Salmonella

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Salmonella
Pengelasan saintifik
Superkingdom: Bacteria
Alam: Bacteria
Filum: Proteobacteria
Kelas: Gammaproteobacteria
Order: Enterobacteriales
Famili: Enterobacteriaceae
Genus: Salmonella
Lignieres 1900
Species

S. bongori
S. enterica

Salmonella /ˌsælməˈnɛlə/ adalah sejenis bakteria dari genus rod, Gram-negatif, tidak membentuk spora, biasanya bersifatnya bergerak bebas (motile) enterobakteria dengan diameter dalam lingkungan 0.7 hingga 1.5 µm, panjangnya dari 2 hingga 5 µm, dan dilengkapi flagella yang terpaut badan sebuah arah (i.e., peritrichous). Salmonella adalah dari jenis bakteria kemoorganotrof, memperoleh tenaga daripada aktiviti oksidasi dan reaksi penurunan menggunakan sumber organik, dan organisma anaerobik fakultatif. Kebanyakan spesies menghasilkan hidrogen sulfida,[1]

Kes Salmonella di Malaysia[sunting | sunting sumber]

Pada 28 September 2013, hidangan ayam masak merah yang dihidangkan dalam kenduri kahwin di Kampung Huma, Tanjung Dawai, Sungai Petani, Kedah telah dicemari bakteria Salmonella, menyebabkan empat kematian dan ratusan lagi keracunan makanan.

Menurut Pengarah Jabatan Kesihatan Kedah Dr Ismail Abu Taat berkata bakteria itu ditemui di dalam spesimen hasil bedah siasat ke atas mangsa dan sampel yang diperoleh dari tempat kejadian.

Siasatan awal mendapati ayam yang diguna untuk majlis perkahwinan itu tidak disimpan dengan baik dan dibiar pada suhu bilik selama semalaman, sebelum dimasak pada hari kenduri. Berdasarkan keterangan tuan rumah, kira-kira 130 ekor ayam dibeli pada Jumaat (27 September 2013) dan digoreng sebelum disimpan di dalam sebuah bilik pada suhu biasa.

Ini menyebabkan ayam tersebut dicemari dan dijangkiti bakteria Salmonella. Ayam itu berbau bila hendak dimasak keesokan harinya, tetapi tuan rumah mahu memasak kerana bimbang makanan untuk tetamu tidak mencukupi.

Beliau berkata mangsa yang makan makanan tercemar itu tidak mengalami simptom keracunan pada kadar segera sebaliknya bakteria Salmonella hanya meragam selepas lebih 12 jam sebelum menjadi keracunan, menyebabkan mangsa mengalami cirit-birit, loya, muntah, perut memulas dan kehilangan air dalam badan yang teruk.

Lebih 200 mangsa telah mendapatkan rawatan di hospital berdekatan sekitar daerah Sungai Petani dan daripada jumlah itu 127 pesakit mendapatkan rawatan di HSAH dengan 38 dimasukkan ke wad untuk rawatan lanjut.

Beliau berkata 127 lagi pesakit mendapatkan rawatan di Hospital Yan dengan 62 orang ditahan untuk rawatan lanjut dan selebihnya dibenar pulang selepas mendapat rawatan.

Dr Ismail berkata seorang pesakit lelaki berusia 58 tahun kini berada dalam keadaan kritikal dan dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) HSAH.

Seramai 18 kes pesakit dirujuk ke Hospital Sik dan Baling ekoran keadaan Hospital Yan tidak mampu menampung jumlah pesakit yang ramai. Saya nasihatkan mangsa yang mempunyai simptom keracunan makanan selepas makan kenduri di rumah tersebut agar tampil mendapatkan rawatan segera.

Saya berharap pengendali makanan untuk kenduri menyimpan makanan atau bahan mentah secara betul dan menitik berat aspek keselamatan makanan agar perkara sama tidak berulang.

Tiga mangsa keracunan makanan meninggal dunia selepas menghadiri satu majlis kenduri kahwin itu, Isnin, manakala seorang lagi meninggal dunia pada hari ini (Selasa).

Mereka ialah pelajar Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Gombak, Nurshazana Mohd Rashid, 24, dari Kampung Tempoyak, Bedong, yang meninggal dunia kira-kira pukul 12.45 tengah hari semalam dan Mohammad Nor Rahmad Yusof, 11, dari Kampung Singkir Laut, Yan meninggal dunia kira-kira 1 petang.

Seorang lagi mangsa Ibrahim Mohamad, 62, berasal dari Alor Jejawi, Kuala Besut, Terengganu, meninggal dunia di HSAH kira-kira pukul 6.30 petang Isnin.

Mangsa ke empat Wan Razali Yaakob, 56, dari Kampung Banggol Belau, Merbok disahkan meninggal dunia pukul 7.15 malam tadi selepas dimasukkan ke ICU HSAH pagi semalam.[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Clark MA, Barret EL (June 1987). "The phs gene and hydrogen sulfide production by Salmonella typhimurium.". J Bacteriology 169 (6): 2391–2397. http://jb.asm.org/cgi/content/short/169/6/2391. 
  2. Bernama.com. 2013. BERNAMA - Salmonella Punca Keracunan Makanan. [online] Wujud di: http://www.bernama.com/bernama/v7/bm/ge/newsgeneral.php?id=982218 [Dicapai pada: 5 Oktober 2013].