Salma Ismail

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Yang Berbahagia Tan Sri Dato' Dr.

Salma Ismail

PSM; DPMK, BCK (Kedah)
Kelahiran(1918-12-19)19 Disember 1918
Meninggal dunia20 Julai 2014(2014-07-20) (umur 95)
DikebumikanTanah Perkuburan Islam Jalan Ampang, Kuala Lumpur
WarganegaraMalaysia
Pusat pendidikanKolej Perubatan King Edward VII, Singapura
PekerjaanDoktor
Tahun aktif1946–2005
Terkenal keranaDoktor Melayu dari kalangan wanita pertama di Malaysia
PasanganDatuk Dr. Abu Bakar Ibrahim

Tan Sri Dato' Dr. Salma binti Ismail (19 Disember 1918 – 20 Julai 2014) ialah wanita Melayu pertama layak menjadi doktor di seluruh Tanah Melayu/Malaya. Berita kejayaan beliau tersiar dalam akhbar The Straits Times pada 24 Disember 1947.[1] Beliau penerima anugerah Tokoh Melayu Wanita Terbilang sempena sambutan ulang tahun UMNO ke-68 pada 11 Mei 2014.[2]

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Dr. Salma Ismail lahir pada 19 Disember 1918 di Alor Star, Kedah. Beliau bersekolah di Kampung Bahru Girls' School / Sekolah Menengah Sultanah Asma , Alor Star.Beliau lulus Junior Cambridge (1934) dan Senior Cambridge (1935). Beliau calon murid perempuan Melayu tunggal dan pertama di Kedah yang lulus peperiksaan Senior Cambridge dengan cemerlang. Seterusnya belajar di King Edward VII College of Medicine di Singapura (1936) dengan Biasiswa Kerajaan Negeri Kedah.Pelajaran beliau terhenti 1939-1945 oleh kerana Peperangan Dunia Kedua.Setelah menyambung semula pada 1946, beliau di anugerahkan Ijazah Doktor Perubatan pada tahun 1947.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Selepas lulus jurusan perubatan , beliau menjadi doktor pelatih di Hospital Besar Kuala Lumpur ; Pegawai Perubatan di Kedah (1950-1960) ; Pegawai Perubatan di Selangor (1961-1967) ; membuka klinik sendiri di Jalan Hale Kampung Baru, Kuala Lumpur (1967).

Beliau terlibat secara serius dalam perniagaan apabila menjadi Pengerusi Salma-Bakar Sdn. Bhd dan Pengarah Specialist Mediklinik Sdn. Bhd.

Aktiviti sosial[sunting | sunting sumber]

Beliau terpilih menjadi Presiden Kelab General Hospital Kedah ; Pesuruhjaya Pandu Puteri Negeri Kedah ; Ahli Persatuan St. John Negeri Kedah ; Ahli Majlis Pelajaran Tinggi ; Presiden Persatuan Doktor-Doktor Swasta Selangor (1976) ; Ahli Malaysian Medical Association ; Ahli Medical Defence Union ; Ahli College of General Practitioners ; Ahli Private Practitioners Association Wilayah Kuala Lumpur dan Selangor dan Presiden Selangor dan Wilayah Gardening Society

Pingat dan anugerah[sunting | sunting sumber]

Beliau dianugerahkan Bintang Cemerlang Kedah (B.C.K.) oleh Kerajaan Negeri Kedah (1957) ; Dato' Paduka Mahkota Kedah (D.P.M.K.) (1996) ; Panglima Setia Mahkota (P.S.M.) (1997) yang membawa gelaran Tan Sri.[3]

Peribadi[sunting | sunting sumber]

Suaminya adalah Allahyarham Datuk Dr Abu Bakar bin Ibrahim, bekas Pengarah, Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) (1918-1979). Mereka mendapat 4 orang anak: Tan Sri Dr Ridzwan Abu Bakar, En Ezani, Dr Normi dan Allahyarhamah Rosina. Allahyarhamah Rosina meninggal dunia dalam Tragedi Highland Towers.

Meninggal dunia[sunting | sunting sumber]

Dr Salma Ismail meninggal dunia akibat sakit tua di Hospital Pantai, Bangsar pada 20 Julai 2014. Usianya 96 tahun.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]