalam menangani liku-liku kehidupan bersama anak-anak yang semakin terhimpit ketika Saleem di dalam penjara. Pada tahun 1999, Lagu Juwita telah berjaya masuk ke pertandingan akhir Muzik Muzik terbitan TV3. Saleem secara solo mendendangkan lagu itu secara live di hadapan penonton. Tetapi nasib tidak menyebelahinya, Saleem gagal untuk memenangi sebarang anugerah di kejuaraan itu. Desas-desus mengatakan bahawa suara Saleem hampir tidak keluar dan tersekat-sekat ketika menyampaikan lagu tersebut.

Setelah kejayaan album Maaf/Juwita, Saleem telah diberi kesempatan untuk merakamkan beberapa album seperti Bunga Emas bersama bekas kumpulannya, IKLIM, Ratib Orang Pinggiran serta berpeluang berduet dengan Rahmat(Ekamatra), Jamal Abdillah dan Penggubah M. Nasir.

Di sini dapat diberi kesimpulan bahawa nama Saleem memang kental dan tetap megah dalam bidang seni nyanyian dan populariti beliau tidak terhakis di tengah-tengah kemunculan puluhan penyanyi muda yang mempunyai rupa, harta, bakat dan berpotensi besar seperti kumpulan KRu, Ruffedges, KooL, Slam, Innuendo, Julia Banos, Siti Nurhaliza dan ratusan lagi bakat baru. Memang agak aneh, persaingan ini tidak sedikitpun melenyapkan namanya sebagai insan seni yang terunggul di tanahair.

Malang telah menimpa sekali lagi ke atas diri Saleem. Kali ini pada pertengahan tahun 2004, Saleem telah ditangkap buat kali kedua kerana dadah. Kali ini beliau telah disumbat ke dalam penjara Kajang. Menurut beberapa siri wawancara dengannya, penjara Kajang telah mengajar Saleem banyak erti kehidupan. Kali ini beliau kelihatan agak serik, letih dan tua. Diharapkan penangkapan ini benar-benar menginsafkan diri Saleem sehingga ke akhir hayatnya. Pada bulan Ogos tahun 2006 Saleem dan Jamal Abdillah dijemput oleh RTM1 untuk ditemuramah dalam slot program Isu Semasa berkenaan dengan penglibatan dirinya dengan najis dadah.

Saleem tetap terunggul dan namanya tetap utuh dalam bidang seni suara. Dengan segala potensi, bakat semulajadi dan nilai komersil yang masih ada pada dirinya, Rock Record dan Warner Music of Malaysia bersama dengan saudara Syed Azlan Syed Abu Bakar (Arab) sebagai wakil daripada syarikat tersebut telah berjumpa dengan Saleem dan memberi peluang kedua (sejak 1993) kepadanya untuk pembikinan sebuah lagi album baru. Kali ini album tersebut adalah kompilasi lagu-lagunya dahulu daripada kumpulan IKLIM. Judul Album beliau pada ketika itu adalah 'Saleem Raja Balada'. Album beliau kali ini tetap berjaya dan mendapat sambutan hangat daripada peminat. Anugerah platinum telah diberikan kepada album ini dengan jumlah pembelian mencapai beberapa puluhan ribu unit.

Berperisa, Unik, merdu, serak-serak basah, parau dan 'agak sengau' itulah kelebihan suara Saleem yang membuatnya terus diminati oleh peminat-peminatnya. Album terkini beliau iaitu Epigoni (2006) telah mencatat jualan yang membanggakan dan memenangi anugerah Emas kerana penjualan telah mencecah lebih daripada 15 ribu unit sejak tiga minggu berada di pasaran. Konsep album beliau pada kali ini adalah remake lagu-lagu lama dendangan Amy-Search, Shima, Bumiputra Rocker, Allahyarham Sudirman, Wings dan lain2 lagi.

Kini beliau kelihatan bahagia dengan isteri keduanya, iaitu Julia Bachok. Menurut seorang kenalan rapat daripada Astro, Saleem kini telahpun menjadi artis di bawah naungan Perbadanan Penyiaran Astro iaitu sebuah stesen TV bersatelit pertama di Malaysia yang berpengkalan di Seri Kembangan, dekat Serdang. Sejak di bawah naungan Perbadanan Penyiaran Astro, Saleem telah beberapa kali diberi peluang untuk memenuhi undangan bagi memeriahkan lagi industri muzik tanahair dengan menjadikan isteri kedua kesayangannya Julia, sebagai pengurus peribadi.

Saleem dan kumpulan Iklim[sunting | sunting sumber]

Kumpulan Iklim adalah merupakan kumpulan rock (kugiran) yang muncul pada akhir dekad 80-an atau lebih spesifik lagi pada tahun 1989 yang bertemakan irama rock perlahan (slow rock). Pada asal penubuhannya, kumpulan Iklim dianggotai oleh lima orang anak muda yang berasal dari Terengganu, Di awal penubuhan IKLIM mereka terdiri daripada 5 orang anak muda iaitu A.M SALEM ABDUL MAJEED,UMARUL MAHDZAR,MOHD SALIM,KAMARUDIN & FADHIL SUHAIMI namun perpecahan berlaku Pemain gitar kedua, Fadhil Suhaimi keluar daripada kumpulan Iklim semasa proses rakaman album pertama sedang berlangsung. Tempat beliau telah digantikan oleh pemain keyboard, HUZALI ALI memandangkan instrumen keyboard banyak digunakan dalam album pertama Iklim - Satu Kesan Abadi (1990)

  1. Saleem (Vokalis)
  2. Umarul (Gitar utama)
  3. Mohalim (Bass)
  4. Huzali (Keyboard)
  5. Kama (Pemain dram)

Kemampuan membawakan beberapa genre lagu[sunting | sunting sumber]

  1. 1990 - 'Suci Dalam Debu' petikan album Satu Kesan Abadi genre...Slow Rock
  2. 1991 - 'Sayembara' petikan album Bulan Jatuh Ke Riba genre...Fast & Rock N Roll
  3. 1992 - 'Blues Terengganu Kita' petikan album Budi genre...Blues, Folk & Rock
  4. 1992 - 'Biografi Yang Luka petikan album Budi genre...Akustik & Balada
  5. 1993 - 'Orang Rentak Berdua' petikan album Pasangan Duet genre...Tradisional & Asli
  6. 1998 - 'Juwita' petikan album Maaf genre...Pop & Balada
  7. 2001 - 'Ratu Sanubari' petikan album Ratu Sanubari genre...Moderate, Rock & Blues
  8. 2001 - 'Merisik Khabar' petikan album Ratu Sanubari genre...Pop, Balada & Okestra
  9. 2006 - 'Sesat Di Kuala Lumpur' petikan album Epigoni genre...Blues, Balada & Orkes
  10. 2006 - 'Dendangan Kalbu' petikan album Epigoni genre...Pop & Catchy
  11. 2007 - 'Cinta Buana' petikan album Kehujung Hayat genre...Blues & Balada
  12. 2010 - 'Joget Come Lote' petikan album Dunia Etnik genre...Asli, Joget & Etnik

Album[sunting | sunting sumber]

Berikut adalah album kumpulan Iklim dan Saleem secara solo.

- Iklim

  1. 1990 - Satu Kesan Abadi (SCS)
  2. 1991 - Bulan Jatuh Ke Riba (SCS)
  3. 1992 - Budi (SCS)
  4. 1993 - Dunia (SCS)
  5. 1993 - Saleem(IKLIM) (SCS)
  6. 1994 - Iklim (Warner)
  7. 1995 - Bukan Niatku (Warner)
  8. 1996 - Salam Perpisahan (Warner)
  9. 1997 - Sambutlah Tanganku (Warner)
  10. 1998 - Pergimu Satu Tanda (Warner)
  11. 2003 - Bunga Emas (Nova)

- Saleem

  1. 1993 - Saleem/Wan Zul - Gabungan Dua Insan Seni (SCS)
  2. 1995 - Gabungan Saleem Iklim Dan M. Nasir (SCS)
  3. 1998 - Maaf (Warner)
  4. 2000 - Ratib Orang Pinggiran (Warner)
  5. 2001 - Ratu Sanubari (Warner)
  6. 2006 - Epigoni (Warner)
  7. 2008 - Ke Hujung Hayat (Warner)
  8. 2008 - Aku Saleem - Trilogi Cinta (Music Valley)
  9. 2009 - Demi Cinta (Music Valley / Universal Music)
  10. 2010 - Dunia Etnik (Universal Music)
  11. 2011 - Menyayangimu (Universal Music)
  12. 2012 - Bila Orang Dah Benci ( SiNgLe )
  13. 2013 - Cinta Kita Berbeza (Universal Music)

- Kompilasi

  1. 1994 - Saleem - Unplugged 1994 (SCS)
  2. 1995 - Seribu Penghargaan (SCS)
  3. 1995 - Tribute To Ramli Sarip (Warner)
  4. 1996 - Saleem -(Akustika Warisan Abadi) The Unplugged 2 (SCS)
  5. 1997 - Emas Selamanya (Rock Records)
  6. 1997 - Dirgahayu 1 - IKLIM (Warner/Rock Record)
  7. 1998 - Dirgahayu 2 - SALEEM (Warner/Rock Record)
  8. 2000 - Koleksi Ori - Sesuatu Yang Abadi (Rock Records)
  9. 2001 - 3 Dimensi Popular - Saleem, Ramli Sarip & Nash (Warner)
  10. 2005 - Memori Hit - Iklim ( Music Valley/Rock Records)
  11. 2004 - Saleem Iklim dan Rahmat Ekamatra (Emi/Rock Record)
  12. 2005 - Iklim - Musim Bermusim (Rock Records)
  13. 2006 - Saleem - Raja Balada (Warner)
  14. 2007 - Tribute To Aleycats (Nova Music)
  15. 2008 - Saleem & Iklim - Terunggul (Music Valley/Rock Records)
  16. 2008 - Rahmat Ekamatra vs Saleem Iklim (Music Valley)
  17. 2010 - Keunggulan Saleem (Warner)

Konsert[sunting | sunting sumber]

  1. 1994 - Konsert Iklim di Tapak Ekspo Seksyen 15, Shah Alam, Selangor malaysia(19 Jun 1994)
  2. 2008 - Konsert Amal Kasih / Okestra Saleem & Jamal Abdillah ( Istana Budaya )
  3. 2013 - Konsert Lima Legenda - Saleem ( Raja Balada ), Aris Ariwata, Rahmad Mega, Ali Terrarosa & Zamani Slam ( Istana Budaya )

Pencapaian, penghargaan dan anugerah[sunting | sunting sumber]

IKLIM / SALEEM - ALBUM ( IKLIM / SATU KESAN ABADI )

  1. ANUGERAH SRI ANGKASA RTM 1990 - Kumpulan Muzik Terbaik / IKLIM
  2. ANUGERAH BINTANG POPULAR 1990 - Artis Berkumpulan Paling Popular / IKLIM
  3. JUARA LAGU 1990 Suci Dalam Debu - Juara Lagu Tempat 2 / Lirik Terbaik / Persembahan Terbaik Tempat 3
  4. PUJAAN 10 RADIO SATU RTM / NESCAFE 1990 - Lagu , Suci Dalam Debu 10 Minggu Tangga 1 Dalam Carta Radio
  5. ANUGERAH TRIPLE PLATINUM 1991 Di MALAYSIA - Album Satu Kesan Abadi Jualan 250,000 Unit
  6. IKLIM Muncul Menerusi Filem SUCI DALAM DEBU Arahan ZULKIFLI M.OSMAN Pada 1991
  7. HDX AWARDS INDONESIAN MUSIC INDUSTRY - Suci Dalam Debu Lagu Terbaik 1992
  8. HDX AWARDS INDONESIAN MUSIC INDUSTRY - Album Suci Dalam Debu Jualan Terbaik 1992 ( 1 Juta Unit )

IKLIM / SALEEM - ALBUM ( IKLIM / BULAN JATUH KERIBA )

  1. ANUGERAH SRI ANGKASA RTM 1991 - Kumpulan Muzik Terbaik / IKLIM
  2. ANUGERAH BINTANG POPULAR 1991 - Artis Berkumpulan Paling Popular / IKLIM
  3. ANUGERAH PLATINUM 1991 - Album Bulan Jatuh Ke Riba
  4. MUZIK - MUZIK Semi Final 1991 - Lagu / Gerhana Cinta Luka
  5. PUJAAN 10 RADIO SATU RTM / NESCAFE 1991 - Lagu , Gerhana Cinta Luka 6 Minggu Tangga 1 Dalam Carta Radio

IKLIM / SALEEM - ALBUM ( IKLIM / BUDI )

  1. ANUGERAH BINTANG POPULAR 1992 - Iklim / Pencalonan Akhir ( Top 5 ) Kategori Kumpulan Muzik Popular
  2. ANUGERAH PLATINUM 1992 - Album Budi
  3. MUZIK MUZIK Semi Final 1992 - Lagu / Mimpi Yang Pulang
  4. PUJAAN 10 RADIO SATU RTM / NESCAFE 1992 - Lagu , Mimpi Yang Pulang 5 Minggu Tangga 1 Dalam Carta Radio

SALEEM - ALBUM ( WAN ZUL & SALEEM - GABUNGAN 2 INSAN SENI )

  1. ANUGERAH INDUSTRI MUZIK 1993 - Saleem / Pencalonan Akhir Kategori Vokal Lelaki Terbaik Dalam Album
  2. ANUGERAH BINTANG POPULAR 1993 - Salem / Pencalonan Akhir ( Top 5 ) Kategori Penyanyi Lelaki Popular

SALEEM / IKLIM - ALBUM ( DUNIA IKLIM )

  1. ANUGERAH INDUSTRI MUZIK 1993 - Saleem ( IKLIM ) / Memenangi Kategori Vokal Berkumpulan Terbaik Dalam album
  2. ANUGERAH INDUSTRI MUZIK 1993 - Iklim / Memenangi Kategori Rakaman Album Terbaik
  3. ANUGERAH INDUSTRI MUZIK 1993 - Iklim / Pencalonan Akhir Kategori Video Muzik Terbaik
  4. ANUGERAH PLATINUM - Album Dunia Iklim
  5. TV SINGAPORE ( SBC RIA ) 1993 - Iklim / Memenangi Kategori , Kumpulan Muzik Terbaik , Menerusi Lagu BUKAN AKU TAK CINTA
  6. MUZIK - MUZIK 1994 TV3 - Lagu / Bukan Aku Tak Cinta 24 Minggu Dalam Carta
  7. JUARA LAGU 1994 ( FINAL ) - Iklim / Pencalonan Akhir Lagu BUKAN AKU TAK CINTA

IKLIM / SALEEM - ALBUM ( IKLIM ' 94 )

  1. ANUGERAH BINTANG POPULAR 1994 - Iklim / Pencalonan Akhir ( Top 5 ) Kategori Artis Berkumpulan Popular
  2. ANUGERAH INDUSTRI MUZIK 1995 - Iklim / Pencalonan Akhir Kategori Vokal Berkumpulan Terbaik Dalam Album
  3. ANUGERAH INDUSTRI MUZIK 1995 - Iklim / Pencalonan Akhir Kategori Video Muzik Terbaik / Di Pintu Mahligai
  4. ANUGERAH PLATINUM BERKEMBAR TIGA 1995 - Album Iklim
  5. JUARA LAGU 1995 ( FINAL ) - Iklim / Pencalonan Akhir Lagu DI PIMTU MAHLIGAI

IKLIM / SALEEM - ALBUM ( BUKAN NIATKU / IKLIM )

  1. ANUGERAH INDUSTRI MUZIK 1996 - Iklim / Pencalonan Akhir Kategori Kulit Album Terbaik
  2. ANUGERAH PLATINUM 1996 - Album Iklim Bukan Niatku

SALEEM / IKLIM - ALBUM ( EMAS SELAMANYA & DIRGAHAYU IKLIM )

  1. ANUGERAH PLATINUM 1997 - Album Emas Selamanya Iklim Jualan 200,000 Unit
  2. ANUGERAH PLATINUM 1997 - Album Dirgahayu Iklim Jualan 150,000 Unit

SALEEM - ALBUM ( SALEEM / MAAF )

  1. ANUGERAH PLATINUM 1998 - Album Saleem Maaf - Jualan 90,000 Unit
  2. JUARA LAGU 1998 ( FINAL ) - Saleem / Pencalonan Akhir Lagu JUWITA
  3. ANUGERAH INDUSTRI MUZIK 1999 - Saleem / Pencalonan Akhir Kategori Vokal Lelaki Terbaik
  4. ANUGERAH INDUSTRI MUZIK 1999 - Saleem / Pencalonan Akhir Kategori Album Pop Terbaik
  5. ANUGERAH PLATINUM 1999 - Bagi Album Saleem - Juwita Untuk Pasaran Indonesia

SALEEM - ALBUM ( SALEEM / RATIB ORANG PINGGIRAN )

  1. MUZIK MUZIK Semi Final 2000 - Lagu / Air Mata Kasih
  2. ANUGERAH INDUSTRI MUZIK 2001 - Saleem / Pencalonan Akhir Kategori Vokal Lelaki Terbaik
  3. JUALAN ALBUM - 20,000 Unit - Tahun 2001

SALEEM - ALBUM ( RATU SANUBARI / SALEEM )

  1. ANUGERAH INDUSTRI MUZIK 2002 - Saleem / Pencalonan Akhir Kategori Vokal Lelaki Terbaik
  2. ANUGERAH INDUSTRI MUZIK 2002 - Saleem / Pencalonan Akhir Kategori Album Rock Terbaik
  3. ANUGERAH INDUSTRI MUZIK 2002 - Saleem / Pencalonan Akhir Kategori Susunan Muzik Terbaik Dalam Lagu / Merisik Khabar
  4. JUALAN ALBUM - 12,000 Unit

IKLIM / SALEEM - ALBUM ( BUNGA EMAS / IKLIM , REUNION )

  1. ANUGERAH PLATINUM 2004 - Album Bunga Emas Iklim - Jualan 50,000 Unit
  2. ANUGERAH INDUSTRI MUZIK 2005 - Saleem ( Iklim ) / Pencalonan Akhir Kategori Vokal Lelaki Terbaik
  3. ANUGERAH INDUSTRI MUZIK 2005 - Iklim / Pencalonan Akhir Kategori Rakaman Album Terbaik

SALEEM - ALBUM ( SALEEM / RAJA BALADA )

  1. ANUGERAH PLATINUM BERKEMBAR 2005 - Album Saleem Raja Balada Jualan 50,000 Unit

SALEEM - ALBUM ( EPIGONI / SALEEM )

  1. ANUGERAH INDUSTRI MUZIK 2006 - Saleem / Pencalonan Akhir Kategori Vokal Lelaki Terbaik
  2. ANUGERAH INDUSTRI MUZIK 2006 - Saleem / Pencalonan Akhir Kategori Album Pop Rock Terbaik
  3. ANUGERAH PLATINUM EMAS 2006 - Album Saleem Epigoni Jualan 15,000 Unit

SALEEM - ALBUM ( AKU SALEEM TRILOGIK CINTA / CINTA TIGA SEGI )

  1. ANUGERAH PLATINUM 2008 - Album Saleem Trilogik Cinta Jualan 15,000 Unit

SALEEM - ALBUM ( DEMI CINTA / SALEEM )

  1. ANUGERAH SHOUT AWARDS 8TV - LAST NOMINATED FOR - MOBILE ARTISTE OF THE YEAR / SONG - TINGGAL KENANGAN ( SALEEM )

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]